Saturday, 18 July 2026

Debaran setiap 17hb

apa yg berdebar tu MZ? hahahahah apa2 melibatkan duit memang berdebar sgt!!!!

setiap 17hb ialah tarikh bil letrik kat rumah MZ ni...sejak pakai EV (dh setahun setengah MZ pakai baby T)...memang dh boleh expect berapa bil letrik tiap2 bln...sebenarnya masih jimat berbanding guna petrol esp if based on bil2 letrik last year dan jugak awal this year...cuma bil bln lps memang mode terkejut jugak sbb melebihi RM700 laaa...dan syukur, semlm dh dpt bil...turun RM100+, so bil jadi almost RM600, tapi tak cecahlah RM700 tu

so my latest bil RM592.90. Bulan lepas, paling tinggi sejak pakai EV ie bil nya RM727.95


MZ suruh chatgpt generate image utk compare dan tgk trend bills rumah MZ.. bln feb, tak cecah RM500 pun bills nya .. even bln2 sblm tu pun seingat MZ, bill memang below RM500.


biasanya sama jer penggunaan letrik kat rumah MZ ni...kami ada 3 aircond, satu kat ruang tamu dan 2 kat bilik tidur ie bilik tidur MZ dan my boys...
kami dh terminate cuckoo sbb jrg pakai dan dgn harapan dpt control bills jugak...
rumah MZ memang ada 1 iron baju dan 1 steamer (tapi guna once a day jer pagi2 utk iron baju mr hubby, MZ, boys)..
water heater pakai sekali sehari time mandi pagi2 (MZ dan razeen)...
jug kettle pakai sekali or 2 kali sehari, 
air fryer tak pakai hari2..time goreng nugget jer or kdg2 goreng chicken tender,
pressure cooker pakai may be sebulan sekali time masak sup tulang/sup ekor 
rice cooker kecik tak pakai hari2 sbb jrg2 masak..
microwave pun sgt jrg pakai...

berapa pun bills, kena bayar jugak, elektrik kan keperluan asas...kita hanya ada TNB jer kat msia ni...
kalau nak jimat (esp EV user), kena pasang solar, cuma kos nya tak murah lah..ada jer instalment dan ROI biasanya seawal 5 yrs dh boleh merasa untung/jimat pakai solar. jiran2 MZ ramai dh yg pakai solar ni...so far MZ lom ada plan lagi, dan bajet tak berapa ada jugak..if betul2 nak pakai, mcm tak leh travel overseas lah (bajet kami byk goes to travel abroad--ni pun tgh plan nak travel jan/feb 2027 insya Allah).

happy weekend uolls!

16 comments:

  1. last month mmg rasanya merata org complain ada increase in the electricity bill. bill ammi last month around 180++. This month dalam 130 je.

    ReplyDelete
  2. betul kata MZ, berapa pun bil kena bayar juga. cam rumah ni juga 500 tu tak lari. aircond 4 bilik on masa malam nak tido tapi kalau siang panas on juga. water heater kalau dak kenit tu siang malam, kalau saya pagi je guna. coway jarang off, pressure cooker dua kali sehari masak nasi. kalau ada masak nasi impit atau rebus tulang 3-4 kali la juga sehari. iron steam 2-3 kali gak sehari. berdamai je la ngan harga bil tu

    ReplyDelete
  3. Kadang2 dh pening kepala mcm mana nk kurangkan penggunaan letrik ni. Yg pakai kete EV mmg naikla bill nya

    ReplyDelete
  4. We never realize how dependent we are on electricity until we have a power outage.

    ReplyDelete
  5. Kadang tak tau nak jimat tang mana dah letrik and other things juga. Some of the electrical appliances pun dah jadi keperluan, bukan lagi kehendak. Dgn digital world lagi skrg ni, satu rumah dah brp smartphones kan? Pakai letrik juga nak charge tu. Nonetheless we try to jimat la mana yg boleh kan

    ReplyDelete
  6. uii.. banyak juga tu.. dengar-dengar juga itu hari komplen bil ketrik yang agak tinggi..

    ReplyDelete
  7. Sama juga kat rumah kami, bila tak sepakat nak jimatkan letrik ..ha mencanak kos nak bayar..apapun wajib di bayar jika tak tertunggak..

    ReplyDelete
  8. Hahaa kita kurang sket la dari bill mz 😅😅 tapi tu la nak try apply TOU .. nk tgk byk tak perubahan nya klu tukar ke TOU

    ReplyDelete
  9. Ada perubahan taarif elektrik ke baru2 ni sampai bil cecah RM500+? Saya bab ni mmg kurang peka sikit. Tapi bil letrik kiteorg pun lebih kurang bil MZ, padahal rumah kondo je. Mmg puncanya aircond. Lagi2 skrg ni cuaca agak panas sikit. Tiap2 malam on aircond masa tidur.

    ReplyDelete
  10. Memang terkejutlah kalau naik banyak. Kalau bil elektrik lebih dari RM200 lebih keatas lebih jimat pakai solar. Tapi yelah kena fikirkan nak bayar installment beberapa tahun tu kan. Besar juga modalnya. Selagi kita rasa okay je pakai eletrik cam biasa, then okaylah.

    ReplyDelete
  11. Sama lah dekat rumah Tronoh.. tapi takde la sebanyak MZ.. Linda kalau bil eletrik udah Lebih 100 pun stress nengok nya.. hahaha..tengok rate sama je kwH yang pakai setiap bulan..

    ReplyDelete
  12. Rumah Cie 100+ - 200+ sebulan. Aircond 2 setiap hari on masa tidur. Aircond hall jarang2 je. Barangan elektrik lain tu takdela banyak pun. Fridge, penapis air midea, rice cooker, oven, tv, iron, charging segala yang kena charge. Gitulah pusing2 taktau nak jimat tang mana la.

    ReplyDelete
  13. Bil elektrik sekarang memang mencabar betul, tapi lega sikit dengar bil bulan ni dah turun sikit berbanding bulan lepas yang cecah RM700+ tu. Tapi betul sangat, part bajet ke travel overseas tu yang paling utama! Pasang solar boleh tangguh, travel & buat kenangan bersama keluarga wajib jalan. Moga dipermudahkan urusan plan travel Jan/Feb 2027 nanti!

    ReplyDelete
  14. Kitanya memang nak berjimat, tapi yang kat rumah bujang bertuah tu kalau boleh segala power nak di on kan nya. Segala aircond, kipas, charger, TV semuanya terbukak gitu.. pening la

    ReplyDelete
  15. Bill letrik sy last month RM100++. Previous month below RM100.Tp ramai yg ckp bill letrik start tinggi dari bbrp bulan lps. X sure betul ke tak. Tp bill letrik sy consider naik...=D

    ReplyDelete
  16. Tak jauh beda billing listrik kita 😅😅. Tp saya tak pakai EV. Yg buat mahal pastinya AC, water dispenser, water heater, hair dryer, fridge, treadmill, rice cooker. Biasanya yg mengeluarkan hawa panas pastinya banyak makan listrik. Tapi tak bisa buat apa2. Memang dipakai hari2 kan 😄.

    ReplyDelete