Monday, 14 September 2026

My neglected lil garden

kesian taman mini MZ terabai...

one of the reasons...sbb byk haiwan lah kat belakang rumah MZ so MZ gerun nak bukak pintu dapur kat belakang rumah..so MZ jrg2 belek pokok2 dlm pasu ni...
alkisahnya ada one of the days last few months, masa MZ bukak pintu, terus masuk melompat seekor mengkarung ke dalam rumah..MZ takut dan phobia laaa...sbb saiz besar jugak! nak kena halau/bunuh plakkkk (MZ takut dan geli sgt!) masa tu mr hubby gi keje...so lps kejadian tu..mr hubby tak bg bukak pintu belakang unless dia ada...or MZ biasanya akan suruh my boys temankan kalau MZ nak bukak pintu esp utk siram pokok2 dlm pasu tu

kat belakang rumah MZ memang hutan/lereng bukit, penuh pokok2 hutan yg tinggi selain semak2 menjalar..ni pun nampak terang sbb last week MZ suruh tukang potong rumput clearkan area luar pagar tu...nama rumah MZ ni pun hillview...pagar kawat hijau yg kami pasang tu rendah jer....ada pernah sekali lah MZ terserempak dgn ular melingkar atas pagar (ular warna coklat)..terkejut sgt sbb tak perasan. sbb masa tu MZ tgh kutip2 daun kering nak bagi bersih/clear..tapi masa tu lom fobia lagi

walaupun terabai, tapi pokok limau kasturi ni rajin sgt berbuah...hidup dlm pasu jer pun ni...dh lama MZ tanam pokok ni...since covid lagi laaa..ie awal2 MZ start tanam2 dlm pasu



periwinkle dlm pasu ni tumbuh sendiri jer dari sisa2 benih2 yg lps2...dulu2 MZ pernah tanam byk2..then buang semua dh bila dh jd serabut terlalu byk..tgk2 tumbuh sendiri plak...biar ajerlah sbb lawa bunga2 ni

warna putih pun lawa

gmbr ni masa ptg jumaat 11/9...kena selalu kutip daun2 yg berguguran kat lantai berumput ni


Hobi MZ ni berubah-berubah, kekangan masa pun yer jugak… haahaha selain tu, boleh jugak guna peribahasa hangat-hangat tahi ayam sbb dulu-dulu jer beria tanam mcm2 dlm pasu… so now… ni ajerlah yg tinggalnya!

salam hari isnin uolls!

13 comments:

Puan Hazel said...

Lebat juga buah limau kasturi tu. Yang PH rajin dok belai pokoknya, tak berbuah2 pulak :) Lama dah tanamnya...

Ako Retna said...

Kalau kita pun seriau especially bkn mengkarung je, biawak pun rasa seramn dah mcm biawak ghopenya kan haha.... confirm mcm MZ juga mau lari lintang pukang kalau lalu depan mata 😅😅

Alhamdulilah limau kasturi tu membesar bagai johan ye. Senang nak buat sambal belacan tu 😜😜

mama tisya said...

Seram juga bila ada haiwan blkng dr hutan tu.. Kn tgh bz berkebun muncul.. Hati2..

Ummi Aish said...

wah limau tetap berbuah walau tak belai sangat . alhamdulillah..

ish ada nampak ular bagai seram gak tu MZ. bila keluar ke situ jangan lupa bawa kayu panjang ye. kalau monyet kacau, ada ular atau apa saja dah ada la senjata

Ezna Khalili said...

Pagar I dulu jenis anti climb jadi ada lubang2 yang haiwan kecik boleh masuk jadi I tukar pagar batu keliling rumah. I rasa you kena letak dawai lubang kecik keliling pagar you kot untuk elakkan haiwan yang boleh masuk melalui lubang pagar tu.

Meriah la limau you tu. Buat teh o ais limau pun sedap.

Carneyz said...

OK la at least menjadi jugak la hasil tanaman u 😅 waktu PKP dulu i pun ada buat mini garden tapi semua tak menjadi! 🤣 kecuali kacang panjang je, yang lain hidup segan mati tak mau 🤭

Mulan said...

Alaaa geli jugak mengkarung dll tu. Memang tanam pokok ni kena jaga jugak kan. Ni lah ke sana sini, nak jalan teringat pokok. Tapi backyard MZ ada banyak pokok besar bertimbun, tak panas sangat. Elok subur pokok, susah mati kan.

Ako Retna said...

**dah macam buaya😅😅

Suria Amanda said...

Terbalik plak ngan SA sis...suka dengan tanaman tapi tangan x berjodoh ngan tanaman..lebih berjodoh dengan masakan....kadang tu SA campak je biji cili ke tanah..dia hidup tapi PZ yang akan jaga la...so kat rumah SA lebih banyak pokok cili dari tanaman lain

Eyma Balkish said...

Seronoknya tengok pokok limau berbuah...kalau saya dah petik :)

shaizhar said...

Kalau berjiran boleh minta sikit limau - limau tu. Nyum!! Nyum!!

Roziah @ Cie said...

Meriah nengok buah limau kasturi tu. Memang seram kalau pernah jumpa snake. Eeee Cie memang geli la.

Linda's Relaxing Lair said...

I don't have a garden because I live in a 6th floor apartment. Thank you so much for sharing your photos.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails