Thursday, 15 January 2026

Yuran 2026 sekolah SRI Alhuda, Jalan Gombak

MZ simpan kat blog ni for my easy and quick reference dan juga sebagai perbandingan... Anyway, SRI = Sek Ren Islam. 

SRI Alhuda ni sukatan pelajarannya integrasi ie dh combined subjects akademik dan agama, so tak pyh pergi 2 sekolah yg berbeza. sesi persekolahan 8 am - 4 pm. 
SRI Alhuda adalah di bawah ABIM, dan statusnya sekolah swasta, tapi yurannya masih lah tak semahal sekolah2 swasta yg lain, even cheaper compared dgn Sek Al-amin.

total yuran tahunan 2026 ialah RM1130, bulanan pula ialah RM450, dan kena add on RM30 if nak masuk kelas mengaji(so far memang semua my boys amik kelas mengaji kat Sek Alhuda). RM450 tu reasonable sbb dh termasuk food/mkn 3x ie sarapan, lunch dan minum ptg.

ni gambar MZ amik kat telegram sek alhuda (kelas razeen), masa hari selasa ie 2nd day of schooling...now razeen dlm darjah 6 ie tahun terakhir di sek alhuda. dlm gmbr ni, razeen pakai tshirt sukan kuning. kat sek alhuda, isnin jer wajib pakai full uniform, hari selasa dan khamis, baju sukan, hari rabu, baju kokurikulum, hari jumaat, pakai baju melayu (uniform sekolah jugak). dalam kelas razeen ada 25 org murid, 13 boys dan 12 girls. rasa2nya tahun 6 kat sek alhuda ada 3 kelas semuanya. 

all my 3 boys memang masa sek rendah, kat sekolah yg sama ie kat Sek Alhuda.
dan utk sek men pula..so far memang sama ie Sek Men Islam Al-amin. (memang tak de plan pun nak masukkan any of my boys to boarding school). Sek alhuda tak de aliran menengah, tu MZ kena hantar ke sek lain ie Alamin (tahun ni yuran bulanan al amin ialah RM760 (dh termasuk mkn RM130 ie lunch shj))

moga yg baik2 ajer utk anak2 kita semua...aamiin

10 comments:

adnil linda said...

Moga yang baik² untuk anak² semua..

Ezna Khalili said...

Moga kita semua dimurahkan rezeki Suzz. Dania pun sekolah harian je walau dapat penempatan ke sekolah asrama.

uncle gedek said...

Keras jugak grand total dia

Carneyz said...

Yuran tu berpatutan sangat sebab termasuk dengan makan 3x sehari.

mummy_ayu said...

alhamdulillah..kita as parents memang nak beri yg terbaik utk anak2

Suria Amanda said...

Yuran tu SA rasa memang berpatutan sebab termasuk sekali dengan makan kan...

Etuza said...

Demi kemanjadian anak..kita arahkan ke tempat yang benar..tahniah begitu sabar dan hebat di mata anak..

Mznimnwr said...

ohh okay juga sebab dah masuk makanan.tak payah susah2 nk beli kat kantin

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Dihitung2 memang murah lah. Di sini sekolah agama yg seperti ini jauh lebih mahal. Dan sayangnya tak ada yg dekat rumah saya. Krn itu anak2 masuk sekolah negeri (govt punya). Cuma utk urusan agama, saya tambahkan kelas mengaji

Ammi said...

bila kita bayar selempuk memang rasa mahal..tapi yg monthly tu sama je konsepnya kalau anak kita tak pergi this school and kene duduk di transit or rumah baby sitter. We still need to pay them. Infact kalau disekolah terisi la juga masa dorang dengan ilmu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails