cthnya, duit nuff $$$ bertambah bila dpt BE byk2, and bertambah bila traffic heavy, tp akan berkurang bila kita dh cash out duit tu...;)
ada lagi benda yg kdg2 bertambah & kdg berkurang ie IMAN...bkn nama org tp iman kita sbg seorg muslim ie our faith...
jom baca sbg santapan minda--dari blog Ustaz kegemaran me ie Ustaz Love ;)
Setelah  sekian lama mencari soalan ini, akhirnya Ustaz Love berjumpa kembali...  rupanya soalan ni pun dah lama Ustaz Love peram tak berjawab... Nasib  baik masih dikurniakan ingatan yg baik...
Soalan ini daripada Mama Zharfan :
dlm mesej entry ustaz ni
yg penting kena kukuhkan aqidah kan ustaz..
boleh tak ustaz kupas sedikit isu iman bertambah dan berkurang...sbb me lately kdg2 rasa kurang amal ibadat sibuk dgn anak2+hal2 study..masa bujang2 dulu mcm byk masa nak buat amal like baca quran, solat sunat etc...
JAWAPAN :
Tahap keimanan ini boleh dibahagikan kepada 3 iaitu Iman para Malaikat, Iman Para Nabi dan Rasul serta Iman orang awam...
Iman  Malaikat ini tidak naik dan tidak turun... Iman para Nabi dan Rasul ini  sentiasa naik manakala Iman orang awam ini ada kalanya naik dan ada  kalanya turun...
Iman  boleh turun apabila kita banyak melakukan maksiat kepada Allah...  umpama sebuah tempayan yg mengandungi air... tempayan diumpamakan  sebagai hati (tempat letaknya iman) dan air di dalamnya diumpamakan  sebagai iman... bila tempayan itu bocor (sbb retak ke, ada lubang ke..)  maka air di dalamnya akan keluar dan kuantitinya akan semakin  berkurang... walaupun ditambah, tapi ia akan tetap berkurang...
Jadi,  tugas pertama sebelum kita fokus pada penambahan iman, adalah menutup  lubang2 kebocoran pada hati kita dulu.. Ini tidak bermaksud kita perlu  fokus pada penutupan lubang2 dan mengabaikan aspek2 menambahkan iman..  sebaliknya kita kena jalankan serentak... sambil2 kita menutup lubang,  sambil2 kita menambah air (iman)... maksud Ustaz Love, fokus itu kita  kena letakkan pada tempatnya... Agak2 banyak dah lubang yg dah ditampal  dan air pun dah makin kurang keluar, maka boleh fokus pada penambahan  air plak...
Kadang2  kita beramal disebabkan suasana.. Ini dinamakan iman suasana... bila  berada di masjid (di kalangan orang2 yg melakukan ibadah wajib dan  sunat), maka kita berasa ghairah untuk melakukan amalan.. solat sunat..  baca al-Quran, zikir dsb... bila dah balik rumah, dah tak ghairah dah  nak beramal... al-Quran atas almari pun dipandang sepi... mata lebih  tertarik nak tengok tv, layan tenet dsb...
Ini  lumrah umat akhir zaman... kisah ini juga berlaku pada diri sahabat  Nabi s.a.w. bernama Handzalah r.anhu. Sehingga beliau merasakan bahawa  beliau telah munafik.. tapi bukanlah beliau munafik, sebaliknya memang  jarang orang yg dapat merasai keghairahan beramal pada setiap masa dan  ketika...
Maka  itu, dicadangkan agar kita sentiasa mencari suasana2 yg baik supaya  hati kita terdidik dgn perkara2 baik... Kiranya suasana yg paling baik  pada masa ini adalah suasana dalam masjid (pun kadang2 org jadikan  masjid sbg tempat menyebar fitnah dan perpecahan..kita abaikan dulu  sudut ni).. sbb di masjid, orang2 lebih terdorong utk melakukan  ibadah...
Selain  itu, kita juga kena banyakkan membaca al-Quran dan memahami  tafsirannya.. setakat membaca tanpa memahami maknanya, tidaklah ianya  menjadi sia2.. sebaliknya masih berpahala.. cuma tidak mencapai maksud  al-Quran itu sendiri sebagai 'dustur al-ummah' (perlembagaan / panduan  umat).. apabila difahami dan dikaji maknanya, maka ianya akan  menambahkan lagi keimanan dan keyakinan kita.
Dan bacalah kisah2 hidup para sahabat dan alim ulamak... supaya dapat menaikkan keghairahan kita dalam beramal...
Untuk  menerangkan satu bilik yang gelap, memerlukan beberapa usaha yg mungkin  agak susah.. nak kena meraba2 mencari mancis.. dah jumpa mancis nak  kena cari lilin plak... lepas tu kena cover2 sikit api lilin tu daripada  ditiup angin...barulah nampak terang sikit bilik...
Tapi, nak menggelapkan bilik tu sangat mudah.. dengan sekali hembusan angin saja, api terpadam.. dan bilik akan menjadi gelap...
Maka itu, berhati2lah dengan perkara2 yg boleh membatalkan akidah...
note : ada juga benda yg bertambah dan tak pernah berkurang----usia kita.... 
 


ingatan untuk diri sendiri..mintak jauhkan lah perkara2 yg boleh memesongkan akidah dan mngurangkan iman Jue..amin..
ReplyDeleteme suka entry ni.. vry informative. thanks for sharing sis.. hrp2 kta smua sama2 trus cuba baiki kbocoran n tmbah keimanan :)
ReplyDeletemuchas luvas, wawa~* secretwhisper.net
teringin dni nak bertanya ngan ustaz love tu juga :D
ReplyDeleteSeiring dgn pertambahan umur,biarlah Imannya juga bergerak seiring...AMIN
ReplyDeletetq atas entri nieh akak...
ReplyDeletetq sis..nice info 4 sharing..saling mengingati kan2..=)
ReplyDeleteteringat pada nasihat seorang kakak, masa kakyong bujang dulu.. iman kita ni ibarat fissball dalam periuk sup.. kejap ke atas kejap ke bawah...
ReplyDeletesemoga kita semua akan terus berusaha untuk meneguhkan keimanan & taqwa..
Amin
kena sentiasa muhasabah diri ni
ReplyDeleteALL IN ONE
peringatan yg baik utk kita semua :)
ReplyDeleteinfo yg bagus utk sama2 dikongsi dan saling igt mengingati..
ReplyDelete