Tuesday, 30 September 2025

Moving out

hari ni hari terakhir MZ kat civil law dept HOD's office, so starting tomorrow, I'm back to my usual office (semua lecturers kat AIKOL ada bilik opis masing2). MZ dh kemas2 dan kuarkan all my stuff (books, files, papers etc) since last week lagi.

anyway, ni gambar MZ snap2 last few weeks...simpan sini for future throwbacks..




selit gmbr selfie

it has been a valuable experience to hold an administrative office alhamdulillah.

salam hari selasa uolls, merangkap hari terakhir bln september.

Beli neck fan

last week MZ ada ternampak my FB fren post gmbr dia dpt doorgift neck fan dari tempat keje dia...then MZ pun berkenan la nak beli (sbb nak guna time MZ gi main pickle ball--selalu berpeluh2 teruk).

yayyy my 1st neck fan!

wajiblah kaler pink!! bentuk mcm headphone tp fungsi berbeza laaa

brand JisuLife...MZ beli kat shopee ajer...harga asal dlm RM60+ tp lps tolak mcm2 discount voucher+shopee coins so jadi harga RM47 :) ok sgt rege niii

so far berfungsi elok ajer! boleh caj bateri (dia bagi kabel USB siap2)

Uolls ada ke beli apa2 portable fan? my razeen ada koleksi kipas tgn mini tu...ada dlm 3-4 bijik rasanya..dia selalu beli guna duit tabung ajer (harga dlm RM50+ sebiji)

Monday, 29 September 2025

Wedding in garden

sambung kisah MZ attend 2 wedding in a day, hari sabtu lps (27/9/25)..dari bluedomes the mines tu, kami terus bergerak menuju ke hulu langat..

first time MZ nak attend wedding my students laaaa...

zharfan tlg snap pic ni...ni masa dh siap mkn2 ni..

bergambar dengan pasangan mempelai..both of them are my students (AIKOL) ie masa diaorg 1st year, now diaorg dh masuk final year. (pengantin lelaki tu ada mixed blood)

cantik sgt tempat ni, background ada waterfall...tetamu pompuan dan lelaki dok asing2

penuh deko2 bunga

cute jer e card nya....nama tempat wedding ni Tepian Rimba Villas. MZ doakan both umar dan iman akan bahagia hingga syurga..aamiin 

salam hari isnin uolls!

Craving carrot cake

last week MZ dan zharfan singgah Secret Recipe kat AEON Alpha Angle...sbb MZ craving nak makan kek lobak merah..

zharfan tlg snap pic MZ posing dgn kek

cute jer staff SR ni tulis kat pinggan kek tu..choc indulgence tu zharfan punya

mahal jugak rege choc indulgence tu...sekali sekala ok laaaa...comfort food laaa benda2 manis gini!

MZ tak mkn choc kek, tp MZ suka jer mkn carrot cake dan butter cake., lemon cake pun MZ suka jugak.
uolls suka kek apa?

Sunday, 28 September 2025

Lama sangat simpan | tengok2 dah expired

hari tu (last week) MZ ingat nak pakai contact lense sebab nak main pickleball (boleh jer pakai spec pun) cuma kalau pakai contact lense, lagi convenient.

rupa2nya expired 2 tahun lepas lagi! tak perasan sbb simpan jer, dah lama tak pakai

contact lense ni daily use ie disposable (brand Bausch Lomb), jenis yg sekali pakai then lepas tu buang ajer.. MZ start pakai contact lense sejak zaman matriks ie  umur 18 or 19 tahun, then setia memakai sampailah tahun 2020 ie zmn PKP tu (kiranya berpuluh tahun MZ pakai contact lense)...zmn PKP tu kan WFH, dan keje MZ byk mengadap lappy, so MZ start pakai spec plak, tak selesa dah nak pakai contact lense, mata jadi letih dan sensitif...anyway, masih boleh jer pakai cuma rasa lagi selesa pakai specs

uolls ada ker yg pakai contact lense everyday?

Attend wedding @Bluedomes Mines

Semlm hari sabtu 27/9/25, MZ attend 2 weddings. first wedding, anak my colleague kawin.
Event diadakan di tempat yg exclusive...area the Mines, to be exact kat bangunan Sapura (tepi highway Sungai Besi).

gambar random jer ni...most gambar dari hp my zharfan..kami attend wedding ni ber4 ajer sbb my ariff ada school programme (kat Penang).

posing2 sebelum masuk ke dewan tu...MZ merasmikan pakai baju baru ni (qiszar), kaler navy blue/blue black. MZ pakai tudung biru muda sbb nak bagi matchy2 dgn baju mr hubby

ni posing dgn tuan rumah..my colleague ni nama Datin Dr N

posing berdua kat dalam Bangunan Bluedomes tu...nak posing tepi tasik tapi tak jumpa exit door..so posing kat dalam building ajerlah

one with my anak bongsu..

MZ random snap dalam dewan..cantik pelamin tema putih

makanan utama..nasi minyak dan lauk pauk

makanan sampingan sgtlah byk..tak amik pics semua..in pic..pisang goreng dan tapai pulut...ada nasi dagang, bihun sup daging, apam balik, lots of dessert jugak!

goodies..dpt kek choc

setel mkn2 kat sini, kami bergegas to the next wedding pulakkk

Saturday, 27 September 2025

Sesuatu berwarna putih | terapi mata

hari tu MZ buat entry pasal bunga raya merah..
ni another entry edisi yang sama tapi this time, bunga raya putih pulakkkk


kecik sikit saiznya berbanding yg warna merah....yg putih pun rajin berbunga jugak!

yang ni pun bunga warna putih jugakkk...kecik2 jer ni..bunga pokok limau kasturi..moga2 bunga ni akan bertukar jadi buah bila tiba masanya..pokok limau kasturi pun rajin berbuah wpun hanya ditanam dalam pasu

yang ni pokok bunga siti zubaidah (hydrangae)...berbunga sekali ajer ie time mula2 beli sbb memang beli yg dah siap ada bunga..then lps tu tak de bunga dah...dh lama jugak usianya...tak ingat berapa tahun dah..may be 2 or 3 tahun

pokok kunyit...memang asyik mati hidup mati hidup sbb MZ tak harvest/tak petik daun/tak korek2 isi kunyit tu...

my lil garden..rasa mcm nak kena overhaul ie beli pasu baru semua then tanam semua pokok2 baru laa..simpan satu dua jer yg lama yg MZ sayang nak buang or tukar pasu laa..semua pasu tu dh buruk/berkulat sbb memang kena hujan panas daily (open space/tak de bumbung lah utk pokok2 ni)

have a nice day uolls!

Uolls tanya MZ jawab

MZ nak jwb soalan2 uolls!!

Jwpn: ya betul..MZ pernah jer buat entry pasal restoran ni ie restoran Sudu & Knife kat Sri Gombak tu

Jpwn: Memang ada few other halls nama Astana Grand Hall jugak...sbb masa MZ taip dalam waze/google map, keluar beberapa lokasi dgn nama yg sama.

Jwpn: pokok bunga raya tu MZ beli yang dah ada bunga siap2, then lepas tu maintain jaga jer..ie trim batang/dahan dan letak baja selain siram2 jugak

Jwpn: daging jer habis sebab weolls ratah2 ajer..sayur tu terbiar sepi sebab tak makan nasi pun sambil sesi meratah tu (appetizer)...dan my boys jenis tak berapa mkn vege, MZ suka vege tapi tgk mood

Jwpn: kenapa nama daging harimau menangis yer...sblm2 ni MZ pernah terbaca/terdgr jugak...rasanya sbb daging tu bahagian lembu yg sgt lembut/sedap dimakan sampai harimau pun menangis gitu mcm ala2 kiasan..MZ try tanya chatGPT jugak...

Kenapa dipanggil “daging harimau menangis”?
Ada beberapa cerita di sebalik nama unik ini:

  1. Bahagian dagingnya
    Biasanya digunakan bahagian bawah rusuk atau brisket lembu yang ada sedikit lapisan lemak. Bila dipanggang, lemak itu cair dan menitis ke atas bara api. Orang dulu kata titisan itu seperti air mata – seolah-olah harimau sedang menangis.

  2. Rasa yang terlalu sedap
    Kononnya, bila harimau membaham lembu, ia hanya makan bahagian besar daging. Tetapi kalau ia tahu bahagian ini adalah yang paling lembut dan lazat, tentu ia akan “menangis” kerana terlepas.

  3. Sos pencicahnya yang pedas
    Hidangan ini selalunya dimakan dengan sos pencicah ala Thai–Isan yang pedas, masam, masin dan manis. Kadang-kadang bila orang makan, sampai berair mata kepedasan. Dari situlah datang nama “menangis”.


happy weekend uolls!


Friday, 26 September 2025

Appreciation souvenir yang MZ dapat

alhamdulillah, rezeki :) moga murah rezeki Dr Zati (new HOD)

sweet jer paper bag ni warna pepel


travel telekung kaler maroon

memang kecik cute jer pouchnya! nampaknya MZ kena travel again laaa utk merasmikan travel telekung ni hehehhe

alhamdulillah for all the blessings
salam hari jumaat uolls

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails