Thursday, 23 November 2023

Sebelum dan selepas

halaman depan rumah MZ ni tak letak tiles sepenuhnya so memang rumput selalu la naik wpun rumput halus dan bukan semak samun, tapi nampak serabut laaa

ni gambar2 sebelum rumput dipotong



ni gambar lepas setel rumput dipotong..MZ suruh tukang potong rumput (org bangladesh) yang potongkan..kos RM30 sbb kawasan tak luas sgt pun

rasanya bertahan sebulan jer ni sblm all the grass and weeds naik balik tumbuh subur penuhhhh halaman and then terus MZ rasa serabut hahahahah

salam hari khamis uolls!

Wednesday, 22 November 2023

Keto cake

MZ seboleh mungkin pilih mknn yg kurang carbo dan sugar wpun selalu jer terbabas (dan on weekend memang tak dapek nak diet)

ni antara mknn yg MZ order last week --anak my colleague ada buat bakery bisness (part-time)
so dia buat kek keto ie keto cake --sesuai utk org2 yg diet tapi nak mkn dessert tanpa rasa bersalah hehehhe


one loaf ni harga RM38


mcm marble cake jer...taste wise ok jer, tak jauh sgt beza dgn normal cake...in fact a lot tastier compared with the one yg MZ pernah beli via shopee (kek keto perisa lemon--so-so jer taste dia)

utk yg tak biasa dgr apa kah itu keto cake...ni MZ dh google info siap2..biasanya memang tak guna tepung gandum tapi guna almond dan coconut flour, tak guna telur dan tak guna sugar tapi guna sweetener utk ganti white sugar tu



uolls suka mkn kek tak?
MZ time tak diet, MZ suka classic butter kek dan lemon cake.

salam hari rabu uolls!

Tuesday, 21 November 2023

Cute lil tomatoes | dan pokok limau nipis

ni semua gambar masa pagi ahad ie 2 hari lps, masa sesi melayan membelek pokok2 di taman mini MZ



kecik jer tomato ni ie nama dia tomato ceri, pokok tak berapa nak sihat sgt dah tu (ada part batang kat bwh mcm nak mati/layu) tp masih ada byk jugak buahnya dan masih ada bunga2 tomato tu jugak..moga dpt bertahan lama sikit lah pokok tomato kesayangan MZ ni

then MZ ada beli pokok baru ie pokok limau nipis...ni pokok limau ketiga lah dalam taman MZ...sblm2 ni, MZ dh ada pokok limau kasturi (rajin berbuah) dan pokok limau purut (daun sgt lebat!)..MZ beli pokok limau nipis ni kat shopee..harga RM17.60 termasuk postage


moga2 akan dpt survive dan membesar sihat subur pun hanya dlm pasu

memang MZ beli yg dh ada buah siap2..ada 2 biji buahnya tp dh gugur satu (sempat amik dan guna lah alhamdullah)...benih pokok hasil tut tu yg dpt terus ada buah tu

ni pokok limau kasturi..now baru start berbunga semula...dh byk round pokok ni berbuah...rasanya MZ mula memiliki pokok ni masa awal2 PKP lagi..so dh almost 3 tahun ni

ni salah satu pasu yg MZ tanam pokok pandan, amik jer anak pandan dari pokok utama then semai tanam dlm pasu..masa mula2 tanam, pokok ni senget ie batang memang senget tunduk ke bumi..now dh beransur jadi ok tegak lurus mengadap matahari..alhamdulillah..byk betul pasu yg ditanam pokok pandan kat taman mini MZ ni

tu jerlah kisah pokok dlm taman mini MZ utk entry kali ni hehehe (roses semua tak de bunga baru, semua tgh bertunas daun2 jer)
salam hari selasa
ari ni MZ plan nak drive pergi penang, utk attend convo adik bongsu MZ
Allahumma yassir

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails