semoga esok PRU berjalan lancar aman
semoga pihak yg bakal menang akan menang secara bersih dan adil
semoga rakyat akan membuat pilihan yg bijak, memilih pemimpin yang dapat membawa Msia ke arah yg lebih baik sekaligus menegakkan syiar Islam
kuasa Allah mengatasi segala-galanya
kita hanya merancang, berdoa, bermunajat, bertawakkal...selebihnya Dia yang menentukan
PR atau BN...tepuk dada tanya iman..tak de yg sempurna selagi bernama manusia..
if both are evils or have their own part of evils, choose the lesser evil between the two..
dan kita akan mengikut pemimpin yg kita pilih di padang masyhar nanti.. 
happy voting uolls! 
just nak share...from FB
 
Astaghfirullahal
 azim!!...sangat sedih melihat dan membaca komen2 menghentam para alim 
ulama dan ustaz2 hanya kerana mereka menzahirkan pandangan dan 
kecenderungan politik mereka spt Ust Azhar Idrus, Ustaz Zaharuddin, 
Ustaz Zahazan, Ust Hazrizal, Ust Haslin dan ramai lagi Hafizahumullah. 
Itu belum di'list'kan lagi ulama2 senior dalam perjuangan Islam. Sebelum
 ini mereka disanjung kerana tingginya ilmu dan kewarakan mereka. Hari 
ini mereka dihentam semahunya seolah-olah mereka orang jahil yang tak 
tahu isi Al Quran dan Hadis Rasulullah..Tak bersetuju tak mengapa, tapi 
jangan dimaki dan dicerca. Kelak terkena racunnya hidup merana hati 
gelita..
 
 Pesan Imam Ibnu Asakir yang dinaqalkan oelh Imam 
Nawawi Rahimahumallah "Ketahuilah daging ulama itu beracun. Allah akan 
menyingkap aib dan keburukan orang yang mengaibkan ulama. Barangsiapa 
yang melepaskan ucapannya terhadap para ulama dengan mencelanya, maka 
Allah akan timpakan sebelum kematiannya dengan mati hatinya.
 
x sabar tgu esok
ReplyDeletebtol mz..sedeh bile bace2 bende2 yg dishare kt fb..ilang trus rase kemanusiaan diorg nih
ReplyDelete