Alhamdulillah, hari ni genap 6 bulan baby T bersama kami..all the happy moments together!! kami sgt bersyukur dgn kewujudan baby T as part of our family - so far sekali jer Baby T buat hal ie masa tayar pancit dan tak jumpa cari bengkel yg boleh tampal tayar tu (last few weeks), selebihnya semuanya baik2 ajer :)
ni gambar fresh from oven ie pagi tadi lps breakfast kat dlm UIA (cafe wadi budi)
alang2 buat entry utk baby T, so MZ nak tepek gmbr2 baby T dan charging cost masa balik kg utk raya eidul adha hari tu..kami balik via LPT so memang travel distance agak jauh berbanding balik via gua musang-krai. ni charging kat gentari gambang.
kos charging RM57.91 (gentari gambang)
next charging kat rnr paka
RM40.85 (charging kat rnr paka TNB Electron)
ni kos charging kat chargesini mydin gong badak ie RM59.93
masa kat Kelantan, kami caj kat Mydin Kubang Kerian, kos RM49.94 (apps yg sama mcm Mydin Gong Badak)
actually kos akan jd lebih murah/jimat if kami balik guna route gua musang instead of LPT, tapi hari tu sbb nak elak jem musim perayaan, so kami decide utk balik via LPT.
anyway, total kos charging baby T guna AC charger kat rumah bln ni ialah RM150 (biasanya masa guna BRV, kos bulanan petrol ialah RM600), alhamdulillah :) sgt byk jimat berbanding petrol. memang EV ni sesuai utk city driving/short distance ie utk gi keje, antar anak2 gi sek etc.
cuma, bermula 1st july nanti, electric naik harga esp utk yg guna byk letrik mcm MZ ni..so bertabahlahhhh...unless opt utk psg solar kat rumah...so far lom ada bajet la (min cost RM14k onwards).
salam hari sabtu uolls!
15 comments:
Harap2 tak naik banyak lah bila caj TNB naik nanti... Tp, kalau nak banding dengan petrol, berbaloi juga dah tu..
Berbaloi la banyak penjimatan tu.
Yaa elektrik bakal naik bayaran
Kenala berjimat cermat huhu
patutlah namanya mula T, terpaling high maintenance.
setiap kali selisih dgn model sama persis babyT MZ ni, mesti ingat u sista! dlm hati, tah-tah MZ. hehe, walhal orang lain.
Risau gak bab letrik nak naik ni huhu...
Nampaknya serasi u dgn baby t ni MZ, tak banyak ragamnya kan 👍🏻
Haritu ada org share kos cas letrik kereta EV ni dlm rm300++ balik pantai timur. Rasanya kereta EV ni jimat guna utk city driving je, kalau long distance tu mahal sikit kan
Seksi lah Baby T ni. Happy 6th monthversarry Baby T
Diam tak diam dah 6 bulan dah you....kalau kat IOI City Mall ada charger nama Handal.
Bila dah makin banyak tempat nak charge EV.. mesti mudah bagi pengguna EV.. 6 bulan dah tapi masih ada bau kilang kan :D
Cantik sekali sedan yang Mbak sebut sebagai baby T ini.
Sudah 6 bulan menemani aktivitas Mbak ya...
Salam,
Sekejap je masa, happy 6th monthsary Baby T.
kejab je dah 6 bulan yer
Hai Baby T, Salam kenal. ha ha ha
Ye tariff elektrik naik 1st July...stress aje dengar..kena la ajar orang2 kat rumah tu supaya berjimat cermat..Coway x leh la on 24 jam..malam sampai pagi tutup kan...limit penggunaan aircond jugak...
Baca komen SA coway kene tutup, yelah ammi pun nak buat balik tutup cuckoo tu memalam. At least for 6-7 hours tu dptlah juga jimatkan
Post a Comment