Showing posts with label Ariff. Show all posts
Showing posts with label Ariff. Show all posts

Monday, 20 April 2026

Birthday dinner to celebrate our Ariff Shah

plan asal, nak gi hi tea kat one hotel dlm KL, then ada miscommunication psl reservation, so kami tukar plan, gi dinner tempat lain, sambil ronda2 jugak, keluar sikit dari Klang Valley..

kami makan2 (early dinner) kat Restoran Tanah Aina & Fareena ...somewhere near Bentong ie sebelah Karak Highway (dlm 30 min jugaklah dari Tol Gombak tu)..actually ni 2nd time our family here tp masa 1st time dtg sini, zharfan tak ikut sbb masa tu dia kat CFS Gambang...for MZ, dh 3rd time (1st time masa dtg meeting research kat sini few yrs back).

family pic...mintak tlg staff restoran yg snapkan pic ni

gambar versi wefie..tempat ni nice sbb kat tepi sungai/restoran lalu kat atas aliran air sungai..makan bertemankan bunyi aliran air sungai gitu

bday boy yg diraikan..kami order kek jugak..ada kek ni ajer ie kek gula melaka...alhamdulillah..sedap dan big size jugak so kami share2 mkn as appetizer sblm mknn2 lain sampai!

bday boy pilih nak mkn spaghetti

abang dan adik ie anak sulung dan anak tengah (no. 2)

MZ merasmikan pakai baju qiszar design ropol2 berjuntai haahhah

22 years together and still counting..will be travelling together again soon (for my worktrip tu)



mirror pic! ni cermin kat dpn sinki basuh tgn hahahahha zharfan yg bagi idea nak wefie kat sini (kalau staycation, biasanya kami wefie dlm mirror lif hotel)

lps siap mkn, kami singgah solat kat surau yg disediakan (suraunya besar luas cantik), terletak kat tingkat atas bangunan...ni dpn surau, ada kwsn open space ie ditanam dgn pokok2..so kami wefie kat sini jugak

wajiblah posing2..design baju ni ngam utk OOTD...leceh bila nak masuk toilet dan amik wuduk sbb juraian baju tu kat both sleeves dan kat dpn baju jugakkkk

masa ni lebih kurang pukul 5.45 pm

wefie sebelum balik..ni kat laluan jln kaki utk pergi ke restoran

anak bongsu...main air kat anak sungai...ada part sungai yg sedikit dalam/air laju esp tepi batu2 besar2 tp MZ suruh razeen main air kat tempat cetek ajer lah..

ni plak some food yg kami order/mkn..ni my food ie MZ order lauk sotong goreng salted egg...ni yg paling mahal laaa RM55 ni rege dia (mkn dgn nasi putih)..sedap dan fresh sotongnya. portion utk one pax tapi kami share2 mkn

ni zharfan punya...ayam sweet sour (RM45)...mkn dgn nasi putih..big portion ni wpun utk satu pax katanya

all our food...utk dessert, selain kek, kami order set lempeng, banana fritters with ice cream (goreng pisang) dan cucur. lauk mr hubby ialah tomyam seafood...razeen pulak mkn chicken chop.

total bills RM291. oklah rege tu sebab utk special event kan ;) ..yg penting, it's about the sweet moment together..sementara masih ada masa dan kesempatan utk melakar memori manis bersama yang tersayang.

restoran tanah aina dan fareena ni dh tukar nama (tukar owner lah kot)..now nama baru Seni Rimba...nama jer yg tukar, lokasi dan konsep restoran masih sama (tapi menu food dh berubah jugak ie lagi byk choice lah sekrg compared masa kami dtg sini last time)


salam hari isnin uolls
hari ni MZ ada meeting utk review exam. minggu ni mid sem break so tak de kelas, ada meeting lah hampir everyday.. esok pun ada meeting jugak.

Wednesday, 15 April 2026

Happy 17th birthday my dear Ariff Shah

today 17 years ago, I was blessed with my 2nd lil prince, gap 4 tahun dgn my eldest son zharfan....
Ariff n nickname baby Phd sbb I gave birth to Ariff when I was doing my Phd...dan memorable part utk ariff ni..MZ bawak dia gi Notts, via long-haul flight masa umur dia 8 bulan (dok dlm bassinet!)lagi satu istimewanya Ariff, sbb papa teman masuk dlm labour room masa Mama bersalin...for zharfan dan razeen, Papa tak sempat sampai labour room/hospital sbb masih OTW dari KL to KB. (mama bersalin all 3 boys in Kelantan)

cuma Ariff tak de lah memory life in Notts sbb kami balik Msia for good masa sehari sblm bday ariff yg ke2 tahun. but he can always see all the pics of our life in Notts. MZ buat byk photobook all the pics masa kat Notts.

Ariff akan sit for SPM hujung tahun ni...Mama doakan Ariff dpt straight A....aamiin..so far Allah bagi rezeki Ariff has been performing well in academic...masa sek rendah (alhuda), 2x dpt award best student overall. kat sek al-amin pun maintain jer naik pentas every year for being among top scorers.

ni gambar ariff kat Notts..masa umur setahun lebih jer ni...he was photogenic masa zmn baby2 so few times menang contest baby ;) snow hat tu masih ada lagi Mama simpan dlm drawer kat rumah...sayang nak gi letak dlm recycle box hahah wpun dah takleh nak pakai dah (warna pink kan..Mama nak pakai pun lucu plak dan saiz kids tu)

ni masa bday mkn2 last year (hi tea @capri by fraser, KL)

ni sehari sebelum ariff's 1st bday, kat notts, UK

ni gambar kami holiday kat Tokyo bln feb ari tu...

because bday Ariff tahun ni jatuh pd tgh minggu (weekday), so bday mkn2 kami postpone lahh weekend ni Insya Allah kita gi mkn2...Mama dah tempah hi tea kat one hotel in KL :)

Mama, Papa, Abg Zharfan dan Razeen all love you and make doa for you always.
Moga Ariff cemerlang akademik dan akhlak, jadi anak soleh, happy2 dan sihat selalu..
aamiin




Saturday, 27 December 2025

Entry bergambar | ariff dan razeen

nak clearkan folder handphone/lappy ni..so MZ tepek sini ajerlah gmbr my 2 boys..for memories and future throwbacks.

semua gambar masa ariff menyertai program keluarga angkat kat Kg Mempaga 3, Pahang....ni 4 org semua ie ariff dan kwn2 utk 1 family angkat..ni masa aktiviti morning walk

ada aktiviti kenduri ie gotong royong masak beramai2 (sembelih lembu!). ariff gmbr candid ajer ni

ariff dan kwn2 (no 2 dari kanan, 2nd row)

ni MZ screenshot dari ig story ariff...posing dgn mak dan bapak angkat...dipanggil sebagai tok dan wan...dlm paper bag tu ada baulu sebekas ie hadiah dari tok dan wan utk anak2 angkat diaorg

ni gmbr razeen pulak

gambar kelas razeen..kelas 5 ibnu jazari, sek ren islam (SERI) alhuda

kelas razeen ada 22 org..kat sek alhuda ni, darjah 5 ada 3 kelas. masa exam akhir tahun, razeen dapat no 5 dlm kelas so tak dpt naik pentas sbb top 3 jer naik pentas.

ni gambar masa aktiviti sekolah...

our children grow up so fast...tgk2 dh besar dah semuanya...
treasure the moment while it lasts

Monday, 22 December 2025

Ariff @Program.anak.angkat | Razeen @Water Park

My ariff menyertai program anak angkat anjuran sek men alamin...semua pelajar form 4 terlibat (dlm 120 org jugaklah)...lokasinya di Mempaga, Pahang, so semua pelajar yg terlibat memang dpt family angkat laaa...bertolak ke sana pagi ahad, dan will be back in gombak hari rabu tenghari nanti.

ni gambar kat group whatsapp sekolah..masa hari sabtu tu..aktiviti mkn2 buah/gi kebun etc, my ariff yg kat tgh2 tu..semua pun posing pegang durian hehehhe

my razeen pulak last week sebelum cuti sek, sempat menyertai school trip to Bangi Wonderland. seronok sgtlah dia dpt main air! naik bas lagi tu ;) my boys semua suka naik bas sbb jrg2 dpt naik bas hahaha

razeen baju kuning.. kat tgh2 tu...atas pelampung (gigih cari gambar yg ada anak sendiri) ..gambar diambil dari telegram sek alhuda

razeen baju kuning kat barisan depan...sebelah razeen tu his bff la nama fahimi

group picture (boys)! MZ dh letak arrow kuning siap2 utk muka razeen hahahah

tahun dpn, tahun terakhir razeen kat sek alhuda (djh 6) dan ariff pun tahun terakhir kat sek men alamin (form 5 ie SPM 2026).

moga yg baik2 ajer utk anak2 kita semua.

Tuesday, 16 December 2025

Congrats my dear Ariff Shah

hari sabtu lps (13/12/25), berlangsung hari apresiasi utk sek men islam al-amin gombak...my ariff terpilih as one of award recipients. memang sgt ramai winnersnya based on many categories especially ada byk kategori kokurikulum dan award utk tahfiz jugak. my ariff dpt award utk academic achievement (kemuncak event) ie top 5 utk setiap kelas (ariff no 2 dlm his class, dpt A utk almost all subjects kecuali 2 subjects ie add math dan kimia--nak kena work harder)

majlis bermula pukul 10.50 am, sblm tu kena gi amik result exam dan discuss dgn cikgu2 kat kelas masing2

congrats my dear boy! ariff ni memang top scorer sejak sekolah rendah lagi..
moga2 terus maintain dan graf naik meroket utk SPM tahun dpn

Event ni, MZ attended berdua jer dgn ariff sbb mr hubby keje dan zharfan kena hantar razeen pergi tusyen kumon. ni MZ mintak tlg one parent snap pic lps habis event tu

dapat sijil, trofi dan mug/tumbler kecik. dpt jugak hadiah2 lain (not in pic ie utk semua subject yg dpt A, dpt hadiah dari guru masing2, so penuh 1 paper bags hadiahnya ie stationeries etc--not in pic)

alhamdulillah atas rezeki kurniaanNya...now Ariff kena fokus utk score for SPM 2026...Allahumma yassir

Thursday, 11 December 2025

Yuran 2026 Sekolah Menengah Islam Al-amin Gombak

my ariff bersekolah di sek men islam alamin sejak form 1, now he's in form 4 dan will be in form 5 next year. my zharfan dulu pun bersekolah di sini juga ie form 1 sampai form 5.

MZ tepek sini for my future reference...ada kenaikan RM70 monthly untuk yuran bulanan tahun 2026 berbanding tahun 2025. 

Yuran tahunan RM757 (one off payment every year), yuran bulanan RM760 (wef jan 2026), berbanding tahun 2025 yuran bulanan ialah RM690. Anyway, yuran bulanan adalah merangkumi yuran pengajian dan kos makan jugak (lunch only).


yuran tahunan utk 2026.... RM757


moga2 MZ dan mr hubby, dan kita semua sentiasa dimurahkan rezeki utk membiayai dan memberikan peluang pelajaran terbaik utk anak2 kita semua...aamiin

Monday, 5 May 2025

Congrats our dear Ariff Shah | Majlis anugerah kecemerlangan pelajar

hari sabtu lps 3/5/25, berlangsung majlis takrim utk sek men islam al-amin..takrim ni majlis anugerah utk para pelajar yg cemerlang dlm pelbagai bidang termasuklah koku, leadership etc selain akademik.

ni gambar lps dh setel amik awards kat pentas

Ariff dpt 3 jenis awards - yg utama of course pelajar terbaik tingkatan 3 (tahun lps)

dpt goodie bag utk parents ie ada roti gardenia, drinking water, bsikut dan choc ni

majlis berlangsung di auditorium UIAM

mr hubby and ariff

tambah koleksi dlm display cabinet kat ruang tamu rumah

screenshot dari program book (softcopy ajer zmn sekrg ni)

pendaftaran bermula seawal 7.30 am..MZ tak sempat bf laaa so mkn jer roti yg diberi dlm goody bag tu

setiap anugerah ada deskripsi masing2...ramai award winners sbb ada pelbagai kategori, to boost up spirit para pelajar

tepek sini for future memories



short video (from hp mr hubby)


moga2 our lil Ariff terus cemerlang dan dpt mengekalkan momentum menuju SPM next year (tahun ni ariff in form 4).

salam hari isnin uolls!
as usual, isnin adalah hari paling bz utk MZ sbb ada kelas 5 jam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails