Saturday, 20 December 2025

"Main masak-masak"

main masak2 = masak2 simple versi campak2 ajer! MZ ni tak berapa reti sgt masak2, yg simple ajer boleh laaa, setakat makan utk my lil family.

since last 3 weeks, MZ dah mula masuk dapur semula (sblm2 ni jarang2 sgt masak2)..reason utama...atas faktor kesihatan ie doktor menyarankan mr hubby kena mkn home-cooked meal dan lebihkan sayur2 gitu... mr hubby dh diagnose diabetic sejak umur early 30s lagi...now dh umur 51 tahun ni, so his kidney dah not in good condition (terma nya CKD stage 3).

selain masak sup2 sayur especially waktu ptg/for dinner...waktu2 lain pun MZ cuba lah masak bila sempat dan bila dh stock up brg2 mentah dalam fridge tu..

memang kerap lah masak sup sayur cuma kdg2 mr hubby dh bosan/muak mkn menu sama, so off dulu for few days then sambung repeat menu yg sama

campak masuk jer mcm2 jenis sayur...sayur hijau kena reduce sbb kidney mr hubby tak leh proses(jd burden for his kidney) ..CKD patient memang byk benda kena reduce/avoid especially kena avoid garam laa...tp takkan lah masak2 tak bubuh garam kan..tasteless lah jadinya

ni masa MZ masak nasi ayam..ayam tu MZ masukkan dlm oven ajer, tak goreng pun lps perap dgn kicap manis, sos tiram dan sos cili.

ni regular menu utk breakfast ie nasi lemak...hidang terus dgn rice cooker (jimat tak payah basuh mangkuk kalau transfer nasi ke dalam mangkuk besar)..mr hubby tak suka makan nasi goreng/bihun/mee...so MZ tak de byk choice nak masak menu2 lain... :(

anyway, hari ni MZ lambat bersiaran ie bukak lappy pun dah waktu ptg...sbb pagi2 kalut antar razeen gi kumon, then MZ ada gi hantar brg kat rumah adik MZ kat melawati sbb nak kirim utk my my mom kat kg (adik MZ nak balik kg ptg ni), then MZ singgah laundry utk keringkan baju2 kat dryer (hujan on off last few days so baju tak kering, tp hari ni dh cuaca ok kat gombak), then MZ tapau breakfast kat stall depan masjid yg dekat2 tasik tu...then operasi melipat baju sebanyak 3 bakul.

then MZ masak2 for late lunch (sbb pagi td late breakfast).

memang bz laaaa

happy weekend uolls

8 comments:

  1. Ooo suami sis MZ ada diabetic, memang kena jaga la pengambilan makanan tu..banyak kena jaga tu..tp dia blom sampai kena insulin kan sis? Takpe la sama-sama kita jaga pemakanan kita semua...mencegah lebih baik dari mengubati kan..sedapnya nasi lemak..SA termasak banyak nasi plak hari ni..2 pot..jenuh la esok nak buat nasi n goreng lagi...

    ReplyDelete
  2. Kesian suami MZ, nikmat makan dia dah ditarik. Semoga panjang usianya. Masak simple pon nampak sedap tu. Home cooked memang the best kalau nak jaga kesihatan kn

    ReplyDelete
  3. Walaupun masak main campak-campak ja, tapi nampak sedap.

    ReplyDelete
  4. main-main pun dah macam ni hasil.. kalau betul-betul lagi hebat hasilnya..👍

    ReplyDelete
  5. Susah jugak nak susun menu untuk orang sakit. Menu dah betul, orang sakit pulak tak selera makan. Gitu lah kami di hospital nak merancang menu.

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap juga sayur2 tu Suzz...moga baik2 ajer untuk hubby you. Homecooked meal ni kita boleh kawal la penggunaan garam ke gula etc....tak pun kukus ke you selain sup tapi tu la....bila kerap sangat kita jadi jemu pun ya juga tapi demi kesihatan yang baik kan....I doakan semuanya baik2 ajer untuk you dan family you ya suzz....I love you. Jaga diri baik2....

    ReplyDelete
  7. Ini main masak yang boleh makan besar..terbaik masakan..air tangan sendiri , selamat di makan..

    ReplyDelete
  8. Sedapnya nak buat la sup tu juga nanti. Main2 masak pun sedap semua tu.

    ReplyDelete