alhamdulillah kawasan perumahan me tak terlibat..
full info ada kat LINK NI
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN HAMPIR SETENGAH JUTA PENGGUNA DI SEKITAR WILAYAH GOMBAK DAN KUALA LUMPUR AKIBAT KEJADIAN PAIP PECAH
SIARAN SEGERA
SIARAN MEDIA                                                                             
  11 APRIL 2013
GANGGUAN BEKALAN AIR TIDAK BERJADUAL MELIBATKAN HAMPIR 
SETENGAH JUTA PENGGUNA DI SEKITAR WILAYAH GOMBAK DAN KUALA LUMPUR AKIBAT
 KEJADIAN PAIP PECAH
Kuala Lumpur – Syarikat
 Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin melaporkan bahawa Pelan 
Tindakan Kecemasan (ERP) Kod Kuning telah diaktifkan di SYABAS Wilayah 
Kuala Lumpur dan Gombak pada jam 1.00 pagi, 11 April 2013 berikutan paip
 dari jenis “Mild Steel” (MS) berukuran 2000mm dari Kolam Air Dusun 
Kubung ke Wangsa Maju telah pecah di lokasi berhampiran tebing sungai di
 Kampung Melayu Batu Caves, Gombak.  Pihak SYABAS menerima maklumat 
daripada orang ramai berhubung kejadian tersebut pada jam 10.00 malam 
tadi.
Paip yang pecah ini membekalkan air kepada kira-kira 89,760 akaun domestik dan akaun-akaun pukal di 82
 buah kawasan dalam Wilayah Gombak dan Kuala Lumpur yang melibatkan 
lebih kurang hampir setengah juta orang pengguna. Antara kawasan 
terlibat yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual seperti 
berikut:
kawasan umh kita kena kt keramat...dr smlm...moga2 cpt la ok
ReplyDelete