Thursday, 5 June 2025

To IKEA again

actually sebelum kami semua pergi makan2 celup tepung kat Mameen tu, kami singgah kat Ikea damansara dulu...

kenapa beria nak gi shopping kat Ikea pulak??...alkisahnya MZ ada menang hadiah saguhati contest Clorox, so dpt Ikea gift card value RM150, dan dah dapat pun hadiahnya minggu lepas lagi. nilah gift cardnya (works like debit card sbb dah preloaded with RM150 dalam kad ni)

nilah barang utama yang dibeli ie rak trolley (metal)...dlm gmbr ni actually razeen punya...ie dh beli masa few weeks back last trip kami shopping2 kat Ikea. so bila dh dpt gift card Ikea tu, zharfan plak nak beli rak yg sama tapi dia share letak his stuff dgn ariff. my 3 boys ni share 1 bilik as bilik study ie ada 3 study table with 3 chairs kat bilik tu.

nama trolley rack ni ialah NISSAFORS (memang unik semua nama brg2 kat Ikea sbb biasanya sempena nama designer barang tu). harga trolley ni RM129, then kami ada beli lagi few small items ie 2 boxes kecik2 utk razeen dan ariff letak brg2 atas study table dan satu medium sized transparent storage box (MZ nak letak toys razeen yg bersepah2 atas almari)....so total kami shopping kat Ikea ialah ngam2 RM150!! so tak pyh tambah any amount pun. rare sgt hahahha sbb beli price on the dot gitu. alhamdulillah.

then MZ ada dapat email dari Ikea ie rebate/discount for next purchase --sajer ler tu suruh MZ repeat Ikea :p MZ baru jer sign up as Ikea family member ni (rugi sgt sbb dulu2 MZ byk beli kat Ikea tp tak jd member--tak de kesedaran :p)

salam hari khamis uolls
Hari ni MZ plan nak bertolak balik ke kampung, if tak de aral.
Allahumma yassir

12 comments:

thisni3za said...

Wahhh..Untung besar ni sis..If member, kalau mkn dkt food court dia, show member card, kita akan dpt free 2 cups of tea or coffee =D

adnil linda said...

Tu lah.. Jarang dapat berbelanja dengan harga ngam2 gitu..
Moga selamat sampai ya.. Linda pun dah otw nie

Puan Hazel said...

Alhamdulillah rezeki, banyak tu RM150.m.
Gift card tu cute...

Mulan said...

Wah ngam2 150. Safe journey balik kampung. Moga dipermudah kan semua nya.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Eh baguuus juga rak nya. Nak carilah. Saya pun lagi cari rak utk buku anak sulung. Belum ketemu yg pas utk letak dalam kamar.

Ezna Khalili said...

Moga perjalanan you selamat pergi dan balik ya Suzz.

Suria Amanda said...

Best kan kalau shopping Ikea...rajin MZ masuk contest...

mummy_ayu said...

wah..ngam2 kan...cayalah
selamat balik kampung sis MZ!!!

anamizu said...

waaahhh bestnyaaa MZ menang contest & dpt beli brg IKEA camtu!

uncle gedek said...

Lama dah tak ke ikea damansara sejak ada ikea cheras

Snapbackpacker said...

Ikea ni macam pusat lego perabut...pasti akan ada yang 'mengikut' walaupun hanya sebatang pensel kayu

shaizhar said...

Dah lama tak pergi IKEA. Harap ada lah rezeki nak ke sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails