Thursday, 4 December 2025

Cuti2 Sabah 2025 | Day #3 - Desa Dairy Farm (part 1)

hari ketiga cuti2 Sabah (25/11/25), pagi2, kami breakfast kat Cottage Hotel, then check out, then menuju ke Desa Dairy Farm ie tarikan utama cum must visit spot di Kundasang.

menu breakfast masih sama mcm hari sebelumnya kecuali bihun goreng rotate/tukar kepada mee goreng pulak.

ni posing2 lepas settle check-out dan sebelum naik van utk bertolak ke Desa Dairy Farm. Utk Day #3, MZ OOTD pakai sweater lululemon dan sweat pants Uniqlo ie tema casual ajer ni. Cuaca memang sejuk sbb mlm tu hujan dan berangin kencang, sampailah ke pagi pun masih windy. Suhu masa ni 18C


ni snap pic dari tingkap bilik MZ kat Cottage Hotel. peak gunung kinabalu nampak sikit jer sbb ada awan

group pic sebelum naik van ie background view peak of mount kinabalu

Desa Dairy Farm tu lokasinya tak jauh pun dari Cottage Hotel, dalam 10-15 min drive gitu jer...our driver/tour guide berhenti parking kat luar main entrance Desa Dairy Farm dulu, sbb view kat situ cantik, so semua pun beria posing2 dan cuaca masih windy masa ni.  Ni MZ suruh my 3 lil heroes posing.

nice view kan....memang sesuai lah nickname New Zealand Malaysia

kecik ler plak lembu2 tu (warna lembu tompok2 hitam putih tu)...nun di kejauhan

group picture

ni dari HP one of tour group members (dia share pic ni kat dlm wasup group)

wefie!

wajiblah posing! my 2nd time here tapi masa dtg sini 1st time (2018), MZ tak singgah posing2 kat this spot.

I simply love this place! combination of breathtaking view dan cuaca nyaman!!!

lepas setel posing2, kami naik van semula,  menuju masuk ke kawasan Desa Dairy Farm ie bangunan utama yang mana ada carpark, cafe, cattle farm utk feeding activities, taman bunga utk posing!

next entry of Cuti2 Sabah will have lots of pictures.

8 comments:

Aphizha said...

Bestnya cuaca kan sana. Pagi-pagi sejuk je. Permandangan tu tersangatlah cantik. Baguslah Tour Guide tahu mana-mana tempat menarik suruh ambil gambar.
Dah sampai Dairy Farm ni haruslah posing-posing sepuas-puasnya kan.

abuikhwan said...

cantiknya view.. place yang sangat dekat dengan jiwa saya.. belum berkesempatan untuk ke sana.. tak sabar tunggu next entry.. nak tengok foto-foto..

Suria Amanda said...

Laaa..x nampak lembunya sebab diorang jauh ye...kalau dekat sikit lagi cantik gambar..eh inipun dah cukup cantik dah gambar kan

Mulan said...

Best Desa Dairy Farm ni tapi kami tak sempat pergi dulu.

Roziah @ Cie said...

Sayup2 je nampak lembu tu. Cantik sangat view.

uncle gedek said...

Kena tulis "Sila zoom untuk tengok lembu". Hehehe

Ezna Khalili said...

Dania akan suka datang sini. Hehe....cantik betul view dia....I pun suka....tenang....nyaman....

Etuza said...

Kundasang Ranau, Sabah memang bayak area menarik..tahniah dah pijak banyak tempat kat Sabah..bahagia tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails