Sunday, 21 September 2025

Kisah balik kampung

MZ berada di kampung selama 3 hari 2 malam sahaja ie selasa-khamis..

random pic..

ni gambar masa pagi selasa 16 september (hari malaysia!) gambar ni kat lebuhraya CSR mempaga...zharfan yg drive all the way gombak-kelantan..so MZ bolehlah snap2 pic..

singgah mengecaj Baby T kat G Orange Mall, Gua Musang, sekrg dh ada 3 tempat charger utk EV kat gua musang, another 2 ialah di RR gua musang dan latest kat area masjid gua musang

masa ni dekat2 pukul 12 pm (panas terik)

ni gambar pagi rabu 17 september..MZ ada urusan kat Pej Tanah Kota Bharu (lokasi, tgh2 bandar, berdekatan bulatan besar)..tudung biru tu my mom, dpn my mom is my zharfan

ni unit hasil (cukai tanah)..masa ni belum penuh org sbb masih awal (8.15 am)

meriah betul la pejabat tanah KB ni...org tersangat ramai!

space agak limited...bangunan ni sgt klasik (design kolonial)


actually nak transfer nama tanah pusaka (my late dad) cuma ada byk prob/steps...so masih belum selesai lagi..nak kena balik lagi nanti....

dari pej tanah, kami pergi another place...

14 comments:

Mznimnwr said...

Gua musang pun dah maju, ada tempat cas kereta EV 😁 ramai betul orang kat pejabat tanah tu

lydiamiza said...

Susah urusan pejabat tanah kan MZ.

Ezna Khalili said...

Moga banyak lagi la tempat nak cas EV ni kat Malaysia ni.

Ezna Khalili said...

Moga semua urusan you kat Pej Tanah ni selesai ya Suzz.

Carneyz said...

Cantiknya pemandangan dalam gambar atas sekali tu!

Roziah @ Cie said...

Sekarang ni dah merata tempat ada tempat charge. Kat Bandar Baru Lipis pun dah ada. Makin ramai dah pakai EV. Urusan tukar nama geran macam kami dulu buat lepas ayah meninggal kena bicara kuasa.

Mulan said...

Cantik first photo. Moga dipermudah kan semua urusan nya MZ

Etuza said...

Semoga dimudahkan urusan, sabar itu iman..pasti akhirnya boleh urus tanah ..

Aida Deqsu said...

bagitulah kalau melibatkan pertukaran tanah bila pemilik asal tiada.. memang panjang prosesnya. sama je semua tempat. semoga urusan MZ dipermudahkan.

adnil linda said...

pejabat tanah dekat mana2 pun ramai orang...hihihi

Aphizha said...

Bila duduk sebelah driver, adalah peluang nak ambil gambar. Cantik permandangan. Sekarang dah banyak tempat charge sebab ramai pakai EV. Baguslah macam tu kan.
Bangunan kolonial design ni banyak juga dijadikan tempat urusan rasmi begini. Bagus juga terjaga dari dibiarkan begitu.
Masalah tukar nama tanah ni amatlah rumit dan makan masa panjang. Makan tahun juga. Urusannya bukan disini je, kena pergi mahkamah juga serta melibatkan persetujuan mereka yang terlibat. Apa-apapun semoga Allah permudah segala urusan. Aamiin...

Suria Amanda said...

semoga dipermudahkan urusan, urusan bab tanah memang makan masa...

shaizhar said...

Semoga di permudahkan urusan. Alhamdulillah nasib arwah my mak saudara dah selesai tukar nama untuk harta pusaka keluarga sebelum dia meninggal dunia beberapa bulan lepas.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Saya ingat suami saya pas urus balik nama dari rumah2 dan tanah warisan mama mertua, memang lamaaaa. Bahkan msh ada tanah dan rumah yg belum selesai lagi 🤣. Kalo saya give up. Untung suami sabar urus hal hal begini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails