Tuesday, 20 August 2024

OMG mode | terkejut tengok spam folder

semlm kan...my bff ezna ada bg komen kata kenapa komen dia takde kat my entry sedangkan dia dh komen sblm2 ni...so i pun tergerak hati nak check komen2 dalam folder spam kat my blog setting tu..

tu diaaaa ada 600+ komen2 laaa kat dlm spam folder ni! terkezuttt MZ




so MZ nak kena gigih slow2 baca dan publish la one by one...

tq tau uolls yg selalu sudi drop komen2 kat my lil blog ni..MZ sgt2 menghargainya!!
may be nanti MZ nak bagi lil souvenir kat lucky commentator (lps MZ balik travel, kalau ada bajet Insya Allah)--travelnya next month ;)

Monday, 19 August 2024

Result medical check-up | Aug 2024

ari jumaat (16/8/24), MZ pergi buat blood test/screening kat Dunia Lab...tujuan utama nak monitor kolesterol jer sbb my LDL rate tu tinggi sejak last year.

anyway, my last medical check up was in Nov 2023, ie dh lebih 6 bulan pun tapi masih belum cukup setahun...actually if bacaan kita normal, memang kena buat setahun sekali jer...tp kalau nak monitor apa2 or ada health issue, kena buat 6 bulan sekali.
MZ buat kat tempat biasa ie Dunia Lab Batu Caves, amik yg basic pakej ie RM60 jer (affordable!)

nilah resultnya..

ni utk perbandingan ie result last year..

kolesterol LDL ada sedikit penurunan ie dari 5.74 kpd 5.08, wpun masih dlm range tinggi...masa tahun 2022, LDL MZ cuma 4.03..
sebenarnya kalau MZ amalkan clean eating/intermitten fasting/low carbo secara konsistent..memang akan turun lah bacaan LDL ni..tp seksa lah sbb tak leh nak mkn benda2 hipster/fastfood/eating out.
anyway, MZ ada jugak jaga mkn sikit2 ie 2 weeks sblm buat check-up ni.

LDL ie kolesterol jahat ni memang kena jaga sbb ia meningkatkan risiko darah tinggi dan heart attack dan sewaktu dgnnya. bacaan2 lain MZ semua within normal range alhamdulillah... (gula, uric acid, bilirubin etc)

uolls ada buat check-up tak? esp if umur above 40, disarankan buat at least setahun sekali or if segalanya normal, boleh jer buat 2 tahun sekali...
MZ jeles laa those yg bacaan semuanya normal wpun nampak diaorg (kwn2 MZ) mkn mcm2 tak berpantang mana punnnn..setiap badan kita berbeza kan...reaction berbeza, food digestion berbeza esp metabolisme rate jugak.

salam hari isnin uolls!

Saturday, 17 August 2024

Jiran menjual saya membeli

my jiran sebelah rumah ni ada masak2 dan ambil order mknn hasil masakannya...kdg2 MZ order jugak especially kalau menu2 yg MZ tak reti nak masak hahha

ni cthnyaaa..nasi tomato dan ayam masak merah/cili..harga RM8 satu pack.

sedap! dan free delivery sbb jiran MZ ni betul2 sebelah rumah MZ jerrrr...anak2 dia dah besar2 dan dia pun bosan dok rumah (housewife) so dia pun amik order jual2 mknn laa..menunya mcm2 varieti...kdg2 dia ada masak nasi hujan panas, nasi lemak, mee goreng etc


uolls buat apa weekend/ari ni? MZ tak de apa2 plan pun sbb razeen sekolah hari ni (sek ganti)...so MZ bukak lappy ajerlah (tadi dh siap basuh dan jemur kain)
happy weekend uolls!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails