Monday, 25 May 2026

Razeen bersunat

plan nak bersunat razeen last year masa cuti sekolah dec tu tapi tak leh nak proceed sbb doktor kata kena buat minor operation (buried penis istilahnya)

so book date awal2 utk cuti sek bln 5, so dh setel bersunat tengahari jumaat 22/5/26, kat We-Care Clinic, area Ukay Damansara, doktor yg buat prosedur tu nama Dr Nabil.

ni masa dh siap...around 12 pm masa ni...asalnya appointment pukul 10 am, tp doktor lambat sampai..kena sidai free2 jer MZ kat situ haishhh (saya tak suka menunggu :p dan tak suka org tak punctual)

tak murah lah kosnya sbb minor operation, bukan bersunat yg biasa..total RM1160. byr dgn duit sendiri sbb insurance (under UIA group insurance) memang tak cover apa2 yg berkaitan dgn bersunat

moga2 my razeen cepat sembuh...aamiin...
proses penyembuhan akan memakan masa yg lebih lama berbanding bersunat biasa (doktor kata around 3 weeks baru fully recovered). ni memang bagi painkiller every 8 hrs ni, selain antibiotic once a day.

15 comments:

Suria Amanda said...

Alhamdulillah, selesai juga urusan bersunat Razeen walaupun ada cabaran kena menunggu doktor dan melibatkan minor operation. Betul tu, bab kesihatan anak ni duit sendiri pun tak apa janji semuanya selamat dan berjalan lancar. Moga Razeen cepat sembuh, diberikan kekuatan sepanjang 3 minggu proses pemulihan ni, dan dipermudahkan segala urusan Sis MZ sekeluarga! Cepat sembuh boy....

Mznimnwr said...

memang patut geram pun.. appt pukul 10 tapi pukul 12 baru boleh jumpa doktor..
semoga razen cepat sembuh. lamanya 3 minggu baru elok

Puan Hazel said...

Semoga cepat sembuh ye Razeen
Adeh tak suka kena sidai esp bila kita jenis punctual :(

Carneyz said...

First time tau pasal buried penile syndrome ni. Out of curiosity I googled and looked at the surgery process to understand kenapa harga nak buat operation ni mahal macam tu sekali. Pastu rasa ngilu pulak 😅 your Razeen must be a brave boy to endure this procedure! 💪🏻 Alhamdulillah everything went well for Razeen (walaupun terbakar sikit poket mama dia!)

Ezna Khalili said...

Moga baik2 ajer Suzz. I kalau citer bab ni memang seriau. Syukur juga I takde anak lelaki....yang perempuan tunggu dia dah kahwin dan nak beranak pulak. Time tu I pulak suspens......

Moga cepat sembuh sayang.....

thisni3za said...

Alhamdulillah dah big boy dh ni..GWS dear =)

AMIIZAA@Mieja said...

Semoga razeen cepat sembuh, tahniah anakanda 💖

shaizhar said...

Semoga semuanya baik-baik dan cepat sembuh.

adnil linda said...

moga cepat sembuh razeen... linda tinggal dedek je belum sunat lagi...mungkin cuti sekolah bulan 12 nanti ni...seram pula

Roziah @ Cie said...

Fuhhh kena sidai tu yang geram. Semoga cepat sihat ye tu kena makan pantang.

Etuza said...

Teringat anak lelaki saya 4 orang ..bersunat dalam masa ada yang tahun 4, tahun 5 dan tahun 6..ada yang happy ada yang malam2 menangis..adaui..anak no 5 tu . Good boy Razen ni tau..

Etuza said...

Semoga cepat sembuh ya adik..

Time Traveller said...

Boleh pulak doktor tu sidai 2 jam kat klinik tu.. 10-20 minit tu faham la juga huhuu.. syukur dah selamat sunat...

ch@ said...

i hate waiting too, lagi di hospital.... my gosh, too boring~
yeay razeen da naik pangkat, get well soon razeen.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Telat 30 menit saya masih bisa paham. Tp sampai 2 jam, memang tak suka lah.

Semoga cepat pulih untuk razeen.. yg dialami razeen ini memang umum terjadi. Beberapa anak teman saya pun mengalami yg sama.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails