GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak  seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan  apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di  rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
  Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu  langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih  rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan  dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil. 
   Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan  bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan  sedang berehat di ruang tamu rumah. 
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
 
14 comments:
ya allah apa nak jadi ngan ayah dia ni.......kesian baby tu...
bkn manusia dh bapak budak ni...
subhanallah...tak terucap dgn kata-kata...
haiwan pun sayangkan anak....
akhir zaman.
gila punya manusia!!
ya allah...anak yg tidak tau ape2 menjadi mangsa...bapak sendiri sanggup buat kt anak...subhananllah..
terus emo..n rse nak marah prg pas baca ni..huhu klo depan mata rse nak tikam2 je binatang tu..over makyong ni..sedih
mak aih.. gile sungguh.. dunia akhir zaman..
gila toll..... haihh !!
otak letak kat lutut.. nafsu letak kat kepala... ni la jadinyaa.. grrrrrrrrr!!!
dh baca..ntah pape je ayah die tue..ble nafsu dh kawal pikiran..huhu..cian anak itu..anak sendiri kot..
mmg bengang betoi la bile tau cter gini!!!
baru smpt baca..seyes sgt terkejut.
Post a Comment