Monday, 13 April 2026

Bila gigi tiba-tiba buat hal

buat hal = tiba2 jer tercabut tampalan kat lubang gigi geraham sebelah atas..
kisah berlaku tghari sabtu 11/4, jadinya tak de pilihan lain, teruslah pergi ke klinik gigi...so far serasi dan selesa dgn klinik gigi sharifah aminah di greenwood.

masa sampai kat klinik tu, pukul 4 pm, syukur klinik buka hari sabtu (tutup 8.30pm), ahad memang klinik tak buka. kebetulan tak de patient lain yg tgh q, so duduk sekejap, terus dapat masuk jumpa doktor dan buat rawatan tampalan tu...doktor india, perempuan, lemah lembut dan puas hati with her service.

ongkosnya (total RM200), memang tak murah lah yer zaman hari ni..apa2 jua dental treatment..redho jer, asalkan gigi ok tak sakit dan berfungsi mcm biasa.
resitnya diberi melalui whatsapp, sgt convenient. bayaran pun boleh guna card (debit/credit).

actually UIA ada jer klinik gigi, rawatan gigi utk staff sahaja, tapi biasanya kena buat appointment...MZ pernah sekali jer kot gi klinik gigi UIA (dan kena tabah menunggu sesi jugak sbb ramai lah staff uia kan)...then biasanya MZ pergi klinik swasta jer wpun memang kena byr sendiri 100% lah bilnya.

bila uolls last pergi klinik gigi?
salam hari isnin uolls
hari ni MZ kena attend talk, and MZ masih meneruskan misi berpuasa qadak (nak abihkan semua dlm bln syawal ni)

18 comments:

Suria Amanda said...

Bulan 6 nanti SA ada check up gigi lagi...last buat bulan 12 hari tu...eh..rawatan gigi boleh claim tax kan sis...SA buat e-filing baru ni ada dalam senarai...SA claim yang selebihnya, RM500 under insurance company..balance RM277 SA claim tax..janji ada receipt...

thisni3za said...

Adushhh..Sakit tu kalau tampalan tercabut. Nasib sis cpt2 gi tampal semula.

Linda's Relaxing Lair said...

Dental care costs have risen astronomically over the years.

Carneyz said...

Tahun ni kena jugak buat appointment dgn doktor gigi sbb dah 2 tahun tak pergi 😅 the good thing is, dental bills boleh claim for tax relief kan. Rugi pulak kalau tak pergi klinik gigi mcm tu.

adnil linda said...

bab2 gigi ni lemah sikit..memang jarang la jumpa doktor gigi...doktor medical pun jarang jumpa

Ezna Khalili said...

Last bulan November 2025 untuk tampalan, Oktober 2025 pula scaling. Jadi Mei ni dapat slot scaling dengan Klinik Kesihatan. Now I ke sini je kalau tak urgent sebab harganya RM2 je. Kalau urgent sangat I ke Klinik Pergigian UPM je. Yg ni sama macam harga you je...

Tapi bila cerita pasal gigi ni automatik bulu roma pun naik sebab pernah sakit gigi sampai keluar airmata. Time tu gigi berlubang. Sakit ya amat.

shaizhar said...

Assalamualaikum. Semoga Puan umah baik - baik sahaja.

Kakmim said...

Adui, sakit tu kalau jd berlubang balik.. speedy recovery MZ.. sy x ingt bila last.. haha.. benda yg paling takut

uncle gedek said...

Okey... uncle takut dentist.... Muktamad!

Roziah @ Cie said...

paling takut jumpa dentist macam nak mati rasa kalau check gigi. hahahah. lama dah tak jejak selepas dah selesai masalah gigi geraham bongsu dulu.

Snapbackpacker said...

bab gigi ni kawe dari zaman nurse bawa kad hijau muda ketuk pintu kelas lagi dah mula gigil hehe

Puan Hazel said...

Same case w me la MZ. I kena masa puasa hari tu.
Klinik Sharifah Aminah ni I pernah pergi, back in early 2000 rasanya. Now ada dentist yg lebih dekat, so dah tak pergi sini.

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

2 bulan lalu saya ke dokter gigi, awalnya nak tambal 1 gigi Saja. ternyata ada 4 gigi perlu tambal hahahahahahha. Langsung lah saya minta settle kan semua.

Last last lihat billing, total kalau dalam ringgit Rm800 kurang lebih. Untung saja dicover oleh CIMB, company tempat suami kerja. Kalau tak, memang tak nak saya tambal di swasta dental 😅. Cuma kalau di dental milik government, lamaaaa, harus appointment.

Etuza said...

Bersabar hadapi ujian kena jumpa doktor gigi tu..

Mznimnwr said...

Pernah kena tampalan tercabut tu. Sakit dan ngiluu. Mahal ongkos klinik gigi ni, tapi terpaksa jugaklah daripada nak tunggu berejam kat gomen klinik huhu

Sii Nurul said...

Last pergi doktor gigi rasanya dah 2 thn.. Samalah sy suka pergi ke klinik swasta sbb tak perlu lama menunggu cuma kena keluarkan bajet lebih sikitlah..

Time Traveller said...

Bila last? hurmmm adalah beberapa tahun lepas huhuu

Ammi said...

ammi last buat gigi last year August if im not mistaken...first time set appt di klinik pergigian kerajaan...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails