sana sini ada 
citer psl David Teo (cthnya kat Harian Metro Online) bagi bonus a total of  
RM4.5 juta utk mrk yg bersama2 menjayakan empayar filemnya..
siyes me kagum dgn sikap David Teo ni--tak kisahlah apa bangsa pun, ciri2 yg baik kita teladani ni kan..untung puluh2 juta tp tak mkn sorang2 -- sikap berkongsi ni pastinya mengukuhkan lg empayar filem MIG tu...sbb semua staff, pelakon etc pun pastinya aka work hard and the best utk memastikan kejayaan setiap filem..
me kenal David Teo???
heheh bukan kenal in person, tp me suka baca psl profile beliau..suka tgk dia ckp bahasa Melayu wpun bunyi pelat cina--bila ditemuramah dlm Melodi TV3--tu cthnya lah--
mana tau one day me boleh jumpa David Teo kan--agak2 Nuff nak ajak David Teo utk Nuff events tak ;)
anyway, me pernah terbaca asal usul, latarbelakang kisah David Teo sblm beliau berjaya mcm ari ni..bukannya sekelip mata dia berjaya--dh byk kali kurang berjaya a.k.a gagal--tp he never gives up--impressive kan :)
>>>me memang suka baca latarbelakang org yg berjaya--kira mcm motivasi utk diri sendiri :)
ni me copy paste from 
Sinema Malaysia
Selepas filem Syukur 21 mengalami kerugian,   Ketua Pegawai Eksekutif MIG dan Penerbit Metrowealth Movies Production, David CH   Teo tidak mahu mengaku kalah malah terus melangkah dengan berani. 
SOALAN (S): Sebelum memasuki dunia hiburan, apakah bidang yang   diceburi MIG?
DAVID:  Perniagaan utama Metrowealth adalah pameran produk   elektrik yang  menggunakan sistem francais antarabangsa di 15 buah negara dan    mempunyai lebih 200 cawangan. Fokus utama perniagaan adalah bilik  pameran tetapi   kami sudah berkembang ke bidang pembinaan,  kejuruteraan, pakaian dan pendidikan   (kursus akaun dan pusat tuisyen),  pengangkutan (Singapura) dan pembelajaran   komputer 4R (Indonesia).
S: Bagaimana boleh menceburi bidang hiburan? 
DAVID:  Metrowealth terbabit dalam bidang perfileman dahulu   sebelum  menubuhkan MIG Records. Kami bercadang jika mendapat keuntungan ingin    membuat sesuatu dalam bidang hiburan. Selepas berfikir, kami rasa  menceburi   bidang filem adalah lebih baik kerana memberi mesej dan  pendidikan kepada orang   ramai. Ini adalah cara terbaik untuk  masyarakat dan syarikat. Selesai pembikinan   filem, kita cuba pula  dalam bidang rakaman album sebab pelaburan dalam   pembikinan album  lebih kecil berbanding filem. Pelaburan filem lebih besar dan    mempunyai risiko tinggi.
S: Metrowelath tiada pengalaman, bagaimana boleh bercadang   menceburi bidang ini dan siapa memberi tunjuk ajar?
DAVID:  Tiada siapa memberi tunjuk ajar cuma daripada kesilapan.   Maksudnya  kesilapan yang kita lakukan dan sedang lakukan, kita belajar, buat    home work sendiri dan kaji bidang ini lebih mendalam. Kalau bidang filem  kita   kaji filem dari segi produksi atau pos produksi, audio, mixing.  Malah saya   sendiri turun padang apabila pergi ke Hong Kong masa buat  dolby atau mono. Sebab   saya percaya kalau kita terlalu mengharapkan  pada orang lain, benda ini tidak   akan menjadi lebih bagus dan tidak  tahu mana silap. Dengan cara begitu, filem   boleh dipertingkat daripada  kesilapan yang pernah berlaku. Kita mahu bawa   konsep, pengarah  mahupun artis Malaysia ke luar negeri supaya orang luar ada   peluang  lihat filem kita. Kalau kita tidak buat kerjasama, orang akan kata kita    syok sendiri dalam industri perfileman Malaysia.
S: Mengapa Metrowealth berani menceburi dunia hiburan sedangkan   industri ini belum pasti menjanjikan apa-apa?
DAVID:  Industri hiburan adalah suatu perniagaan yang berisiko   paling tinggi  berbanding bidang perniagaan lain yang kita ceburi. Dalam   perniagaan  lain, kita sudah terbabit berpuluh-puluh tahun dan lebih    menguntungkan. Bagi saya apabila kita takut memasuki sesuatu bidang,  saya   percaya akhirnya tiada seorang pun ingin melabur sebagai penerbit  filem. Kalau   semua orang tak berminat, maknanya sayalah satu-satunya  yang berminat. Saya   berasa gembira kerana dapat memperbanyakkan filem,  orang yang tidak mempunyai   pengalaman berani melabur mengapa tidak  orang yang berpengalaman.
S: Filem Syukur 21 rugi tetapi anda masih berani melabur untuk   No Problem? 
DAVID:  Formula orang biasa apabila gagal mereka terus berundur.   Bagi saya  yang terbabit dalam dunia pemasaran sekian lama, saya anggap jika    gagal anda harus berani menghadapinya. Kalau Syukur 21 rugi dan saya  terus   berundur bermakna akan terus rugi. Kalau teruskan saya fikir  kita mungkin boleh   untung. Falsafah syarikat, kita tidak akan undur.  Seperti di Thailand, kita rugi   dua tahun hampir RM2 juta tetapi tahun  keempat kita mula untung. Kita tidak   takut rugi, tetapi takut tidak  mampu buat.
bottom line : never ever give up in whatever we do..
what we give, we get back--hukum karmanya begitu....kalau kita baik dgn org bwhan, dgn staff, dgn colleagus, dgn saper2 pun, org mesti akan ingat and balas budi baik kita (ada sekor dua yg jahat tu kira tak masuk statistik lah :p)
