dari Zaanse Schans, kami pergi amsterdam city pulak...tujuan utama, nak lunch...then lps tu, naik canal tour.
so kena menapak lah nak pergi tempat makan (restoran)...of course sambil enjoy the view kat tgh2 city ni. suka tgk org dan bangunan :) alhamdulillah, dpt merasa jejak kaki kat bandar amsterdam ni
ada jer cahaya matahari on off dan suam2 redup, memang tak panas langsung hahahh (of course tak sama mcm suhu matahari kat negara tropika)
memang city ni ada byk canals dan byk canal tours jugak..just pilih jer nak naik yg mana..kami nak naik canal cruise ni lps siap mkn
kabel2 berselirrat tu ..utk tram..sbb memang tram byk la lalu dlm city ni...
MZ rasa cute dan unik jer nama kedai mkn ni..so sajerlah snap2 pic...Prince Charming siap dgn gmbr logo katak pakai tiara tu heheheh..kami tak mkn kat sini pun..ni lalu dpn ni jer sambil menapak
yayyy sampai dah...kami makan kat Malaysian Restaurant..nama restoran ni Wau. ownernya cina msia. kat menu ada display logo halal.
MZ tak lapar sgt so MZ order ayam crispy ni jer
ni mknn mr hubby..nasi putih dan beef rendang...cuma rendang tu version berkuah..taste-wise ok jer...MZ share mkn2 dgn mr hubby jugak sbb lauk tu big portion. ada dua lauk kan dlm pic ni...satu lg family nabil punya (kami ronda2 dan mkn2 beramai2)
mr hubby order teh tarik jugak (rasa teh tu lemak berkrim mcm teh susu (rasa krimer kaw2)..ok jer sedap jer esp cuaca sejuk dan kami pulak lapar. kos mkn2 utk 2 pax kat sini lps convert RM adalah RM155.68
MZ suka tgk perkataan ni kat mana2...bahasa belanda la...
uitgang tu maksudnya 'exit'...
nooduitgang tu maksud dia emergency exit...kalau BM, kita nampak mcm perkataan geng tak de duit hahah kalau nak translate bagi nmpk lucu.
syukur ada jugak gmbr berdua ;) cuaca masa ni sejuk berangin, so sgt best. suhu dlm 10-12 gitu..tak de cahaya matahari sgt pun..ala2 redup jer..typical weather kat sana (musim spring)
different angle.. MZ beria tepek sini for my future throwbacks..mr hubby jrg tau posing2 senyum...dia senyum sbb ni family nabil yg tlg snap2 pic (mr hubby jd geng jugak dgn dua org bapak2 yg join ie ayah nabil dan jugak besan ayah nabil--nanti MZ share pics beramai2 masa viva dan graduation nabil)
mr hubby rajin snap2 pic view jugak selain layan MZ posing2
ok kami dh naik canal cruise!
click2 sepanjang cruise tu..lama jugak cruise ni sejam sbb panjanglah distnace canal route nya sblm boat tu pusing balik utk ke tempat asal (jetty)
bangunan ni bentuk kapal..unik kan...rasa2nya dijadikan muzium/pusat sains
lawa kan design bangunan kat dlm amsterdam city ni
ada bangunan yg senget sbb tanah tak stabil..tapi tak demolish pun, diorag preserve jer bangunan yg senget2 tu...sbb dilingkungi air so tanah jd lembut/tak stabil utk tampung bangunan2
ada byk jugak boat houses kat sepanjang canals..rules utk boat houses ni sgt ketat sbb tak nak bagi air canal tercemar/busuk. so lesen/permit utk boat houses ni sgt2lah mahal ie ratus2 ribu euro...sbb nak limitkan dan kawal number or boats
air canal kat sini tak busuk sbb air akan ditukar setiap 3 bln ie water flush out ke laut dan tukar/ganti fresh water yg lain (dari sungai rasanya)...semua info tu captain boat yg ckp laaa...ie nama pun tour cruise kan.
Nabil (now Dr Nabil) duduk kat seat belakang kami...MZ dtg utk his viva and graduation lah...dan dia yg jd our tour guide masa hari isnin dan selasa kat sana..eventnya rabu..khamis tu nabil dh fly to istanbul so MZ diy sendiri kat sana utk gi giethoorn tu.
ok, ni gambar kami berdua pulak
as usual, MZ obsessed dgn kereta2 kecik ni..pelbagai model dan warna, saiz pun ada yg betul2 kecik, ada yg besar sikit sbb muat 2 org
these tiny cars...tak pyh ada lesen tau utk drive!! tu lah the unique part..speed tak laju mana pun..dan drivers keta2 biasa kat amsterdam ni semua bertimbang rasa so tak delah isu accident ke apa wpun keta kecik ni slow jer kat jln raya... memang tak leh nak apply rules kat msia sbb sgt ramai yg uncivilized bab2 driving.
berderet2 keta kecik tu parking sepanjang canal
warna hijau gini ni pun cute sgt kan!!!
tingkat paling atas kat rumah2/bangunan ni...kecik dan susah nak access...so apa2 perabot, kena naikkan/masukkan via crane ;) tu citer by boat driver tu lah (captain boat)
ok dh balik semula ke jetty tmpt kami mula2 naik canal cruise ni.
tiket cruise ni 15 euro perpax, bila convert RM, jadi RM148.50 utk 2 pax. ok jer rege tu :)
ok sambung posing2 dlm city...sblm balik semula hotel (naik metro)
ada jer matahari ala2 redup..so ada tu bayang2 MZ dlm gmbr ni..of course tak panas lah wpun ada cahaya matahari
angin bertiup kencang so tudung MZ jd penyet ke tepi (not on point)..tp ni gmbr berdua dgn view canal tu kat belakang kami...so i love it ;)
ok...nak balik hotel dah.
end of day 1 kat amsterdam (4/5/26 monday). next entry...pergi tempat tulip!! (day 2)
Beautiful photos, dear friend! And you both look fantastic! I enjoyed this walk very much! I love trams. We used to have them here in Montreal before I was born and up until the late 1950s and they took them away and replaced them by buses.
ReplyDeleteWe also have a metro system as well, which is very good!
Thank you so much for sharing!
bestnya jalan2 Armsterdam. kelakar pulak nooduitgang tu. rupanya bahasa dorg.
ReplyDeleteI forgot to mention...the crispy chicken looks delicious!!!
ReplyDeleteSalam Jumaat Sis Mz...Wah, menariknya dapat jumpa makanan Malaysia kat Amsterdam..Restoran Wau tu nampak 'homey' betul, siap ada teh tarik lemak berkrim lagi. Walaupun rendang dia nampak berkuah sikit, tapi kalau dah lapar dan cuaca sejuk 10-12 darjah celcius macam tu, memang nikmat betul dapat makan nasi putih. Harga RM155 untuk 2 orang kira berbaloi jugaklah untuk pengalaman makan kat oversea kan ...Baru tahu yang air canal tu ditukar setiap 3 bulan, patutlah tak busuk ya..
ReplyDeleteada Dr Nabil tu bole tlg snap gmbr berdua...menu rendang kita suka yg berkuah compare yg kering...cantik view byk tmpt posing2
ReplyDeleteBest nya ada student bawak jalan2 kat sana. I miss Amsterdam (but not the smell of weed)!
ReplyDeleteKat malaysia siap kena hon kalau bawak lambat...orang nak melintas jalan kat zebra crossing pun boleh jalan. Tak boleh la kereta slow sangat kat malaysia ni. I rasa sebab cuaca panas dan senang kita naik darah kot....kalau sana suasana tenang sebab sejuk je. Kita pun tenang. Cantik la bangunan kat sana.....seronok juga naik bot menikmati canal di sana.
ReplyDeleteSuper nice semua photo yg sis snap. Part kereta tu sy nk mintak 1 bleh tak?Hahaha
ReplyDeleteBetul. comey kereta kecik tu. Menanti sambungannya.
ReplyDeletekereta kecil tu muat ke untuk saiz orang tempatan? bukannya diornag macam besar2 sikit
ReplyDeleteRasa nyaman je jalan² kat sana tu kan, dlm cuaca gini... Okay sangat harga canal tour tu kan...
ReplyDeleteComel la pulak kereta2 tu... macam kartun!
ReplyDeleteRasanya kat sini takde model tu
Tulisan ini terasa ringan tapi tetap punya makna yang dekat dengan kehidupan sehari-hari. Cara penulis menyampaikan ceritanya juga santai dan natural, jadi pembaca mudah ikut larut dengan alur yang dibagikan. Ada suasana hangat yang bikin nyaman dibaca sampai akhir.
ReplyDeleteSebuah moment yang sangat indah ni..bestnya kan dapat ke sana ..ada kelainan ada aura yang membahagiakan ..
ReplyDeleteahaha betul kelakar no duit gang tu! btw cantik2 bangunan kat sana :D teringin nk pergi belah2 europe jugak huhu
ReplyDeleteNooduitgang hehe. Amsterdam banyak tempat menarik dan cantik, seminggu pun tak cukup. Seronok baca trip MZ.
ReplyDelete