kat Msia ni mcm common jer (selalu terjumpa_ bangunan yang mana ada certain number is purposely replaced with another one...
ni gambar kat lif Q sentral...lps nombor 12, jadi nombor 13A then 15....sama jugak lps no 23, ada nombor 23A then seterusnya no 25 laaaa....
rasanya most of us tahu kan the reason kenapa no. 4 tak 'dihilangkan'...
MZ sajerlah tanya chatGPT..ni jwpnnya:
Orang Cina sering menggantikan tingkat bangunan bernombor 4 dengan 3A kerana kepercayaan budaya yang berkaitan dengan pantang larang terhadap nombor 4. Ini berkait rapat dengan kepercayaan numerologi dalam budaya Cina, khususnya dalam bahasa Mandarin dan Kantonis.
Penjelasan:
1. Homofon dalam Bahasa Cina
Dalam bahasa Mandarin, nombor 4 (四, sì) bunyinya hampir sama dengan perkataan mati (死, sǐ).
Dalam Kantonis pula, sebutan untuk "4" (sei) juga mirip dengan sebutan "mati" (sei).
Oleh itu, nombor 4 dianggap membawa nasib malang atau kematian.
2. Penggunaan 3A
Untuk mengelakkan angka 4, sesetengah bangunan menggunakan nombor 3A sebagai pengganti kepada tingkat 4.
"3A" memberi tanggapan sebagai “antara tingkat 3 dan 5”, tanpa menggunakan nombor 4 secara langsung.
Ini adalah satu helah psikologi dan pemasaran untuk menarik pembeli atau penyewa yang mempercayai feng shui atau pantang larang budaya.
3. Aplikasi di Dunia Sebenar
Ini biasa dilihat di negara-negara dengan populasi Cina yang besar seperti Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan, dan juga di kawasan Chinatown di negara lain.
Bukan sahaja tingkat bangunan — malah nombor rumah, nombor plat kereta, dan nombor telefon juga kadang-kadang dielakkan jika mengandungi nombor 4.
begitulah kisahnya :)
have a nice day uolls!
mmg jarang sgt nk jmpa no 4 kn....depa suka no 8 maksudnya KAYA
ReplyDeletesaya wonder kalau diorang lahir bulan 4, diorang redha jeke atau benci diri sendiri agaknya? huhu
ReplyDeletePernah terbaca kat Malaysia je nombor 4 tu jadi 3A. Kalau pergi ke Hong Kong atau China, rasanya dieorang letak je tingkat 4 😅
ReplyDeleteOfis sy pun dulu 3A..skrg dlm lift dah ada nombor 4...=)
ReplyDeletemcm kisah sis pulak, sis beli kereta second daripada pemilik asalnya chinese.. tp kalau tengok no plate dia, no 4 ada 2 kali pulak tu.. maybe dia bukan jenis yang percaya sangat kot bab nombor2 ni.. hehe.. dan alhamdulillah, kereta sis tak meragam sampai la sekarang.. ^^
ReplyDeleteYa betul.....sebab No 4 tak bawa tuah....tiba2 ada A kat belakang....Takut sangat dengan No. 4
ReplyDeleteBeberapa mall , hotel atau bangunan tinggi di sini pun sama. Angka 4 biasanya tak ada. Dan mereka sukaaa sangat dengan angka 8. Krn bentuknya tidak terputus. Dianggab sebagai rezeki yg tak terputus
ReplyDeleteMereka memang tak suka nombor 4 tu seperti yang diterangkan. Tapi macam pelik pulak nombor 13 hilang. Bukan sepatutnya 12, 13, 13A ke..13 pulak yang hilang. hihi...
ReplyDeletepaling takut nombor 4 puak depa ni. dulu tak paham gak, mana tingkat 4 ? hahaha
ReplyDeletebetul tu...opis SA pun xde tingkat 4, ada 3A, 3Bdan seterusnya...no 4 memang xde
ReplyDeletemy house is 12A jadi, patutnya nombor berapa ea? haaa konpius pula. antara nombor 12 dgn 16, so 14 la kan?
ReplyDeleteye...chinese will try to avoid no. 4. office ammi pun sepatutnya unit 4 tapi jadilah 3A
ReplyDelete