Monday, 8 September 2025

Birthday dinner @Restoran Seafood D'Bendang Sekinchan

Makan2 sempena bday mr hubby berlangsung di Restoran Seafood D'Bendang, kat Sekinchan...jauh jugak dari gombak..dlm sejam driving...MZ google2 random jer, dan memang kami nak ronda2 jugak so sengaja lah drive to Sekinchan tu..

gambar random jer ni tak ikut susunan...ni gambar kat depan restoran..ada terpampang logo hala jakim tu..masa kami sampai ni around pukul 5 pm +

antara yg paling sedap ialah sotong salted egg ni...siyes sedap sgt!

ni suasana kat luar restoran

restoran ni actually attached/under Villa Chee (homestay/hotel)..hotel ni rating 5 star jugak if search kat google..dan rate utk family room pun above RM500+ laaa

ni kami ronda2 lps siap mkn..ada surau jugak so kami solat asar kat surau kat Villa Chee ni


more picss...sekitar Villa Chee ni memang port utk posing2..dan memang crowded jugak sbb ada psgn pengantin tgh photoshoot (dgn segerombolan bridesmaid)


cantik suasana dlm restoran ni

ni posing2 area Villa Chee jugak (belakang) ie memang tempat khas utk photoshoot/posing2 view sawah padi




boleh sewa drone jugak...memang sgt ramai manusia tgh posing2 (termasuklah kami)


buaian ni ala2 bali lah kan...

ni swimming pool kat Villa Chee





bday boy (boylah sgt hahhah)


kami tak order ikan pun...so order sotong, udg, telur, tomyam dan sayur, dan jus2 dan air kelapa dan 1 dessert, total bills RM180 (kira ok laaa), masakan pun semua sedap2 ni

salam hari isnin uolls!
tq sbb selalu sudi singgah2 kat blog kecik ni

14 comments:

Suria Amanda said...

Haaaa...sini la yang SA cakap ngan adik2 SA....wah sis MZ dah sampai dulu..

mama tisya said...

view nmpk sawah padi mmg cantik....nice juga sekitar restoran tu..sedap menu sotong tu

shaizhar said...

Happy Belated Birthday untuk suaminya. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

mummy_ayu said...

wahhh..cantik view.

Airene Erawan said...

hijaunya bendang tu.. last time sampai sekinchan, padinya dah dituai.. bendang pun tengah dikeringkan.. jadi kita jumpa yang kuning je masa tu.. hehehe..

Sueann said...

JJCM tempat menarik...nampak sedap food tu........

Mznimnwr said...

eloknya padi tengah menghijau! sotong salted egg tu bikin terliur sangat

Aphizha said...

Villa Chee ni banyak tarikan dia, banyak port bergambar dan ada swimming poolnya. Bilik pun boleh tahan juga harganya tapi tak perasan pulak 5 stars rupanya ye. Sebelum ni pernah stay Padi Sentral masuk dalam sikit. Cantik sawah padi tengah menghijau tu. Jauh juga tu kan, tapi yang penting dapat meraikan birthday orang yang tersayang bersama keluarga lengkap ada semuanya. Alhamdulillah...

Puan Hazel said...

Kalau overnight sini pun best jugak kan... sawah padi tu lawa. and ada pool, my kids sukalah ni

thisni3za said...

Sanah Helwah to your "bday boy" sis..Serius cantik la villa chee nih...Sama la kita punya jarak sis..Nak ke sekinchan tu kalau ikutkan dh hampir sama jarak dgn sy nk blk kg =D

Ezna Khalili said...

Cantiknya view sawah padi. Dalam restaurant pun cantik. Banyak spot Instragrammable gitewww.....drone ni dah jadi teknologi terkini dah selain tu boleh bajakan tanam-tanaman jugak.

Ammi said...

Boylah...bekas boy yang dah jadi wise man

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Memang baguuuus tempatnya... Sawah nya pula sedang menghijau 😍😍👍. Sesuai sangat untuk foto. Disediakan tangga seolah2 stair to heaven ya kak 😄.

Makanan yg pakai salted egg sauce, selalunya sedaaap lah 😍😍. Sayapun paliiing suka kalau pakai tu

ch@ said...

ooo Sekinchan, ramai dah ngajak ke sini. tapi yg ngajak tu entah mana perginya.
lawa betul pemandangannya. cam biasa, suka tgk ur family photo, always in one colour pallete, saya suka~saya suka!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails