Monday, 17 August 2026

Breakfast @airport | kisah perjalanan balik kampung

MZ balik kampung hari rabu lepas ie 12/8/26, flight departure 12.05pm, tapi sbb MZ suruh zharfan hantar pergi airport, so zharfan kena hantar pagi2 lagi sebab dia ada kelas pagi2..

MZ nak kena breakfast kat airport ie KLIA2...so cari2 tempat yg sesuai..tgk pilihan food...average harga nasi lemak+lauk semua above RM20, so rasa mcm tak nak spend that much..last2 MZ pilih utk breakfast kat mamak express, memang area departure lah restoran ni. 1st time mkn kat sini

MZ order roti telur dan teh tarik

licin! ok jer kena dgn taste ;)

RM13 utk roti telur dan teh tarik tu

selfie..travelling alone is boring, tapi terpaksalah

print boarding pass kat kiosk (wpun boleh jer guna eboarding pass dlm hp)...harga tiket pergi balik via airasia ialah RM286.92 (MZ beli tiket masa 7 aug ie last minit jugaklah), rate ok sbb travel tgh2 minggu

that's my flight...AK 6442, on time,alhamdulillah

my seat 23D so zone 2 (random assigned masa online check in)

ni masa queue nak masuk dlm flight

handfie balik kampung...repeat pakai mana yg ada ajer

MZ amik in flight meal ie dh byr siap2 (pre-order)..memang menu ni always my fav..ni kiranya lunch lah sbb MZ dlm flight tu 12pm dan landing 1.10 pm


alhamdulillah, kenyang

sampai kat airport kota bharu (pengkalan chepa), MZ amik grab utk balik rumah my mom..tambang RM35

distance dari airport to my mom's house tak jauh mana pun, 23 km ajer...38 minit ajer sbb off peak hours


salam hari isnin uolls!

13 comments:

  1. Beautiful photos, dear friend. I have never seen an AirAsia plane before. Love the red colour. Your meals look scrumptious 😋

    ReplyDelete
  2. Trigt masa pegi HCMC.ada amik menu ni.Mmg sedap =D

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah flight tk delay...menu tu antara yg sllau org order selain nasi lemak pak naseer

    ReplyDelete
  4. Lamanya tak pesan in-flight meal AA. Suka makanan dieorg sedap2, berbaloi la bayar mahal sikit pun.

    ReplyDelete
  5. semoga ada satu hari diberi peluang naik air asia ni.
    suka menu dlm plane, selalu tgk borak dlm galley podcast, best.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dapat sarapan yang kena dengan selera. Memang boring travel sorang-sorang tapi apa nak buat kan. Tak ada geng boleh balik sekali. Okay jugalah harga tu even last minute.
    Licin makan tu, confirm sedap bukhara chicken biryani ni. Kalau peak hour tu rate dia memang tinggi sikit.

    ReplyDelete
  7. Lebih kurang dari rumah Cie ke kampung Cie je jarak 30mins rumah MZ dengan airport.

    ReplyDelete
  8. Nasi biryani ni tak ingat dah pernah try ke belum.

    ReplyDelete
  9. Okay sangat harga flight ticket tu... weekdays kan

    ReplyDelete
  10. tengah minggu agak berbaloi dapat harga gitu kan MZ. jimat tenaga nak drive

    ReplyDelete
  11. Dah 2 tahun tak fly. Semoga ada rezeki di masa mendatang.

    ReplyDelete
  12. Dipikir2 saya dah lamaaaa juga tak berangkat dan landing dari KLIA2. Akhir2 ini selalu di KLIA1 tiap ke Malaysia. Sebenarnya lebih ke maskapai yg pakai bagasi. Dan air asia makin lama makin mahal, dibanding full service airlines.

    Tp utk bandara, saya lebih suka KLIA2. dan restorannya lebih sedap

    ReplyDelete