Tuesday, 2 December 2025

Cuti2 Sabah 2025 | Ranau Rabbit Farm & lunch Day #2

sambung entry cuti2 Sabah...
dari Sabah tea farm, kami bergerak menuju ke Ranau Rabbit Farm...masa ni dah start hujan rintik2. actually kat sini, ada jugak aktiviti naik buaian tinggi (mcm kat Bali) dan kayuh basikal atas kabel tinggi tergantung, dan ada zipline jugak, tapi kena byr sendiri sbb tak termasuk dlm pakej, so MZ tak join pun all those activities. kebetulan dh start hujan jugak so tak leh nak buat pun aktiviti2 tersebut, sbb ada member from our tour group yg nak main buai tu tapi staff yg jaga tu ckp tak boleh sbb hari dh start hujan.

wajiblah wefie!

my 3 boys seronok bagi mkn rabbit! my adik (hanim) pun ada bela 2 ekor rabbit as pet (kat dlm rumah!) so my siblings (wasup group) dok teasing us sbb katanya, tak peliklah feeding rabbit tu hahahah MZ kata, ni special sbb rabbit ni jauh di Sabah bah!


ni short video..razeen tgh bagi mkn arnab


kat dpn rabbit farm ni ada cafe kecik, so kami sempat snacking jugak...beli waffle dan MZ siap order air kelapa (fresh dari pokok!) -tapi tak amik pics lah.

dari Rabbit Farm, kami menuju ke restoran utk lunch, semua pun dah lapar sbb dah masuk lunch hour. nilah juadah lunch kami! masih seafood based ni...yg special dlm gmbr ni ialah ikan baulu! 1st time ni kami makan..dh siap buang tulang tu (tertulis dlm menu)

kami order sotong buttermilk jugak

nilah ikan baulu tu!! 1st time MZ dgr nama ikan ni...actuallly masa dinner kat restoran kat kundasang (1st nite kat sana), ada jer menu ikan baulu ni tapi kami tak berani nak try hahhahah

kangkung goreng. alang2 dh snap pic, so MZ tepek ajerlah kat sini.

nilah nama tempat kat kami singgah lunch tu..Kak Ita Seafood, Ranau. MZ tak amik resit pembayaran so dh lupa berapa total bills utk our lunch, below RM100 ajer (rasanya2 dlm RM70+) which is agak murah lah bagi kami (ter compare dgn rate KL!)

masa nak siap makan tu, ada si bulus dtg mintak makanan

so kebetulan ada lagi sisa2 ikan baulu tu especially part kulit ikan etc, so bagi ajerlah utk si bulus ni...beria dia mkn..

lps setel lunch, kami bertolak balik ke kundasang, tak balik hotel terus tapi singgah somewhere...

11 comments:

abuikhwan said...

ikan baulu ada juga yang panggil ikan susu.. jernih je mata bulus tu, bikin hati kasihan..

Suria Amanda said...

Murah jugak makan kat sana ye sis...ikan tu nampak sedap...

Aphizha said...

Seronok kalau dapat aktiviti outdoor tu tapi cuaca pulak tak mengizinkan. Ikan baulu tu selalu nampak dalam blog Kak Amie. Kira okaylah tu harga dia masih berpatutan. Lauk pauk pun banyak.

Roziah @ Cie said...

Tengok entri MZ ni teringin nak ke Sabah. Kena menabung ni.

Ammi said...

Ikan baulu tu pernah baca dalam blog Kak Amie

fanny Nila (dcatqueen.com) said...

Ikan baulu ini ternyata di Indonesia disebut ikan bandeng. Dan jujurnya saya tak akan makan ikan ini kecuali semua durinya dicabut 🤣🤣. Sebab memang banyaaaak sangat. Mengganggu nak makan.

Kalau di sini pun biasanya sudah bersih tulangnya. Atau dimasak pakai presto (macam noxxa) jadi tulangnya lembut dan bisa dimakan. Lalu digoreng

Ezna Khalili said...

Tak pernah I makan Ikan Baulu. Entah2 ada nama lain tak Suzz...mungkin kat Sabah dia panggil Ikan Baulu. Bila I google nama ikan Baulu ni juga Ikan Susu atau Ikan Gata Gata. Ikan Susu I pernah dengar.

thisni3za said...

Tak pernah tgk & rasa ikan baulu tu..Sis kena buat review ttg ikan ni nnt =)

mummy_ayu said...

murah sgt kan..nampak sedap semua..alhamdulillah
ikan baulu..1st time jugak dengar ni

Carneyz said...

Lunch menu tu nampak sedap!

Etuza said...

Happy anak-anak pegang rabit jinak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails