Tuesday, 23 June 2026

Love what you do, and do what you love

sekarang ni musim final exam utk UIA...my zharfan pun ada 2 paper esok...anyway, utk subject yg MZ ajar (torts law), the exam will be on 3rd july..

MZ jugak ajar subject masters in business law, yg tu exam bulan august, sebab sekarang baru minggu ke7 kelasnya, total 12 weeks. Kelas masters tak sama calendar mcm kelas undergraduate.

tak byk amik gmbr dgn students pun sem ni..ni gmbr MZ dan one of tutorial classes this sem... utk sem  ni, MZ ada total 114 students (2 sections/classess)

back to the quote tajuk entry ni
Love what you do, and do what you love

betul sgt kan...
Love what you do---tak kisahlah keje ke, hobi ker, apa2 jualah yg baik2..kena love lah what we are doing

Do what u love -- kalau love keje, memang buatlah keje yg kita love tu...even kalau tak love sgt pun keje tu, or may be ada stress ker apa while doing the work, kena teruskan jugak, consider amanah kan when it comes to work. 
from another perspective, do what u love tu...buat apa2 selain keje lah..cthnya suka blogging, ha tulislah entry, dan bonus plak bila dpt kwn2 blogger yg baik2 ;) rezeki sgt!
utk MZ, suka jugak travel cthnya, selain suka mkn2 mengopi, shopping etc..so buatlah apa2 yg disukai selagi ada masa dan kesempatan ;)

salam hari selasa uolls!
hari ni MZ nak kena siapkan lecture slides utk kelas masters lah..

16 comments:

  1. Betul sangat tu, Sis MZ! Love what you do, and do what you love. Bila kita buat benda yang kita minat, penat macam mana pun rasa seronok dan dikira amanah juga kan. Untung student-student MZ dapat pensyarah yang sentiasa bersemangat macam ni. Selamat menyiapkan lecture slides untuk kelas masters!

    ReplyDelete
  2. Betul...i suka tajuk blog you ni. Bila you buat apa yang you suka pasti bersemangat kan....

    ReplyDelete
  3. Untung bila your job tu aligned with what you love, so tak rasa macam buat kerja. I ada kawan yg macam tu, dia suka baking dan kerjanya baker. So she enjoys her work and her life. Tapi most people tak suka kerja dieorg hahaha! Terpaksa buat2 suka. That's where hobbies, family and friends come in untuk kurangkan stress.

    ReplyDelete
  4. This is very true. It is so important to enjoy the things we do, it makes life happy.

    ReplyDelete
  5. Me too! Lin love apa yang Lin buat sekarang! tak kisahlah apa orang kata duduk rumah makan duit Laki pun, janji tak menyusahkan orang.. duduk menaip blog ke, memang hobi kita, so it makes me happy.. happy wife happy life!..

    ReplyDelete
  6. Buat apa yang kita suka. Membuatkan kita happy.

    ReplyDelete
  7. Kalau tak suka kerja, tapi persekitaran kerja positif, insyaAllah boleh bertahan..tapi, kalau suka macam mana kerja pun, persekitaran kerja toksik, memang tak mampu nak hadapi .moga yang baik² je untuk kita..kadang² kita sendiri kena pandai cari apa yang boleh distract kita dari stress dan boleh kembalikan semula mood positif tu..

    ReplyDelete
  8. Setuju dengan MZ, hidupnya tak payah stress2 kan..kerja elok2 pasti ada cinta dan kasih sayang..ramai orang suka..rezeki mengalir ada di mana2

    ReplyDelete
  9. ye betul...
    haritu masa kyra dapat offer UPU di Unisza, dia cakaplah juga kat group besar family sebab mereka bertanya. Tapi bila Kyra kata nak reject dorang upset...katanya "terima jelah".

    Tp ammi cakap dengan kyra...yg nak belajar u, jadi do what you love. Tak perlu dengar cakap org lain

    ReplyDelete
  10. Kita suka travel tp tak cukup duit.. haha so nak dpt duit kena la keje tp kita xde la love sgt keje kita 🙈🙈 setakat keje utk dpt duit nak gi travel.. eh aci tak? Haha 😝😝

    ReplyDelete
  11. Nanti saya nak buah la satu lagu untuk 'cikgu/guru/pensyarah' dan yang sewaktu dengannya

    ReplyDelete
  12. love sangat.
    bila kita love dgn xtvtnyg kita suka buat tu, auto jadi gembira dan buat dgn penuh kasih syg.
    goodluck and all the best for student. termasuk Auni juga, trial spm.

    ReplyDelete
  13. Love what you do, and do what you love. Betul ni MZ, namun ada ketika laluannya tak lah mudah. Doa usaha tawakal.

    ReplyDelete
  14. Ahhh setujuuuu kak 👍👍👍. Kalau dapat kerja yg sesuai passion kita, memang anugerah sangat. Tapi kalaupun tidak, tetap lah buat kerja sebaik mungkin, Krn kalau niatnya untuk Allah, insyaallah tak terasa berat.

    Kalau kerja tak sesuai passion, at least ada hobi yg bisa kita kerjakan juga

    ReplyDelete
  15. Macam saya tak suka kerja. Tapi memikirkan amanah, tetap juga buat sehabis baik. Dapat gaji, boleh happykan diri sendiri dgn benda yg kita suka. Kira win-win la

    ReplyDelete