Last few days terbaca kat 
harian metro psl 
kabel lif terputus kat Selayang Mall--and victim yg kebetulan preggy tercedera--cuak sungguh sbb  me kerap pegi Selayang Mall and memang me guna lif pun, even last week pun me ke sana (yg insiden zharfan hampir2 hilang tu..)...
GOMBAK : Seorang wanita mengandung tujuh bulan patah kaki kanan  selepas kabel lif yang dinaikinya terputus di sebuah pusat beli-belah di  Selayang, di sini, kira-kira jam 3.30 petang semalam.
 Ketika kejadian, mangsa, suami, nenek dan pengunjung lain hendak  turun dari tingkat satu ke tingkat bawah kompleks beli-belah berkenaan  sebelum kabel lif terbabit tiba-tiba terputus.
Akibatnya,  lif berkenaan terhempas dari tingkat satu ke tingkat bawah tanah  kira-kira 15 meter yang mengakibatkan semua yang berada di dalam lif  jatuh terduduk manakala mangsa sahaja berdiri dan bertahan dengan  kakinya.
 Mangsa, Norazlina Mohd Yusof, 25, daripada Selayang Heights berkata,  dia dan pengunjung lain tidak mampu berbuat apa-apa ketika kejadian dan   hanya bertaut pada dinding lif sahaja.
“Akibat kejadian  itu, saya patah kaki kanan dan bernasib baik kerana kandungan tidak  mengalami sebarang kecederaan walaupun denyutan bayi  lemah untuk tempoh  15 minit,” katanya ketika ditemui di Hospital Selayang, malam tadi.
Menurutnya, dia bersama suaminya pergi ke pusat beli-belah berkenaan  untuk membeli barang kelengkapan bayi perempuan yang dijangka lahir pada  November depan.
    
 
  “Saya masih trauma akibat kejadian ini namun bersyukur suami serta  nenek yang sudah uzur tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
“Kami bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas  pengurusan pusat beli-belah berkenaan kerana tidak menyelenggara lif  dengan baik sehingga menyebabkan kejadian ini,” katanya.
      
  Harian Metro difahamkan sebelum kejadian itu, lif berkenaan  mengalami masalah sejak pagi kejadian dan sering menerima rungutan  pengunjung kerana keadaan lif yang agak usang.
and pagi ni, terbaca pls 
berita letupan kat Empire Gallery Subang Jaya--me tak pernah sampai kat sini, tapi still cuak kan...mula2 ingatkan letupan bom, rupa2nya sbb gas bocor...
SUBANG JAYA 28 Sept. - Empat cedera dalam satu letupan yang  dipercayai berpunca daripada kebocoran saluran gas di pusat  membeli-belah Empire Gallery di sini, awal hari ini.
Mereka yang cedera dalam kejadian pada pukul 3 pagi itu terdiri  daripada dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan dua pelanggan rakyat  tempatan yang masing-masing cedera di tangan dan kaki.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya Zainal Abu Bakar berkata, letupan berlaku di kawasan aras bawah pusat membeli-belah itu. 
"Punca sebenar letupan yang berlaku dalam laluan keluar salah sebuah  premis di pusat membeli belah itu belum diketahui dan masih dalam  siasatan,” katanya. - Bernama
note : me jenis yg suka ronda2, jln2, and shopping2 kat shopping mall/compex....
moga2 kita semua sentiasa dilindungi dari kejadian2 yg tak diingini...amiin
