sana sini kecoh isu nursery tak berdaftar,ekoran baby mati tersedak susu...me memang sedih bila baca kes2 gitu..and of course rasa  nak marah dgn nursery yg cuai --mcmlah nyawa baby tu nyawa anak kucing ke apa..
me and uolls yg tak de maid memang terpaksa antar anak2 ke nursery kan...
sbb me staff uia, so me boleh antar anak2 me ke nursery uia (IIUM educare)..tp probnya, kena ikut turn and queue...kdg2 tak dpt tempat nak masuk kat situ...sbb tempat limited, staff pulak ribu2..
last year..my lil ariff pun tak dpt masuk iium educare..me punyalah risau, sbb me jenis yg tak percaya kat nursery swasta..kat iium educare, memang staff terlatih, and me kenal most of them personally, and me boleh pegi tgk anak me anytime, and boleh pegi breastfeed, main2 dgn anak2 masa me free--memang sgt transparentlah jagaan kat situ!!! so memang tak de rasa risau ke apa...
ni citer last year lah yer..sbb ariff tak dpt tempat kat nursery uia
finally, me amik keputusan letak my ariff kat nursery kat luar (bukan iium educare)...tu pun sbb ownernya kwn baik me...dia tokey nursery lah kiranya
tu pun ada gak 2 kali ariff kena calar kat pipi, sbb tukang jaga baby lalai, baby kecik+baby besar letak dlm bilik yg sama..me nak marah lah jugak..sbb ariff masa tu baby kan..budak2 besar nak buat apa pun boleh..
me komplen kat kwn me tu..tu pun pls 2nd time pipi ariff kena calar..masa 1st time kena, me komplen kat staff nyer, dia tak bg tau kwn me rupanya...
memang perit kalau kena letak anak kat nursery..anything can happen...dilema ibu bekerja kan...
ni me copy paste from 
harian metro:
PUTRAJAYA: Pasangan suami isteri yang kematian anak berusia sembilan  bulan pada 20 September lalu, dipercayai tersedak susu ketika dalam  jagaan di pusat asuhan di Presint 18, di sini, mahu pengusaha pusat   yang tidak berdaftar itu dikenakan tindakan tanpa mengira ‘bulu’  walaupun dia anak seorang kenamaan bergelar ‘Datuk’.
  
SEDIH...Shahrul Nizam dan Mazliana bersama anak sulung menunjukkan gambar Noramirah. 
Pasangan terbabit, Shahrul Nizam Reihan, 36, dan isterinya,  Mazliana Nordin, 27, masih trauma apabila ‘kehilangan’ anak kesayangan  Noramirah sembilan bulan, dipercayai tersedak susu ketika dalam jagaaan  pusat asuhan terbabit.
Bukan itu saja, pasangan terbabit  kecewa kerana
 tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap pengusaha pusat  berkenaan walaupun insiden sama membabitkan bayi tersedak susu pernah  berlaku pada Julai tahun lalu.
“Saya hairan mengapa tidak ada sebarang tindakan dilakukan walaupun kejadian sama pernah berlaku di pusat itu tahun lalu.
“Saya tidak tahu sama ada ia ada kaitan dengan pengusaha terbabit  sebagai anak kepada seorang kenamaan menyebabkanya ‘kebal’ sehingga  tidak ada sesiapa berani tampil bertindak terhadapnya,” katanya ketika  ditemui di rumahnya di Presint 9, semalam.
Difahamkan,  kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat sudah mendapatkan maklumat  berkaitan insiden berkenaan daripada Mazliana, pagi semalam.
Shahrul berkata, dia bukan mahu menimbulkan sebarang masalah,  tetapi mahu keadilan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang  membabitkan ibu bapa yang masih menghantar anak mereka di pusat asuhan  berkenaan.
“Saya difahamkan, pusat asuhan itu hanya mempunyai  tiga pengasuh bagi melayani kanak-kanak berusia antara dua bulan hingga  empat tahun,” katanya yang membayar RM600 bagi dua anaknya yang dihantar  ke pusat itu sebelum ini.
     
Malah, katanya 
dia juga mengakui sebelum kejadian itu, pengasuh  hanya membenarkan ibu bapa menghantar anak di depan pintu masuk saja  dengan alasan ia adalah peraturan yang ditetapkan dan perlu dipatuhi ibu  bapa.<< SOMETHING FISHY HERE!!!!
Shahrul berkata, dia masih berbincang dengan keluarga bagi mengambil tindakan selanjutnya.
“Saya menghantar anak saya ke pusat asuhan ini kerana diberitahu ia  adalah antara pusat asuhan terbaik di Putrajaya tanpa menyedari ia pusat  yang tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat,” katanya.
Tanpa berselindung, Shahrul berkata, dia berharap tindakan  sewajarnya dikenakan terhadap pengusaha pusat berkenaan bagi memastikan  kejadian sama tidak berulang kepada ibu bapa yang masih menghantar anak  mereka ke pusat tidak berdaftar itu.
Sementara itu,  Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam, Datuk Dr Maamor Osman,  berkata tindakan bersepadu perlu dilakukan bagi memastikan tindakan  terhadap pengusaha pusat asuhan yang degil bagi mendaftarkan perniagaan  mereka.
Beliau berkata, isu pusat asuhan tidak berdaftar  memang pernah menjadi perbincangan ‘hangat’ satu ketika dulu, tetapi ia  masih sukar untuk ditangani, walaupun membabitkan kematian bayi atau  kanak-kanak yang dihantar di pusat berkenaan.
“Jangan biarkan  pusat ini beroperasi tanpa kawalan pihak berkuasa kerana ia boleh  membahayakan penghuni yang kebanyakan kanak-kanak yang dijaga di pusat  berkenaan.
“Undang-undang sedia ada yang diperuntukkan  mengikut Seksyen 6, Akta Pusat Asuhan Kanak-kanak 1984 perlu  dikuatkuasakan tanpa memilih bulu,” katanya, semalam.
Selain  itu, katanya, pihak berkuasa perlu memastikan pengusaha dan pengasuh di  pusat asuhan memiliki kelayakan sepatutnya sebelum dibenarkan membuka  pusat asuhan itu bagi mengelak ada nyawa yang melayang berikutan  kecuaian mereka.
Katanya, 
ibu bapa juga perlu menyiasat pusat  asuhan itu sama ada berdaftar atau tidak bagi mengelak mereka menyerah  ‘nyawa’ anak mereka untuk dijaga oleh pengasuh yang sifar asas penjagaan  kanak-kanak. 
selingan : pic ariff masa umur 2 minggu :)
