Bercakap fasal doa,
saya teringat satu kisah yang sangat-sangat memberikan kesan dalam kehidupan saya. Guru-guru saya di sekolah, semenjak sekolah rendah, sangat menerapkan doa. Jadi, saya sudah dibiasakan dengan Solat Hajat, Solat Dhuha, Qiamullail, waktu-waktu doa yang mustajab seperti ketika hujan dan sebagainya agar saya rajin berdoa, dan agar doa saya makbul. Jadi, bila Allah anugerahkan saya kejayaan, saya sentiasa rasa, itu sebab saya doa dengan bersungguh-sungguh. Namun satu cerita mengubah persepsi saya.
Cerita yang saya dengar itu begini:
Kisah  berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya  adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa  mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak  dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si  abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada  ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada  ALLAH agar dirinya kaya raya.
Si  Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun  dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis  sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali  berdoa.
Akhirnya, Allah  mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu  jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh  dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan  adiknya.
Si  Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes.  Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca  Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau  masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya  kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia  istimewa.
Si  adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan  kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana,  terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik  rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah. Lantas  satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan  sombong:
“Kau  kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup  hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup  hebat.”
Si  Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat  bermakna.
Si  Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas  saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti  abang.
Satu  hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia  berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika  berdoa.
Si  Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.
Kertas  itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”
MasyaALLAH…
Si  Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH  dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun  tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya.  Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak  pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.
Si  Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah  diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.
Cerita  ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.
Kadang-kadang  kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha  kita.
"Aku  buat beginilah yang jadi begini."
"Doa  aku makbul seh!"
"Aku  ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je  pun."
Tanpa  sedar kita bongkak. Takabbur.
Sedangkan, kita  tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik  kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.
Cerita  itu sangat menyentuh hati saya.
Membuatkan setiap  kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya,  keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab  saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan  saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.
Mungkin doa orang  lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan  rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi  diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa  itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.
Dan  jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.
Semoga  bermanfaat note ini.
Sebarkan jika anda  rasa ada manfaatnya.
Semoga  Allah redha dengan kita.
note : begitu hebat kuasa doa...me masih ingat kata2 ustaz/ustazah masa me sek men (MMP)--doa even boleh menangguhkan ajal...tapi mati itu pasti utk semua yg bernyawa...
 
subhanallah...doa yang ikhlas pasti diterima Allah
ReplyDeletekadang2 manusia hanya berdoa time dalam susah........ mintak dijauhkan.
ReplyDeletemunink kak..emmm naik bulu roma jue baca posting akak nie..emmm.doa boleh menangguhkan ajal..tapi mati itu pasti..jue pnah dgr sblm nie...InsyaAllah..moga kita selalu berdoa..utk semua org disekeliling kita..InsyaAllah..:-)
ReplyDeletesaya pun dah baca ni through fb..syahdu..
ReplyDeletetapi mmg betul begitu tinggi kuasa doa, tapi kenelah ada usaha & selebihnya kite doa & tawakal:)
doa senjata orang islam..
ReplyDeletewaaaa . saya tertarik lah dengan cerita ni . minta izin :) nak copy boleh ? post kat blog juga .
ReplyDeletesuka n3 ni.
ReplyDelete