Thursday, 22 June 2023

Convert to adult account | Tabung Haji savings

MZ bukak akaun tabung haji utk all my 3 boys sejak diaorg kecik lg (masa mula2 lahir lagi). then menabung ikut kemampuan..tujuan utama, duit savings tu utk diaorg further study lps abih SPM

zharfan dh cukup 18 tahun 24th may yg lps..so his TH account yg MZ link with my maybank a/c dah kena freeze ie tak leh wat transaction...so last week, MZ bwk zharfan gi TH kat area batu caves

sempat snap gmbr zharfan berurusan kat kaunter TH tu

so dh setel bukak akaun TH on his own name. and the time has come utk MZ bagi semua duit savings to him, utk digunakan masuk uni/study purpose...so far kami plan tak mau amik PTPTN sbb kesian nanti kena byr komitment hutang setiap bln once dh habis study/start keje...
zharfan ada jugak apply scholarship utk further study, moga2 ada rezeki

salam hari khamis
ari ni MZ nak attend majlis farewell kat AIKOL pukul 12 nanti, utk meraikan staff yg bersara thn ni...moga2 pnjg umur MZ utk attend my own retirement ceremony (in 11 years to come, kalau pnjg umur insya Allah)

Wednesday, 21 June 2023

It's a wrap!

alhamdulillah, ari khamis lps adalah hari terakhir all my classes for this sem...now my students are having their study week/revision week..
papers MZ are scheduled lps raya ie 4th and 14th july

so MZ tepek sini gmbr2 dgn my students...ni antara 3 tutorial groups, from 8 tutos in total, ada one pic of tutos kat entry ni

ni tuto utk torts I, ada 3 org international student in this class--one from canada, one from india and one from singapore

ni tuto torts II

ni pun tuto torts II...MZ suka background gmbr pokok2/outdoor hijau gitu...memang students AIKOL overall rough ratio students lelaki dan perempuan 1/4 lelaki, 3/4 perempuan

have a nice day everyone!
ari ni MZ ada meeting pukul 10 am, then another meeting at 2.30 pm

Tuesday, 20 June 2023

Kesetiaan | Keinsafan

masa MZ balik kg utk attend wedding weekend yg lps, MZ jugak sempat visit my sis-in-law ie elder sis of mr hubby...ari tu operate jantung..now dh boleh discharge dari hosp dan bawak balik rumah utk proses penyembuhan, actually she asked to be discharged sbb she could not sleep kat hospital..nurse kata sbb kesan ubat bius yg kuat (byk hari jugak kak tie ditidurkan lps operate tu)

insaf sgt tgk her suffering :( 
my kakak ipar (nama kak tie) siap tunjuk kesan jahitan luka lps operate (kesan panjang kat dada), selain kat bahagian dada, kesan jahitan luka jugak kat betis dan paha sbb doc amik urat kat situ utk letak kat jantung tu

yg sgt suffer, she could not move langsung, tak leh mengiring pun, kena baring straight jer, dan sbb itu, dah naik kudis kat bahagian belakang badan (bedsore)...:(

kak tie kata, kena stay in that position utk lg 3 minggu (total 6 weeks) sbb nak bagi kesan luka kat dada tu sembuh dan juga nak bagi jantung betul2 kuat utk berfungsi, memang she can't move byk2 pun sbb bila dia try utk mengiring cthnya, jantung akan jd berdenyut kuat (mcm berdebar)..she said, nak pegang hp pun tak larat :(
insaf sgt2 tgk kak tie gitu...
rumah kak tie pun ala kadar jer :( kak tie ni tak de zuriat....

psl kesetiaan...
syukur sgt2 sbb suami kak tie (MZ panggil nama abe di) sgt setia menjaga kak tie...sbb kak tie tak leh bergerak kan...memang fully pakai pampers :( dan kak tie ni, kaki dh tinggal sebelah pun (kaki kanan dan amputate thn 2020 sbb diabetic), dan mkn pun ala kadar jer sbb tak nak bagi bacaan gula dlm darah naik tinggi sbb nanti luka lg lah lambat sembuh...so kak tie kata, mkn nasi sikit sgt2, kdg2 rasa lapar sgt tgh mlm, so dia mkn roti sekeping cicah air kosong...betapa MZ sgt2 alpa dgn nikmat kesihatan, nikmat mkn mcm2 sementara Tuhan bagi pinjam kesihatan ni kan....
MZ berdoa semoga abe di terus setia dgn kak tie sampai hujung nyawa...

gambar selingan, tak de kena mengena dgn entry...ni klik2 dari karak highway, nmpk genting highlands nun di kejauhan...di puncak bukit

berat mata memandang,  berat lagi bahu yg memikul...MZ  setulus hati mendoakan kesembuhan utk kak tie..dan moga kak tie terus tabah menghadapi ujian yg diberikanNya...ujian dlm hidup kita berbeza2 kan...

Shafahallah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails