Saturday, 21 February 2026

Kisah 1 ramadan

Alhamdulillah, MZ dh selamat sampai semula ke gombak tghari semalam (2 pm), bertolak seawal 6.44 am (lps subuh) from my mom's house kat kampung...balik KL via LPT so longer hours sbb distance-wise memang jauh compared balik via Gua Musang route.

anyway, kisah 1 ramadan di kampung..wajiblah gi bazar ramadan!! yg berdekatan dgn area kg MZ ialah bazar ramadan kat area pasar peringat. so ni MZ click2 random pics jer ni

ni razeen tengan beli onde-onde...RM2 jer sebekas tu..dan dimasak kat situ jugak ie proses membuatnya...kat kelantan memang byk lg choice food yg harga RM2...rasa2nya kat KL, average RM5 and above...

ni my all-time fav ie ketupat sotong!! yg saiz kecik, RM5 for 2 pcs...so MZ beli yg kecik ajer..

close-up gambar ketupat sotong

random click2...air balang pelbagai warna berderet2...

zharfan tengah beli ayam percik kelate (kuah warna putih)..harga RM10 utk 1 pcs (quarter chicken)

bazar ni kat area pasar, so kami masuk dlm pasar jugak, sebab MZ nak beli bihun goreng (warna mcm merah2 sos gitu sbb seller guna sos siam yg effect jadi merah tu)

food especially kuih muih meriah lah di mana2 pun

hari ni dah 3 ramadan. selamat berpuasa everyone! nanti MZ cari masa utk BW slow2 yer :) rindu nak BW!!

16 comments:

Roziah @ Cie said...

Selamat berpuasa MZ! Cie belum jejak bazar lagi.

Fajarwalker.com said...

Wah seronoknya.. banyak makanan yang nampak sedap dan menggugah selera.
Biasanya saya keluar mencari kudapan seperti ini sekitar jam 4 petang. Ramai juga yang menjual makanan. Biasanya ‘war takjil’ bukan hanya bersama sesama muslim sahaja, tapi bersama non muslim juga. Memang meriah sekali, hehehe

Puan Hazel said...

Murah, sedap dan banyak pilihan heaven sangat!

adnil linda said...

Meriah nya bazar Ramadan..hari ni mungkin nak g bazar dekat stadium Selayang..tengok la kalau rajin..hihihi

mama tisya said...

ayam percik klate kuah putih mmg fav

Ezna Khalili said...

Selamat Berpuasa Suzz. Thanks sebab BW ke blog I. Wahhh sotong kecik2 tu buat I terliur la pulak.

Time Traveller said...

Ya Allah sedap nya... Onde onde RM2 jer.. Ketupat sotong tu RM5 2 ekor huhuu.. klante mmg port makan la..

LadyBird said...

sedapnye ketupat sotong tu... salam ramadhan sis :D

Mulan said...

Mata terpaku pada ketupat sotong tu MZ. Alaaaa jauhnya.

en.me said...

selamat berbuka puasa 2026., hehe aminn

Suria Amanda said...

SA x jejak bazar Ramadhan lagi..masak ssndiri je kat rumah....

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Kenapa disebut ketupat sotong yaa? Issh memang drooling melihat nya kak 😍😍😍. Ini yg buat sukaaa kalau DTG ke bazaar Ramadhan . Banyak pilihan 😄

Linda's Relaxing Lair said...

So much to see there. Thank you for sharing your photos.

Mznimnwr said...

Bestnya bazar kat kelantan, harga masih murah lagi. Dahla kelantan pun mmng syurga makanan kan, sedap2 semuanya

shaizhar said...

Kat Restoren depan Apartment saya Onde2 (Gula Melaka) sebekas RM 3.50 ada 10 ketul. Memang jualan citarasa Kelantan

uncle gedek said...

Ayam percik original kelantan mesti kuah putih... Yang ada pedas2 tu tak ori

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails