Friday, 26 December 2025

Dating berdua @TCRS

TCRS = the chicken rice shop.

hari rabu lps (23/12), MZ sempat keluar lunch kat TCRS...berdua dgn my razeen (dia kan dh cuti sekolah!).. zharfan masih ada kelas kat UIA, MZ pulak hari rabu memang kelas waktu pagi sahaj, ariff pulak dlm perjalanan balik ke gombak dari program keluarga angkat (Mempaga, Pahang).

kami mkn2 kat TCRS dlm Aeon AU2...dh lama sebenarnya tak mkn2 kat TCRS

this is my food...MZ amik mee kari, tapi pilihan mee tu MZ amik wantan mee...portionnya sgt byk dan bowl tu sgt besarrrr

set mee tu dpt pie tee 2 pcs..fav MZ sefamili laaa pai tee ni

MZ amik air ni...perisa asam boi dan ada laici. love this!


wefie for memory! MZ tak reti pegang hp bila wefie so gini ajerlah asal ada

kami amik set savers good lunch so harga sgt ok laaa

total bills RM29.60 utk 2 pax, ok sgt2 ni sbb sedap dan restoran dlm mall of courselah selesa :) 

salam hari jumaat almubarak everyone! jumaat terakhir utk tahun 2025 niii

13 comments:

  1. pergi sini menu wajib dia adalah pie tee sebenarnya kan

    ReplyDelete
  2. Dah cuti sekolah dah Razeen ya. I sekarang ni sebab Dania dah masuk Uni, tak tahu dah bila cuti sekolah ni.

    Kalau dalam mall memang sejuk je. Selesa nak makan.

    ReplyDelete
  3. lama juga tk singgah chicken rice shop ...fav pai tee kt sini

    ReplyDelete
  4. Pie tee TCRS ni menu wajib la order kan... Sedap betul
    Murah 👍🏻

    ReplyDelete
  5. Lamanya tak makan dekat TCRS.

    ReplyDelete
  6. salam jumaat yang diberkati.. mi kari feveret saya terutama yang full eksesori .. cuma kalau makan guna chopstiks memang idok la ..tak reti haha

    ReplyDelete
  7. sedap dan berbaloi... kami pun suka ke sini

    kadang bayar mahal benda tak sedap rasa rugi je kan MZ

    ReplyDelete
  8. Cie kalau ke TCRS memang makan nasi ayam jela. Tak pernah try la mi kari tu.

    ReplyDelete
  9. Bertahun2 tak masuk TCRS ni, nampak sedap semuanya MZ

    ReplyDelete
  10. makanlah apa pun, asalkan dapat makan diluar rumah mesti anak-anak happy

    ReplyDelete