Saturday, 18 April 2026

Salam 29 Syawal

lambat MZ bersiaran hari ni...semlm tak sempat nak buat scheduled entry sbb bz dgn keje (attend exco meeting dan meeting pulak abih lewat ptg..)

pagi ni...razeen ada tusyen, so MZ hantar razeen gi tusyen then singgah aeon jap beli groceries...mr hubby keje (alternate saturday), ariff ada aktiviti kat sek pagi hingga ptg, zharfan pulak kuar gi beraya lps zohor tadi, mkn2 kat rumah kawan dia...

hari ni dah 29 syawal merangkap hari terakhir bulan syawal nan indah..moga2 kita semua dipanjangkan usia utk menikmati syawal tahun dpn pula insya Allah

entry santai hari sabtu...mengintai taman mini MZ kat belakang rumah..
gambar last week ni

bunga melur belum berkembang

kecik lagi buahnya ni..excited sbb 1st time pokok ni berbuah di bawah jagaan MZ (masa beli, memang dah ada buah 2-3 bijik..dh lama laa pokok ni kat taman MZ...rasa2nya 2-3 tahun kot or more)

ada satu lagi anak pokok bunga kamunting cina dlm pasu yg lain..tumbuh sendiri jer ni hasil benih2 yg lps2

buah mulberi dh mula masak tapi belum ranum...kecik2 jer buahnya ni


ok gambar fresh from oven...baru jer MZ snap pi ni sblm MZ publish entry...bunga melur dah kembang yayyyy

masih kecik lagi buah limau nipis lps seminggu tak ketara saiznya

MZ baru tanam pokok bawang ni--sbb ada seulas bawang holland kat dapur MZ, tumbuh naik daun so MZ pun tanam jer lah dlm pasu...

ni kat bahagian bawah pokok limau nipis...ada 4 kuntum bunga putih kecil2 tu.. moga2 lekat jadik buah nanti...

anyway, tadi MZ tgk buah mulberi dh licin la, dh tak de dah kat pokok/celah2 batang nya...mcm kena mkn ulat jer..dan nampak ada gugur jugak sebijik kat tanah..tak sempat MZ nak petik..tak de rezeki MZ nak petik/mkn mulberi.

happy weekend uolls!
MZ nak kena siapkan soalan exam sbb hari isnin ni ada review exam utk sem ni.

13 comments:

Ezna Khalili said...

Wow bagus gak you tanam bawang Holland tu. I suka sangat bawang Holland sebab rasa dia manis. Wahhh mesti wangi Yasmin you tu. Yasmin nama kedua Dania maksudnya bunga melur.

en.me said...

takde gmbr ulat ye mama., hehe

Roziah @ Cie said...

Dulu rumah kat kampung ada tanam bunga melur. Arwah mak tanam. Suka bau wangi je.

adnil linda said...

Alahai..takde rezeki makan mulberi..ulat ni makan buah juga, ingat makan daun je..hihihi

Cuya said...

Bestnya boleh tanam bawang Holland. Boleh berjimat ni..

Pokok mulberi Cuya dah ditebang, tak dapat la lagi merasa buah mulberi. Sedap tuu

uncle gedek said...

Ulat ni carik gaduh ni....

Linda's Relaxing Lair said...

Beautiful greens in your photos, and I love the rain droplets as well!

thisni3za said...

seronok dpt tanam pokok2 mcm ni. I loike =D

Mznimnwr said...

Orang tangan sejuk ni tanam apa pun menjadi. Haraplah bawang holland tu tumbuh dgn baik!

Lydia said...

limau nipis kami kena alih ke tanah kot. tak mo berbuah dah bertahun tanam sedangkan limau kasturi elok je berbuah.huhu

mulberry tu buang sikit daun dia MZ, nanti elok buah besar. kalau cukup air pun dia elok juicy tak kering buahnya

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Rezeki hewan yg memakan ya kak ☺️. Tak apalah, sedekah untuk mereka. Sukaaa kalau kebun ada banyak tanaman buah dan bunga.

Bunga Melur atau melati itu saya suka. Mama biasa petik yg banyak, lalu letak lemari baju

Mulan said...

Nak try tanam limau nipis tapi belum pun beli pokoknya aihhh asyik lupa

Suria Amanda said...

PZ dah buang semua pokok kacang botor dia...sebab dah 3 kali tanam pun masih x berbuah...pelik betul...ni dia sibuk nak semai peria dan kacang buncis plak...kita tgok nanti kejadiannya macam mana

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails