Tuesday, 20 October 2026

Diary Baby T | Mula2nya pancit, then rupa2nya...

..dah sampai masa kena tukar tayar laaaa...

alkisahnya pagi semalam, masa MZ nak keluar hantar boys pergi sekolah, kat control panel baby T kuar warning/alert pasal angin tayar belakang (kanan) tersangat kurang...bila check tgk, ada paku laaa kat tayar baby T...
so MZ ajak zharfan drive BRV untuk hantar ariff dan razeen pergi sekolah, then after 9 am, zharfan temankan MZ pergi bengkel kat sri gombak (nearby KFC/Burger King) sbb pernah tampal tayar baby T kat situ...dh few times pun baby T pancit tayar..

tapi kan this time...rupa2nya tayar Baby T dah botak sgt (tayar yg pancit tu dh terkeluar benang putih jugak!! bahayaaa ni if tak tukar)

then MZ check kat google calendar, last tukar tayar Baby T was 1st nov last year, memang dh betul2 hampir setahun laaa...it's time to change all the 4 tyres..

kedai tu tak de ready stock (tayar EV kan)...so dia order dgn branch lain, mereput jugaklah MZ menunggu...kelas pagi semlm MZ postpone buat kelas online last nite..

ni masa mula2 bukak tayar yg pancit tu..masa ni lah discover tayar dh botak sangat sampai kuar benang putih kat tepi2...tayar EV memang cepat botak sbb bateri tesla ni berat...dan tgk style driving jugak..


ni lps dh siap tukar tayar...ni staff tu tgh nak buat alignment dan balancing...mileage baby T now 56.7k, so next service (kat tesla service centre) ialah 66.7k lah, utk rotate tayar (kena rotate setiap 10k mileage)

total cost tukar 4 tayar EV brand Hancook ialah RM3280 (ni pun lps diskaun RM10 each tayar), harga asal sblm diskaun RM3320...anyway, rate ni cheaper compared kedai yg kami tukar tayar last year kat shah alam (sbb folo recommendation kat FB tesla group)...last year kos RM3490. so MZ kena restart menabung semula utk kos tayar baby T... MZ save RM300 sebulan so tak rasa sgt burden nak byr lump sum kan...anyway, pakai EV ni tak de maintenance cost, just kena get ready kos tukar tayar dan kos insurance(dan road tax jugak)...kena renew insurance Baby T mid dec nanti.

salam hari selasa uolls! hari ni MZ ada kelas sejam tapi nak kena buat somework guna lappy.

15 comments:

mama tisya said...

kalo dh botak tayar mmg kena tukar la jwb nya..

thisni3za said...

uhhh....Mujur perasan masa dkt rumah sis.

Carneyz said...

Telan air liur tgk kos tukar 4 biji tayar kereta EV ni. Bagus MZ set aside peruntukan bulanan utk tukar tayar. I honestly tak igt bila kiteorg last tukar tayar sbb kiteorg jarang2 pakai kereta. I think it was in late 2024 kot masa nak road trip ke Pantai Timur.

Kena take note ni, mana tau ada rezeki beli kereta EV jugak 🤭

Ezna Khalili said...

Cakap pasal Baby T, hari ahad baru ni ada Tesla parking depan I. Mesti nak tengok no plate. Ingatkan you. Sebab Tesla yang I jumpa warna putih.

Ezna Khalili said...

Tapi betul kata you. Kalau menabung sikit-sikit memanglah tak rasa sangat berbanding kita keluarkan sedebuk macam tu. Memang kena ada fund untuk emergency kan.

thisni3za said...

Mujur sis mmg dh put aside kos utk tayar ni kan.Sama la kami pun hari tu. Mujur la ada selit sana sini serba sikit =D

Suria Amanda said...

Aduhai..tgok amount tu adoiii...seram SA sis MZ..mahal n betul yer...

Ammi said...

baby T tengok mamanya asyik shopping online je, dia pun mulalah nak attention. Such an attention seeker ahhaha

shaizhar said...

Selamat hari selasa. Semoga dipermudahkan segala urusan. Tabung marilah menabung mari menabung bersama - sama.

Puan Hazel said...

Syukur dipermudahkan. Kami pun menabung juga utk bab-bab kereta ni.

adnil linda said...

Ada pro n cons la kan.. kurang disini, lebih disana..
Tapi dah namanya kereta, memang extra kos lah.. nasib baik jadi dekat rumah..

mummy_ayu said...

mujur x de apa2 kan...

Fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kalau ada kendaraan, tak kisah ev atau konvensional, memang sebaiknya ada budget untuk kendaraan yang ditabung tiap bulan. Jadi jika ada keperluan mendesak macam ini, dana dah tersedia. Suami saya pun sama..memang ada budget sendiri untuk mobil2 dan motor dia

Linda's Relaxing Lair said...

I really like that car, dear friend.

Roziah @ Cie said...

Huihhh bahaya botak tayar tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails