Monday, 20 April 2026

Birthday dinner to celebrate our Ariff Shah

plan asal, nak gi hi tea kat one hotel dlm KL, then ada miscommunication psl reservation, so kami tukar plan, gi dinner tempat lain, sambil ronda2 jugak, keluar sikit dari Klang Valley..

kami makan2 (early dinner) kat Restoran Tanah Aina & Fareena ...somewhere near Bentong ie sebelah Karak Highway (dlm 30 min jugaklah dari Tol Gombak tu)..actually ni 2nd time our family here tp masa 1st time dtg sini, zharfan tak ikut sbb masa tu dia kat CFS Gambang...for MZ, dh 3rd time (1st time masa dtg meeting research kat sini few yrs back).

family pic...mintak tlg staff restoran yg snapkan pic ni

gambar versi wefie..tempat ni nice sbb kat tepi sungai/restoran lalu kat atas aliran air sungai..makan bertemankan bunyi aliran air sungai gitu

bday boy yg diraikan..kami order kek jugak..ada kek ni ajer ie kek gula melaka...alhamdulillah..sedap dan big size jugak so kami share2 mkn as appetizer sblm mknn2 lain sampai!

bday boy pilih nak mkn spaghetti

abang dan adik ie anak sulung dan anak tengah (no. 2)

MZ merasmikan pakai baju qiszar design ropol2 berjuntai haahhah

22 years together and still counting..will be travelling together again soon (for my worktrip tu)



mirror pic! ni cermin kat dpn sinki basuh tgn hahahahha zharfan yg bagi idea nak wefie kat sini (kalau staycation, biasanya kami wefie dlm mirror lif hotel)

lps siap mkn, kami singgah solat kat surau yg disediakan (suraunya besar luas cantik), terletak kat tingkat atas bangunan...ni dpn surau, ada kwsn open space ie ditanam dgn pokok2..so kami wefie kat sini jugak

wajiblah posing2..design baju ni ngam utk OOTD...leceh bila nak masuk toilet dan amik wuduk sbb juraian baju tu kat both sleeves dan kat dpn baju jugakkkk

masa ni lebih kurang pukul 5.45 pm

wefie sebelum balik..ni kat laluan jln kaki utk pergi ke restoran

anak bongsu...main air kat anak sungai...ada part sungai yg sedikit dalam/air laju esp tepi batu2 besar2 tp MZ suruh razeen main air kat tempat cetek ajer lah..

ni plak some food yg kami order/mkn..ni my food ie MZ order lauk sotong goreng salted egg...ni yg paling mahal laaa RM55 ni rege dia (mkn dgn nasi putih)..sedap dan fresh sotongnya. portion utk one pax tapi kami share2 mkn

ni zharfan punya...ayam sweet sour (RM45)...mkn dgn nasi putih..big portion ni wpun utk satu pax katanya

all our food...utk dessert, selain kek, kami order set lempeng, banana fritters with ice cream (goreng pisang) dan cucur. lauk mr hubby ialah tomyam seafood...razeen pulak mkn chicken chop.

total bills RM291. oklah rege tu sebab utk special event kan ;) ..yg penting, it's about the sweet moment together..sementara masih ada masa dan kesempatan utk melakar memori manis bersama yang tersayang.

restoran tanah aina dan fareena ni dh tukar nama (tukar owner lah kot)..now nama baru Seni Rimba...nama jer yg tukar, lokasi dan konsep restoran masih sama (tapi menu food dh berubah jugak ie lagi byk choice lah sekrg compared masa kami dtg sini last time)


salam hari isnin uolls
hari ni MZ ada meeting utk review exam. minggu ni mid sem break so tak de kelas, ada meeting lah hampir everyday.. esok pun ada meeting jugak.

18 comments:

Kakmim said...

Not bad jugak la harga, agak berbaloi x mahal x murah.. sbb tempatnya mcm eksklusif ingtkan mahal

Carneyz said...

Pernah baca entry blog kak Ujie kot yg dia pernah ke sini, masa tu namanya masih lagi Tanah Aina. Teringin jugak nak try tempat ni 😄

Alamak. Macamana pulak boleh miscomm pasal booking hi-tea ni? Takpelah next year boleh celebrate kat hotel pulak 😉

adnil linda said...

alhamdulillah... moments together tu yang best..
bongsu always bongsu, main air pun mama tak marah.. hihihi

Roziah @ Cie said...

Ada isu hari tu. Tanah Aina tu jual kat orang lain dah. Pernah sekali je ke situ masa owner lama dulu.

thisni3za said...

Trliur tgk sotong goreng salted egg tu =D

Fajarwalker.com said...

Selamat Ulang tahun yaaa Ariff Shah.
Moga disehatkan selalu, dimudahkan segala urusannya dan suksesss dalam karirnya kelak. Amiiiiiin.
Makannya enak2 semua mbak. Restonya pun tampak mewah. Luar biasa

shaizhar said...

Mahalnya lempeng kelapa tu. Dia import dari Kelapa dari Thailand ke? ha ha ha ha.

Ezna Khalili said...

I tak pernah ke sini tapi macam nak pergi je sebab tempat cantik.

Mznimnwr said...

Plate spaghetti tu bentuk petak ya? Pestime pulak tgok pinggan petak style cmtuuu.
Harga makanannya boleh tahan jugak. Tapi utk special occasions okay jerr, bukan selalu kan 😁

Puan Hazel said...

Pricey jugak harganya tapi memori ni akan kekal kan

uncle gedek said...

Baiknya besday boi mintak spaghetti je... kalau uncle mintak macam2....

mama tisya said...

tanah aina ni mmg cantik sbb view nature...tp dh tukar owner...dkt shah alam ada juga cafe tanah aina tp tkde la view nature

Lydia said...

best tenang je tempat ni . view dia lawanya. puan badan pakai baju kepok tu pun lawa.

Etuza said...

Happy birtday to Arif Shah..terbaik hotel indah

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Jiaaaaah jadi macam mana yg hi-tea reservasi itu kak? Reschedule?

Waah cantiiiik tempatnyaaaa. Saya sukaaa lah kalau konsep alam begini. Sejuk langsung berasa. Apalagi ada suara aliran air.

Dr foto pun memang terlihat big portion ya kak. 👍👍. Sesudah untuk sharing.

Selamat ulang tahun utk Ariff. Semoga semakin dewasa, banyak rezeki, dan jadi kebanggaan kedua orangtua ☺️

Mulan said...

Best kan tempat ni tapi dah tukar nama to Seni Rimba. Tak sure if still bawah Tanah Aina.

Ammi said...

next time kena pakai baju ni time period je...so takdelah susah masa nak cuci muka ambil wudhu bagaikan

Suria Amanda said...

SA suka plak tempat ni..cozy je..makan dalam keadaan menenangkan..cantik baju sis MZ..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails