me suka baca status kat 
FB Saiful Nang..pg ni terbaca yg ni plak...heheh senyum sorang2 dpn lappy
Alas
 perut sebentar. Penantian memasuki pesawat agak lama. Saya ambil order 
di kaunter dan di hadapan saya tadi seorang lelaki berbadan sasa 
berjubah Arab dan berkulit hitam. Lagaknya memang macam orang Arab yang 
garang. Habis budak Filipina yang kerja di kaunter dimarahnya (tak faham
 bahasa dia jadi tak tahu sebab apa dia marah). Kesimpulannya saya lihat
 beliau mungkin seorang yang bengis atau seorang komandan angkatan 
tentera. Boleh jadi beliau dalam squad elite komando negara ini. 
 
 Setelah saya mengambil makanan. Saya makan di meja sebelah meja beliau.
 Hati saya masih berteka teki pelbagai. Ada juga keluar tanggapan bahawa
 lelaki ini mesti seorang suami atau abang yang sangat serius dan 
digeruni adik atau isterinya. Memerhati beliau makan sebiji burger besar
 dengan beberapa kali gigit, saya rasa beliau memang hebat.
 
 Tiba tiba...saya terdengar satu panggilan masuk ke telefon beliau dengan nada dering yang sangat familiar...
 
 GWIYOMI...GWIYOMI...GWIYOMI....
 
 (Lalu saya terduduk dan kepala saya masuk dalam tanah)
 
3 comments:
Haha..mmg lawak
mungkin pagi tu dia tertukar henpon anak dara beliau agaknyer.., kahh
@chekgu azrine : hehheeh LOL
@wak gelas : logik gak tu hehehhe
Post a Comment