Monday, 23 February 2026

Cuti2 Tokyo 2026 | Check-in our hotel in Tokyo

Kami check-in kat hotel nama MONday Apart Premium Nihombashi...MZ random jer cari kat Agoda then booked then terus byr lah masa bln january lagi. faktor utama, MZ cari hotel yg paling dekat dengan Tokyo station sebab senang nak ke mana2 especially sebab plan nak naik shinkansen (bullet train) dan utk pergi narita airport jugak (masa nak balik). hotel ni 200m jer dari train station (Shin-Nihombashi) ie one station away from Tokyo Station.

MZ tepek pics yer

bilik ni memang utk accommodate 4 pax, ada 2 katil single dan satu katil double decker. ada dining table jugak kat tgh2 bilik.

overall lengkaplah facilities dlm bilik ni..ada tv, ada air purifier, ada kitchen jugak!

ada vacuum cleaner dan ada iron (mcm travel iron)... housekeeping/cleaning once every 3 days, so sbb MZ stay sini 5 mlm, so masa hari ke3 tu memang adalah staff housekeeping dtg cuci2 dan kemas2 bilik kami ni.

dapur comel tapi lengkap semua...ada induction cooker, microwave, oven, jug kettle, coffee maker, fridge dan memang lengkap semua ada pinggan mangkuk mug sudu kuali periuk pencuci pinggan dan sponge. MZ ada jugak masak2 simple selain panaskan RTE (ready to eat food).

ada washing machine jugak tapi kami tak buat ops membasuh baju pun..towel yg disediakan adalah sgt byk sbb housekeeping akan tukar towel after 3 days kan...tak abih pun kami guna semua towel tu hehhe

 
toilet ni separate dari bathroom, so sgt convenient. ada sinki kecik kat tepi tu

ada shower dan bathtub

wangi sangat bath soap/shower gel ni....teringat2/cannot move one hahhhah so bila sampai Msia, MZ try google2, rupa2nya tak de jual kat retail shop, memang exclusive utk hotel ni dan some other hotels ajer!!

set ni brand Pola ie made in japan/exclusive kat jepun ajer

close-up iron comel ni...hari2 MZ guna utk iron tudung bawal..actually MZ ada jer bwk my iron travel iron dari msia tapi tak guna pun since dh ada provide kat bilik kan..

ni pulak gambar dari HP zharfan, yg kat atas2 tu semua from HP MZ...ni wefie lps check-in..masa ni dlm pukul 10 lebih gitu...gigih kami kuar ronda2 jugak hahah ie gi family mart ajer! dekat2 tu ajer pun

gambar masa 11/2 rabu, mlm hari

ni gambar keesokannya ie sebelum kami kuar ronda2 Tokyo (Day#2 12/2/26 Khamis)...day #1 tu just utk arrival in Tokyo dan check-in hotel ajer

wefie!! semua mode excited dan fresh ni...dh breakfast siap2 kat bilik ie MZ panaskan RTE ajer (bwk kembara meal, brahim etc)

ni video room tour


nilah nama hotel tu, MZ screenshot dari google...apartment style...rating 4 star...staff sgt frenly dan memang reception staff boleh cakap english so tak de masalah bahasa ke apa...so berapa rate MZ bayar utk 5 nite stay here? almost RM5k jugak total...nanti MZ reveal dlm final entry nanti (kos cuti2 Tokyo)

ni MZ snap2 pic kat lobby hotel...part of deco2 lah...ada mcm2 bahasa kat situ..

ni lift..kena key in access code setiap kali nak naik/guna lif ni..utk masuk bilik pun kena key in access code jugak ie tak guna key card pun.

lounge/lobby kat reception area...hotel ni popular among tourist sbb selalu jer terserempak dgn guests(tourists) tgh check-in

selain staff yg frenly, antara the best part of this hotel is...boleh tinggalkan luggage kat lobby (FOC ajer)...sbb masa last day ie lps check-out tu, kami nak gi ronda2 dulu, so kalau nak sewa locker kat train station utk letak 4 buah luggage kami ni, ada jer locker2 tp kena byr lah (tak murah!)..syukur dpt letak all our luggage here (flight kami utk balik msia was waktu mlm)...another best part of this hotel, boleh jer tinggalkan apa2 yg kita tak nak (utk recycle/dispose) sebelum check-out tu..so kami left one winter jacket ariff punya sbb dh tak nak(beli kat bundle kat msia utk pakai sekali jer kat tokyo, then terus beli yg baru kat sana). some places esp airbnb/homestay, kena byr extra cost utk dispose unwanted stuff. hotel ni tak caj/memang provide FOC jer that service!! syukur sgt!

next entry - ronda2 Tokyo City and shopping!

14 comments:

Mun said...

cantik dalam bilik hotel. suka simple dan moden camni.. lengkap juga ye..

thisni3za said...

Cantik & bagus la hotel ni sis..=D

Ezna Khalili said...

I suka la apartment hotel you ni. Lengkap dah dengan semua yang diperlukan. Kalau I la memang masak-masak la kat bilik. Selain tu dekat giler dengan train station jugak dan masalah bahasa tak ada utk staff hotel ni.

Puan Hazel said...

Lengkap serba serbi, memang perfect la utk stay w family kalau gini.

Roziah @ Cie said...

Lengkap semua ada tu memang berbaloi dengan harga tu. Ada extra service lagi boleh tinggal luggage for free.

en.me said...

sonoknyer jalan2 jepun dgn famili., hehe salam ramadhan cikkak

Linda's Relaxing Lair said...

Your photos lovely. I am sure the housekeeping every 3 days is a great option.

mama tisya said...

cantik bilik hotelnya siap ada bathtub lg

adnil linda said...

selesa hotel nya..walaupun nampak kecil, tapi lengkap semua fasiliti.. yang best boleh tinggal luggage FOC... takde la pening fikir nak letak mana (yang cnfrm kena keluarkan kos juga)

Etuza said...

Pernah ke Tokyo dahulu, rasa belum puas tau masa tu,..semoga dapat travel lagi ke Sana..

Mulan said...

Cantik bersih kemas dan agak lengkap memang selesa

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Waaah baguuuus penginapannya . Saya yg terpenting kalau cari hotel atau apartemen di jepang, sedia Mesin cuci saja. Jadi bisa cuci baju juga, so tak payah bawa banyak dari JKT.

Mznimnwr said...

Bagus betul takde extra charge utk disposed item tu. Boleh pergi shopping jacket baru pulak hahah

uncle gedek said...

Ada vakum? Ini tak pernah jumpa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails