Friday, 27 February 2026

Yang manis-manis ajer

hari ni dah 9 ramadan...cepat jer masa berlalu...ada 3 minggu lagi utk sambut syawal.

hari ni MZ wfh sebab tak de meeting (last few days hari2 ada meeting)..tapi hari ni kena siapkan edit buku, nak submit hari ni sbb due hari ni...

just entry santai di pagi jumaat..

ni gambar sebelum ramadan ie mr hubby beli manggis...dia tahu MZ suka manggis...razeen dan zharfan tak mkn sgt buah2 gini, ariff mkn jugak tapi tak beria...so yg beria adalah MZ ajer

manis dan sedap sgt! buah manggis ni bermusim, so dh masuk ramadan ni rasanya dh tak nmpk org jual buah ni...

utk iftar hari ni MZ tak de idea nak masak apa..semlm MZ masak ikan siakap masak merah, tomyam seafood dan kangkung goreng (tapi tak snap pic :p) memang jenis tak berapa rajin snap pic masakan :p

salam jumaat almubarak 

15 comments:

mama tisya said...

sedapnya manggis...lama tk mkn

Eyma Balkish said...

Kalau ada masa terluang, rajin juga snap gambar makanan untuk entri dan kenangan :)

adnil linda said...

manggis memang sedap

Carneyz said...

Bulan lepas my husband rajin betul beli manggis sbb dia dgn anak no. 2 tu peminat manggis. Lepas dia buat check up dkt IJN, dia dah stop beli manggis sbb doktor kat IJN bgtau manggis ni boleh mencairkan darah (darah dia cair sangat kena smp kena kurangkan dos ubat cair darah).

Aida Deqsu said...

sedapnya manggis.. dah lama tak makan sejak arwah atuk xde. pokok manggis tu dah jadi harta orang lain

anamizu said...

sedapppp manggis ni tp tu lah dia bemusim lebih kurang mcm musim durian jugak.. lama2 sekali baru dtg musimnya hehe

thisni3za said...

Sy suka manggis =D

Kakmim said...

Lama x mkn manggis.. nk kata minat sgt x lah jugak tp kalau ada, mmg makan

Puan Hazel said...

Uish, menggoda pulak tengok si hitam² si tompok manggis ni :D
Lega juga wfh bulan puasa ni MZ kan, tak yah hadap traffic jam

Ezna Khalili said...

I tak makan sangat buah manggis. Manggis yg I makan selalu dapat masam2 sikit.

Mznimnwr said...

Dah berapa tahun tak makan manggis. Ni fav saya

uncle gedek said...

Owhhh... ini buah se'to

Mulan said...

Sedapnya manggis, memang kalau dapat, banyak makannya

Suria Amanda said...

Sedapnya manggis..SA boleh makan sebiji 2 je...lebih confirm SA batuk

Ammi said...

Ammi selalunya bukan tak rajin snap gambar masakan tapi selalu lupa. Dahlah content pun takde kat blog

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails