Kisah Day#3 kami kat Tokyo...memang tujuan utama cuti2 Tokyo ni ialah my boys nak pergi main snow ie our winter vacation kan...dan tempat ski yg paling dekat dari Tokyo City ialah Gala Yuzawa ski resort...kena naik bullet train (shinkansen) dan perjalanan mengambil masa sejam 15 minit...
MZ beli tiket shinkansen (beli online) masa kat Msia lagi..sbb nak pilih timing dan seats..kami pilih nak naik train 6.44 am...jadi kami kuar dari hotel seawal 6 am lps setel solat subuh sbb subuh seawal 5 am, naik train dari Shin-Nihombashi to Tokyo Station. Kena naik shinkansen to kat Tokyo Station.
MZ tepek pics sambil selit citerlah yer. utk entry ni MZ tepek gambar dari hp zharfan dulu.
ni wefie dlm shinkansen..MZ reserved seat premium (mcm 1st class)..so mahal jugaklah kosnya...ada drama yg sgt suspens/mencemaskan sblm kami berjaya naik shinkansen ni...ie hampir terlps dh train ni..kiranya less than seminit kami naik, terus train bergerak ke gala yuzawa.
drama nya...kami salah paham sistem nak naik shinkansen tu..ingatkan hanya pakai 1 tiket ie dh beli tiket awal2 utk reserved seat then kami dah pergi amik physical ticket kat mesin/kiosk masa Day #2 kami kat tokyo lagi, then bila nak masuk gate (mcm LRT kat msia tu), kami tak leh masuk ie tak leh access/palang gate tu blocked...staff kat train station rata2 tak leh ckp english so kami explain pun diaorg tak phm dan diaorg explain pun kami tak paham (bahasa jepun!)...ding dong ding dong ke sana ke mari, kami try gi reload suica la (kad mcm touch n go ie utk naik train ke mana2) ingatkan kena guna suica bersama train tix(seat reservation tu), still tak leh masuk...gi counter pun masih miscommunication.(takes time sbb beratur).
last2 pergi counter utk 2nd time, baru paham/betul cara dia ie kena beli another tiket ie 'basic fare ticket', which means kena ada 2 keping tiket (2 jenis tiket) kat tgn masing2--baru boleh masuk gate dan kami berlari pecut utk naik shinkansen, ngam2 jejak kaki dlm shinkansen, terus bergerak la bullet train tu!! if not, burnt lah RM800 tix shinkansen yg MZ dh beli awal2 dari msia (online)...memang sistem train tix tu sgt berbeza dari Msia or even UK..UK sama jer mcm Msia ie beli satu ticket jer utk naik train (MZ few times naik train ke sana sini masa dok UK tu and even masa our UK trip 2024). begitulah kisah dramanya, hampir2 tragis...MZ rasa mcm nak nangis dh sbb masa tak leh nak masuk gate tuu dan kami ke sana ke mari utk beli tiket/beratur kat kaunter..timing almost running out.. mcm bom jangka dlm filem hollywood yg kita selalu tgk tu..train kat sana memang punctual bergerak on the dot sgt! now lesson learnt--kena ada 2 jenis tiket each person utk naik shinkansen tu!! memang bayar sekali lagi utk beli basic fare tiket tu kat kaunter. total cost tiket shinkansen all-in return tix for 4 pax ialah RM1500.(lps convert RM)
ni masa mula2 sampai kat shinkansen station kat gala yuzawa...memang train tu betul2 connect direct masuk ke dlm bangunan utama/terminal station gala yuzawa..kena beli tiket utk naik gondola kat kaunter dlm stesen ni, dan kena sewa alat2 utk snowboarding kat sini jugak..different counter, ramai jer tourists tp tak de lah lama sgt kena queue. reasonable jer.
hello gala yuzawa!! ni dh sampai atas gunung..ada sunlight tapi of courselah sejuk tp syukur cuaca memang cerah!..ni 1st stop ie utk yg nak main snow/main sled etc...ariff dan zharfan naik chair lift lagi 2 station utk naik ke puncak then turun via snowboarding.
wajiblah posing2! teringat posing kat ski resort kat Mount Titlis, Swiss last year ie feb 2025.
winter jacket ni kaler dark maroon (beli dh lama ie beli utk gi cuti2 korea tahun 2020 tp sbb covid so cancel cuti2 tu 2 minggu sblm fly, so terbiar sepi dlm almari lah jacket ni)..so kalernya matchy dgn my snow boots...snow boots tu MZ pakai masa gi swiss last year dan masih elok jer!! puas hati with the quality wpun hanya beli kat shopee.
razeen suka sgt snow..obses gitu...golek2 ikut suka hati dia jer tu...sbb pernah jer gi tmpt snow masa cuti2 seoul, korea tapi masa tu dia baru 4 tahun so tak sempat ingat lah memories with snow.
ni gambar masa sebelum balik ie waktu ptg..kat luar terminal building/main station gala yuzawa...kami spent one whole day kat sini.
moga2 jadi kenangan manis utk my boys..sementara kami masih direzekikan dpt spend masa bersama2 :
gambar tak ikut susunan..ni wefie dalam gondola/cable car dari terminal/main building utk naik ke atas gunung
ni masa dh sampai kat gala yuzawa station
posing2 dlm cable car
hello gala yuzawa!! ni dh sampai atas gunung..ada sunlight tapi of courselah sejuk tp syukur cuaca memang cerah!..ni 1st stop ie utk yg nak main snow/main sled etc...ariff dan zharfan naik chair lift lagi 2 station utk naik ke puncak then turun via snowboarding.
memang kami sewa semua equipment snowboarding tu utk both boys ni...1st time lah diaorg try main snowboarding..struggle jugak tp bila dh try 3rd round tu mcm dh boleh dah....total 3 rounds naik turun bukit
wajiblah posing2! teringat posing kat ski resort kat Mount Titlis, Swiss last year ie feb 2025.
razeen suka sgt snow..obses gitu...golek2 ikut suka hati dia jer tu...sbb pernah jer gi tmpt snow masa cuti2 seoul, korea tapi masa tu dia baru 4 tahun so tak sempat ingat lah memories with snow.
ni gambar masa sebelum balik ie waktu ptg..kat luar terminal building/main station gala yuzawa...kami spent one whole day kat sini.
wajiblah posing2 sbb jauh tu fly all the way dari KL utk dtg ke tokyo..masa ni pukul 4 pm lebih
my razeen
aksi duduk dan mcm2 aksi lagi..ni sebelum kami naik sled
ni shopping souvenir sebelum naik shinkansen utk balik semula ke Tokyo..
another wefie
moga2 jadi kenangan manis utk my boys..sementara kami masih direzekikan dpt spend masa bersama2 :
jacket ni ada hood
tapi nampak lucu kalau letak hood dgn bulu2 ni atas kepala
ni peta yg MZ ambil --ada provide FOC jer kat ticket counter gala yuzawa
sajer tepek resit..kos rental utk main snowboarding tu (ariff dan zharfan), total 25,500 yen, if convert to RM, around RM635
sebab resit dlm bahasa jepun so MZ suruh chatGPT translate to english























14 comments:
Baca drama hampir tertinggal shinkansen tu, teringat masa saya gi taiwan berlaku kejadian hampir sama. Seminit lepas masuk, terus pintu train tutup. Kalau terlepas train memang haruu, dahlah mahal.
Syukur sampai jugak ke destinasi. Yg oenting anak2 seronok dpt main salji!
Nasib baik selesai akhirnya. Kalau tak burnt la jugak duitnya tu. Seronoknya dapat main snow.
nerves baca bila pintu train tutup ni ehehe
Ya Allah Suzz...I dapat rasakan betapa cemasnya you ni. Sama macam tram/train kat Swiss tu. Ikut masa dan jika try juga bukak pintu bila masa dia nak jalan...memang pintu terus tutup. Allah mengizinkan you dan boys semua naik. Alhamdulilah. Best la main2 kat Gala Yuzawa tu. Sangat senang sebab dekat je dari Tokyo. Bab naik train nak pergi mana tu I takde la adventure mana tapi masa gi Swiss alhamdulilah faham juga cara-caranya. Snowboarding tu best main berkali-kali. Cantik2 gambar you and boys kat sana sebab background putih kan.
Terpanjang pulak i komen. Hehe
bestnya main snow..bila nk merasa ni..fuh mmg cemas btul tu...nasibaik tk burn rm 800 tiket tu
Tengok foto2 temat sejuk tu uncle pulak yg rasa beku otak...
Drama train tu boleh buat telemovie saspen! hehehe
Lepasni kena download translator supaya senang nk communicate dgn org jepun. Payah tu sebab org jepun memg rata2 tak pandai english
Seronok betul bermain salji, mbak. Sepanjang hidup saya belum pernah merasa salji sebenar, hanya dapat lihat yang buatan dalam ruang tertutup sahaja, hihihi.
Oh ya, berbual dengan orang Jepun itu memang agak susah juga. Bahasa Inggeris mereka unik, sebab bercampur dengan dialek mereka.
happy nya..best sangat tu..teringin nak ke sana lah..hehehe
Suspen jugak baca. Lupa tentang ticket shinkansen ada dua. Hubby yang beli so memang tak ingat. Alhamdulillah sempat masuk. Tumpang seronok tengok kids dapat main snowboard tu.
Seronoknya Sis and anak2 main salji...
suspen sungguh kisah sblm dpt naik shinkansen tu.. nasib baik sempat... itulah yg susah bila guna bahasa local diorang je kan, jd mcm ayam dan itik je communicate
nasib baik sempat beli tiket dan naik shinkasen...kalau tak, menangis juga sebab dah beli tiket harga ratus2 tu...
comel je Razeen, memang nampak la perangai anak bongsu tu.. hihihi
Panic!!! Yg baca pun panic apatah lagi MZ and the boys
Post a Comment