ini adalah entry hasil tulisan me. me tulis in full malay language, guna bahasa skema. entry ni sbg pendedahan /training courtesy of Eyriqazz yg sgt otai bab2 tulis advertorail Nuffnang..yelah, kot2 in the future me betul2 dpt advertorial kan :P silalah berangan yer MZ :p entry ini telah dipublishkan di blog Eyriqazz. me just copy paste ajer ni. tq for reading.
Melancong, bercuti, makan angin, berlibur sudah menjadi sebahagian gaya hidup rakyat Malaysia. Tourism Selangor too  sewajarnya mendapat pujian atas usaha-usaha pro-aktif lagi kreatif  dalam mempromosikan Selangor, seiring dengan perkembangan pesat  ‘industri’ blogging di Malaysia. 
Tourism Selangor  yang berpejabat di Section 14, Shah Alam, adalah enjin penggerak utama  berperanan mempromosikan industri pelancongan di negeri Selangor, dan  laman web rasmi Tourism Selangor  menyalurkan informasi terkini tentang tempat-tempat menarik yang boleh  dikunjungi oleh para pelancong tempatan mahupun antarabangsa. 
Saya sungguh leka bila melayari laman web Tourism Selangor  buat pertama kalinya, bak terkena panahan cinta pandang pertama, dari  satu gambar ke satu gambar, semuanya bagaikan menggamit saya untuk  berkunjung, berlibur cuti2 Selangor. Owwhh tidak, saya tidak berjenaka  ya—anda sendiri cuba rasai pengalaman menjamu mata dengan gambar beserta  informasi—ayuhh jangan berlengah yer— click TOURISM SELANGOR
I-City Shah Alam: salah satu tarikan terkini di Selaangor—seolah2 di alam fantasi!]
I-City Shah Alam: salah satu tarikan terkini di Selaangor—seolah2 di alam fantasi!]
Ada apa pula dengan MySelangorStory?? ‘Cerita Selangor Saya’? Atau mungkin ‘Cerita Selangor Anda’ jua?!..Yess..MySelangorStory  2010 sebagai aktiviti perintis telah berjaya menyalurkan informasi  tempat2 percutian di seluruh Selangor yang mungkin tidak kita sedari  kewujudannya termasuklah konsep homestay, juga mempopularkan aktiviti  cuti2 selangor di kalangan bloggers tempatan khususnya, bahkan tidak  mustahil sebagai sumber rujukan pelancong dari negara luar! Jangan tak  tau yer, bloggers di Malaysia kini mencecah 2 juta org (saya ternampak  jumlah tu dalam laporan akhbar online tahun lepas)—wow!!..hebatkan kuasa  promosi melalui blogging ni , tidak syak lagi.
   Genting Highland Strawberry Farm 
Tak  perlu mendaki sampai kemuncak Tanah Tinggi Cameron untuk menikmati  strawberry segar cicah coklat—Genting Strawberry Leisure Farm kini  boleh dikunjungi di lokasi Gohtong Jaya, Hulu Selangor.
Rentetan kejayaan MySelangorStory 2010, Tourism Selangor dengan penuh keyakinan akan meneruskan MySelangor Story 2011. Pastinya ramai bloggers ternanti2 untuk turut serta,  apa taknya, hadiah2 lumayan adalah tarikan utama, selain dari  pendedahan dan pengalaman unik yang bakal ditimba sepanjang aktiviti  MySelangorStory. 
Rumah Buluh Betung Resort
  Unik kan resort ni – pastinya pengalaman baru kalau dapat menginap di sini
Sejujurnya, saya mencemburui  peserta-peserta MySelangor Story 2010 kerana dapat merasai cuti2  Selangor—segalanya ditaja, dapat hadiah lagi, dan paling istimewa,  penglibatan secara langsung untuk sama-sama mempromosikan Selangor. Saya  pun seakan2 ingin turut serta—mungkinkah ada peluang untuk saya agaknya  pada sesi MySelangor Story 2011?
waterfall FRIM
 Selangor  kaya dengan pelbagai pilihan tempat rekreasi semulajadi—air terjun  @FRIM antara yang popular di kalangan pelancong tempatan mahupun  pelancong asing
Apa lagi yang wajar dilakukan oleh Tourism Selangor yer untuk meningkat aktiviti promosi? Secara peribadi, selain wadah blog secara platform, tv adalah media yang terbukti berkesan; mengapa tidak Tourism Selangor  mengambil satu slot atau pun sebuah rancangan khas (13 episod  contohnya), program reality ala2 explorace gaya santai/sempoi sambil  menonjolkan tempat-tempat menarik yang kurang mendapat promosi sekitar  negeri Selangor –peserta-peserta di kalangan bloggers yang popular—RedMummy pastinya dalam senarai utama!!
Firefly Park Resort
Jom  merasai pengalaman menyaksikan api2/kunang2 dlm jumlah ribuan  –berkelipan seolah2 ‘i-city’ semula jadi ;) -- @Firefly Park Resort Kg  Belimbing]
Saya yakin ramai bloggers (saya tidak terkecuali) ternanti-nanti kemunculan MySelangorStory 2011. Pihak Tourism Selangor mungkin boleh mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan Nuffnang demi mengoptimumkan penglibatan para bloggers!!  Anda teruja?? Ringan-ringankan jari runcing anda untuk ‘click2’ terus  ke laman web Tourism Selangor juga My Selangor Story untuk perkembangan  terkini!! 
Entri ini adalah advertorial ehsan Eyriqazz.com,  yang mana salah seorang finalist MySelangor Story 2010. Sekalung  tahniah untuk Bro Eyriqazz kerana berjaya menggondol kategori blog  paling interaktif!!
Apa  pula kata anda pasal cuti-cuti Selangor?? Jom kongsi2!! Tak syoklah  kalau simpan seorng apa jua info/idea cuti2 Selangor kan ;)
Tentang Penulis : Mama Zharfan,  bakal bergelar Dr. apabila menamatkan PHDnya tak lama lagi. Satu  keunikan yang sukar dicari,seorang bakal Dr. berblog dan  mengexprestasikan diri dengan berblog. Sangat berbakat dalam menulis  dan telah banyak memenangi "Blogging Contest". Semangat yang kental dan  pandangan yang bernas/sentiasa ke hadapan di ketengahkan oleh Mama  Zharfan. Fell free to visit her blog : Mama Zharfan 
 





 

9 comments:
actually..na tak paham sangat sal entry ni..dah bace sal entry ni kat blog GTO..mz yang buat entry nih ke?/oor camnoooo??
hebat la sis !!
@mama rifQy : a'ah, ni entry yg me buat, kiranya mini advertorial, penajanya eyriqazz. eyriqazz (via his contest last time) bermurah hati nak ajar cara2 tulis advertorial, so lps dia bagi guide, me tulis lah, tajuknya eyriqazz yg bagi..paham tak..;) :) eyriqazz bagi token RM30 utk me buat entry ni..beshh kan, kalau advertorial nuffnang, boleh dpt ribu2 per entry tau, mcm yg eyriqazz selalu dpt tu...
TAHNIAH MZ :) Miza dah baca entry ni. Pengalaman dan susah payah nak buat advertorial job kan. Sangat berharga. bukan senang nak dapat.
TAHNIAH :)
wah..nice la sis...ada gaya nie..hihi
bakal seorg dr yg berblog secara sempoi...
:)
oh ila ada baca title ne kat GTO tue. ila ttgu2 juga entry MZ yang katanya akan kuar kat GTO
best jerk! tp janggal pulak bila baca ayat2 skema, selalu ayat2 sempoi..hehe
wah, this is your starting point kan.. me kalau kat selangor, setkaat ni i rase yang selalu i pergi tu kat jeram ngan sekinchan, tempat amik gambar.. tapi sayang walau tempat tu cantik tapi tak maintain.. and tak banyak promotion
tahniah..
bertuah dpt guide & peluang sekali.. :)
Post a Comment