then td me baca kat Utusan Malaysia Online...apparently betul rupanya..just pay RM2 for nasi, lauk, sayur, minuman..just tunjuk IC masa nak bayar to prove rakyat Msia...
so me excited nak try ler...restoran tu kat Shah Alam ajer :) uolls ada ker yg dh try??
ni me copy paste from Utusan Malaysia..
Berbuka puasa dengan RM2
|  | 
| Restoran Malaysia Negara Ku yang tampil dengan konsep unik.  | 
PERTAMA kali mendengar harga yang dikenakan untuk setiap sajian,  pengunjung pasti akan terkejut dan bertanya sekali lagi benarkah cuma  RM2?
Makin sukar dipercayai apabila pada harga serendah itu setiap sajian  lengkap mengandungi nasi putih dengan tiga jenis lauk berserta pencuci  mulut dan minuman.
Itulah yang ditawarkan di Restoran Malaysia Negara Ku yang terletak di Pusat Komersial, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor. 
Memulakan operasinya pada 1 Ramadan lalu, Restoran Malaysia Negara Ku  menawarkan juadah berbuka puasa kepada orang ramai pada harga RM2  setiap hari.
Pengurus Restoran Malaysia Negara Ku Azahar Samat, berkata,  restoran itu dimiliki seorang ahli perniagaan, Datuk Zainal Abidin Awang  Kechik, yang mempunyai pengalaman 20 tahun dalam industri makanan dan  memiliki lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara.
Menceritakan idea penubuhannya, Azahar memberitahu, konsep berkenaan  yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia adalah lebih sekadar tempat  makan. Semua pelanggan akan dilayan secara sama rata.
"Restoran ini dibuka bagi membolehkan semua orang tidak kira bangsa dan kedudukan ekonomi bersama-sama menjamu selera.
"Kami juga sebenarnya bukan ingin mencari keuntungan besar, kerana  kalau diikutkan kami tidak mendapat keuntungan pun. Tetapi niat kami  lebih kepada membantu masyarakat yang susah.
"Di sini, orang ramai tidak dibenarkan menempah awal kerana kami  ingin bersikap adil. Kami turut menggunakan bangku panjang untuk tempat  duduk pelanggan supaya ketika makan, pelanggan akan bergaul dan tidak  hanya duduk secara berkumpulan," katanya.
Menurut Azahar, setiap hari restoran berkenaan akan menyediakan  juadah berbuka puasa berbeza meliputi nasi putih, satu sajian utama  seperti ayam, ikan, daging, ketam atau sotong.
Juadah itu, katanya, dilengkapkan dengan sayur atau telur goreng, salad dan minuman.
Pada masa sama ujarnya, bersesuaian namanya, dekorasi restoran  diterapkan dengan ciri-ciri budaya tempatan bagi mendidik orang ramai  menghargai negara dan memupuk perasaan cinta menjadi warganegara  Malaysia serta menanam semangat patriotik.
Azahar berkata, pelanggan diwajibkan menunjukkan kad pengenalan  sebagai bukti mereka warganegara Malaysia untuk mendapatkan tawaran  harga RM2.
Manakala bagi warganegara Malaysia yang tidak membawa kad pengenalan atau warganegara luar, mereka kena bayar RM6.
Satu lagi perkara menarik mengenai restoran ini ialah konsep  pelanggan melayan diri ketika mengambil makanan dan membasuh pinggan  sendiri selepas menjamu selera.
Ketika ditanya perancangan pada masa depan restoran itu, Azahar berkata, pemiliknya merancang untuk menambah jumlah cawangan.
"Ini adalah cawangan pertama kami, dan insya-Allah kami merancang  untuk membuka 220 cawangan restoran Malaysia Negara Ku di seluruh negara  dalam tempoh beberapa tahun.
"Perniagaan kami juga akan diteruskan selepas Ramadan dan kemungkinan selepas ini kami akan menambah jenis menu seperti mi.
"Walau apa pun jenis menu tambahan, kami tetap akan mengekalkan harga  RM2 kerana nilai itu juga adalah keistimewaan kami," ujarnya.
 
 

4 comments:
ohh... i have read bout this article bfore. mmg best kan dpt mkn RM2 je sdgkan restoran kat bndr besar tu. insya-Allah will go there once i have chance. hehhe.
sure penuh restoren ni,
thanks MZ,me xtau pon hihi
smg bertambah berkat perniagaan tuan kedai nih...
Post a Comment