Friday 30 August 2013

Hidup mewah hasil business

ada sorang kawan FB me...dia ni bisness tudung fareeda...
and nampak sgt successful--me tumpang happy!
yelah tudung tu kan famous..so sgt ramai loyal customer yg sanggup spend beratus2 ringgit beli tudung tu..so me assume profitnya pun tinggi


my fren tu..wahhh selalu holiday overseas...lama plak tu setiap kali holiday, last few months dia pegi UK/Paris/Europe, dekat 2 minggu... semlm dia pegi disneyland HK semata2 sbb nak celebrate bday anaknya...memang dia angkut the whole family setiap kali pegi holiday ni...memang syoklah tgk life dia...nampak sgt mewah..sbb dia shopping brg2 branded jer tiap kali holiday..pakai handbag yg mahal2 etc..(yg penting ni bkn hasil bisnes MLM okey--me anti-MLM)

kagumnya me tgk those yg terer bisness ni...esp benda2 yg boleh generate income/profit yg byk tanpa perlu susah buat marketing ...

note : kagum gak dgn those yg gigih beratur/amik no giliran utk beli tudung fareeda yg harga tak murah itew...

Nervous vs teruja

salam jumaat yg penuh barakah

mixed feeling ari ni...
sbbnya ari ni MZ kena jd trainer/presenter kat institut DBKL..sessi MZ lps solat jumaat nanti..pagi ni MZ plan nak attend sesi by my colleague...nervous sbb 1st time present dpn audience yg kita lom biasa...sbb biasanya MZ setakat lecturing dpn students jer..pernah gak jd moderator kat staff petronas tp less nervous sbb yg tu forum..ni kena jd single trainer...
butterfly in my stomach mode ni



teruja..
sbbnya pagi ni my mom, my adik lelaki, my SIL and my lil nephew dtg KL (naik flight)..sbbnya ari ahad nanti my adik lelaki yg dok KL tu buat kenduri/jamuan housewarming a.k.a. jamuan raya..
so kiranya my whole family ada kat KL ni..and pg esok kami plan nak convoi gi holiday day trip kat mana2 sekitar Klang Valley ni :)
tak sabar mode ni..
sbb me keje ari ni, so lps abis talk ptg nanti baru me dpt gi jumpa my mom...my adik lelaki yg akan fetch diaorg kat KLIA pg ni


Thursday 29 August 2013

It's just ONE LIE...and next..

peringatan utk diri sendiri...
satu pembohongan akan membawa kepada pembohongan yg lain...kira mcm series of lies gitu...

copy paste from FB

Hari itu, saya balik selepas didenda berdiri di luar kelas selama sejam selepas waktu sekolah oleh Ustaz Ismail kerana terlupa menyiapkan kerja rumah.

“Mi, sekolah macam mana hari ini? Mengapa lambat?” tanya mak sejurus saya tiba di rumah.

“Bagus. Cuma Ustaz Ismail minta bantu di surau susun buku,” saya menipu kerana tidak mahukan mak terasa sedih, hampa, sakit hati, bimbang dan pelbagai alasan.
Mak tidak berkata apa-apa.

Seminggu berlalu, saya sekali lagi didenda untuk tinggal selepas waktu sekolah dan membersihkan tandas surau. Kali ini atas sebab yang agak memalukan, saya bergaduh dengan kawan saya yang mengejek saya didenda berdiri di luar kelas.

Hari itu, saya pulang ke rumah. Mak bertanya seperti biasa apa keadaan di sekolah dan mengapa saya lambat balik.
Saya menjawab terlewat dan menggunakan alasan yang sama bahawa Ustaz Ismail minta membantu kerja di surau kali ini mencuci tandas surau.

Mak tidak berkata apa-apa.

Kali ketiga, saya cuba ponteng kelas dan apabila memanjat dinding, saya terjatuh dan terseliuh kaki. Ustaz Ismail yang datang membantu, tapi dalam keadaan nak melenting kerana saya tidak pernah nak belajar jadi baik.

Ustaz Ismail memanggil mak saya datang menjemput saya balik ke rumah. Tapi mak saya tidak tahu memandu, dan bapa pula sudah tiada, maka Ustaz Ismail akhirnya membawa saya balik ke rumah.

Saya gementar setibanya di rumah. Apakah rahsia saya akan terbongkar?

Selepas menghantar saya ke bilik, mak saya ke pintu pagar berbincang sesuatu dengan Ustaz Ismail.

30 minit mereka berbual. Saya bertambah gementar kerana saya yakin Ustaz Ismail telah menceritakan segala kejahatan saya pada mak saya.

Selesai perbualan, mak saya datang ke bilik saya. Tangan saya terketar-ketar terasa mak akan menampar saya kerana menipunya.

“Tiga minggu lepas hari Selasa, Mi balik lewat sebab apa? Dan minggu lepas, Mi balik pun sebab apa?” tanya mak saya.

Saya ternganga dengan soalan itu. Apakah saya harus meneruskan kata-kata bohong saya? Apakah mak sudah tahu segalanya sekarang datang ‘test’ saya? Apakah Ustaz Ismail dah memberitahu segalanya?

“Saya tak ingat mak, rasanya kerana Ustaz Ismail,” jawab saya mengambil jalan yang selamat dengan menipu sekali lagi.

Mak melihat saya.

“Tadi Ustaz Ismail memberitahu mak sesuatu,” kata mak. Berdebar-debar hati saya mendengarnya… habislah kali ini.
“Ustaz Ismail suruh mak sampaikan ini pada Mi:
Orang yang menipu selalu sakitkan otak dan minda dia. Sebab dia kena ingat pada kata bohong dia sampai bila-bila; kerana jika dia terlupa segalanya akan terbongkar.
Orang yang berkata benar otak dan mindanya ringan. Sebab dia tak perlu ingat kerana apa yang diceritakannya cerita benar yang tidak berubah mengikut masa,” kata mak.

Mendengar kata-kata itu, saya tersentak dan tersentuh seketika.

“Itu saja Ustaz Ismail bagitahu?” tanya saya.

“Ya. Dia pesan Mi jangan berbohong dengan mak kerana nanti rosak otak. Kata Mi ok, cuma nakal sikit. Dan cara hilang nakal mudah, Mi jangan berbohong pada mak, kata Ustaz Ismail,” tambah mak.

Sejak hari itu, saya berubah baik. Hubungan dengan Ustaz Ismail semakin rapat, daripada seorang guru kepada ayah angkat saya.

Wahai anakku,
Janganlah beratkan mindamu dengan kata-kata bohongmu. Kerana setiap kata tipumu kamu akan terpaksa ingat supaya tembelang kamu tidak pecah. Bercakap benarlah sentiasa, kerana ia mudah dan tidak perlu diingat. Apa yang dicerita ialah kebenaran yang tidak diubah masa.

Being selective a.k.a cerewet

some people can make frens easily ie senang jer dpt kawan and mempunyai kawan yg sgt ramai...some people, mcm tak berapa pandai nak make frens and tak ramai kawan..

me...emmm kategori yg kedua tu kot...me tak berapa ramai kawan..kalau kat tmpt keje...kira mcm rakan sekerja lah...ada jugak lah sedikit yg agak close, tp still terhad kepada skop keje

kawan2 yg sama university dulu...kebykan nya mcm dh lost contact...sbb masing2 bz dgn family life and career masing2...90% my course mates keje dlm bidang undang2 ie lawyers dan yg berkaitan dgn nya..and syukurlah ada FB so kiranya keep in touch dgn kebykn my coursemate pun via FB jer lah nowadays...

and now, sbb me agak aktif dlm comping (sbg hobby), so me ada ramai kwn2 compers...and ada jugak yg me agak close dgn diaorg, sbb ada chemistry gitu...oh yeah not to mention all my BFFs adalah compers...sbb 'paham jiwa'

bottomline, we choose our frens...
tanpa kawan2, tak lengkap hidup ni rasanya...


Semoga tiada aral

event shopping spree Airwick-Giant tu akan berlangsung next week

me plak tak berapa biasa dgn Giant KJ--so gigih ler buat 'site-visit'...survey2 brg apa yg akan dimasukkan ke dlm troli nanti..

harap2 dpt ler amik susu utk my lil ariff--susu mamil yg tak berapa murah harganya ni..


dan plan nak amik set comforter...wpun konpem akan mkn space dlm troli


brg2 lain...plannya nak amik milo dan minyak msk etc...8 minit tu kejap jer...sbb Giant KJ sgt luas so jenuh nak berlari menolak troli gitu

note : menunggu esok dgn penuh debaran(nervous) dan keterujaan...

Wednesday 28 August 2013

Saya pernah mengalaminya

my lil ariff memang kategori nangis golek2 meraung2 sbb nak beli mainan yg dia suka cthnya thomas & frens (yg harga paling murah pun RM50+) biasanya..
kdg2 me beli kdg2 me pujuk and cuba alih perhatian and most of the times me elakkan pegi bahagian toys..

then terbaca kat FB..

TIPS PARENTING PRIHATIN 1 : MENANGANI ANAK MERAUNG DAN BERGOLEK TENGAH-TENGAH PASAR NAK PAKSA KITA BELI MAINAN.
Anda ada masalah dengan anak yang minta mainan koleksi terbaru Ben 10, Dora, Thomas & Friends, Upin Ipin kemudian anda tidak membelikannya lalu mereka terus meraung seperti terkena sawan, memprotes dan bergolek di atas lantai kedai ATAU lebih teruk lagi di tengah-tengah pasar malam?

Anda ketika itu mesti menyirap darah rasa nak tempeleng sahaja anak tu. Lagi-lagi seluruh manusia di situ semua diam dan memerhatikan anda. Pasti malu kan?

LALU anda mengalah dengan kehendak itu dan membelikannya walaupun selepas beli itu terus poket anda rabak tak dapat nak beli barang dapur. TAK APALAH....SAYANG ANAK. Kesian mereka...

Jika itu berlaku, itu bermakna anda sedang digembala oleh anak anda. Jika tak percaya, anda pergi lagi pasar dan lalu lagi tempat mainan dan jika ada yang anak anda berkenan, pasti MODUS OPERANDI yang sama akan digunakan lagi.

Dari kajian yang kami laksanakan terhadap anak-anak kami yang bukan residen (anak-anak pengasas bersama) ternyata pada kali pertama mereka menggunakan senjata "bergolek & meraung" itu tidak kita layan...sampai besar senjata itu tidak digunakan lagi. Paling banyak 3 kali mereka lakukan, kita tak layankannya nanti mereka tak ulang lagi. Memang tahan malu sikit lah. Tak mengapa malu sekali daripada tiap-tiap kali nak mainan kita pula yang kena malu secara "istiqamah" lagi.

Jangan salahkan kemahuan anak, kita yang bertanggungjawab memimpin mereka bukan dipimpin oleh kemahuan mereka. Mereka hidup masih atas dasar cukup makan, cukup main dah gembira. Kita ada misi besar untuk membentuk akhlak mereka.

Kudap-kudap
WARGA PRIHATIN

and rasanya semua budak2 kecik bkn tahu pun nilai/harga toys tu mahal ker murah...main dua tiga hari dh bosan or yg lasak, terus rosak...
anyway, parents yg mencorakkan anak masing2 kan...

All the way from QATAR

one of my comper frens baru balik dari holiday ie free trip --dia menang contest lah..dpt melancong ke Dubai

and he is so thoughtful...he bought me a fridge magnet, he sent it to me via post...oh, i really love the fm! cute & kalerful!! bertambah lagi collection my overseas FM ;)



Tuesday 27 August 2013

Cara pantas berkasih sayang

berkasih sayang dgn sesiapa sahaja selagi mengikut batasannya..

berkasih sayang dgn ahli keluarga yg tu memang lumrah dan fitrah..
berkasih syg dgn kawan2....kalau kita bagi hadiah or kita terima hadiah..sbg manusia biasa, memang automatic kita akan terSUKA and terSAYANG kat org yg bagi hadiah kat kita kan...or kalau kita bagi hadiah kat saper2 tu, tandanya kita sedikit sebanyak memang SAYANG kat org tu..


note : mcm tak de idea nak bagi hadiah apa utk bday mr hubby nanti...bagi kasih sayang ajerlah aci tak ;)

Buai laju-laju

kebanyakan kita suka naik buaian (swing) kan...esp yg jenis gantung kat dahan pokok tu...kalau photoshoot pun nampak sgt nice gitu...umah me tak de pokok, in fact tak de halaman pun..so dpt buaian yg jenis ni pun me sgt happy & bersyukur....

dua org model kecik dok atas buai

me suka dok atas buai ni...kira lepak2 dlm umah sendiri gitu..

masa ari sabtu lps, me pegi open house umah my colleague...masa mula2 sampai kat kwsn umah dia...waaaa terkagum me...sbb sgt byk banglo yg besar2 kat kwsn yg dia duduk tu...even umah dia pun sgt besar, dgn halaman yg luas...teringinnya nak memiliki umah banglo yg besar juga dgn halaman yg luas...emmm nafsu manusia takkan puas...selagi bernama manusia kan...so cepat2 me mengingatkan diri sendiri...bersyukur dgn apa yg me ada hari ini..ikut kemampuan me ajer...kalau kita rasa umah kita kecik, ada ramai lg org yg umah lagi kecik cthnya org dok flat...--me time bujang2 pernah menyewa flat sri langkawi kat taman melati..memang kecik spacenya and kurang hygenic kawasan flat tu(esp kwsn tangga)..

ok, sekian jer entry pagi ni..
bottomline...bersyukur dgn kehidupan kita kat dunia fana ni...kejap jer pun hidup kat dunia ni..kena sediakan bekalan utk rumah kat kehidupan abadi di alam sana, tu yg lebih penting, yg kita selalu alpa

Monday 26 August 2013

Jamuan raya kecil-kecilan

semlm MZ ajak BFFs juga jiran2 MZ beraya kat teratak kecik MZ...kecil2an ajer...total 7 families (juga 2 org BILs)

MZ tempah nasi dagang, sate, red velvet ajer pun, then goreng keropok dan juga tempah tart gulung spesel :)..

jom layan pics

food...

MZ, ezz & ayu

MZ, ayu & mira

candid

candid gak...dlm pics kat meja mkn tu my BILs and my Bffs sejak sek rendah nama Ina@Along

syukur alhamdulillah majlis berjln lancar..guests terakhir tak amik pic ie best fren masa kat Notts..dia dtg ptg...sampai maghrib tu kami sembang2 dgn jayanya..kiranya majlis semlm dari 12-8 pm gitu ...

so mlmnya..MZ & hubby 'pengsan' sbb penat heheheh wpun kecil-kecilan tp penat gak..yg penting happy & puas ati dpt jumpa kwn2 mengeratkan silaturrahim gitu

Syukur | rezeki Syawal

syukur alhamdulillah..nama adik me sangkut as one of winners Energizer Weekly Contest (offline)

hadiahnya cash RM1k..ada 10 winners every week...purely LD based ni



happy monday uolls!

Sunday 25 August 2013

Gotong-royong | Doa

semlm me & mr hubby bergotong-royong kemas rumah :) syukur sbb mr hubby jenis ringan tulang bab2 mengemas umah ni..

sbb kalau tiada aral, ingat nak ajak my jiran and my Bffs dtg beraya ari ni :)

sambil2 tu jom kita doakan org2 yg kita kasihi..kawan2 kita..ahli keluarga..




Friday 23 August 2013

Diragut di dalam universiti

memang kena sgt alert and berhati2 kat mana2 sahaja setiap masa...sbb biasanya kalau berlaku sesuatu tu..adalah pada masa kita lalai (cthnya time keta me kena langgar lari ari tu, me tak berapa alert sbb tgh ckp dgn dekan dlm tepon --wpun me dh parking keta kat tepi..)

my colleague beberapa hari lepas jadi mangsa ragut--dalam UIA ok!! generally kebykan org termasuk me akan rasa lebih selamat dlm UIA sbb kononnya kawasan universiti...universiti ISLAM lagi tu...tapi sbb org luar pun kuar masuk kan so even ada sorang pun yg jahat memang cukup lah utk buat jenayah..

ni me copy paste from my colleague's FB status :

Saya diuji hari ini dengan kejadian ragut ketika menikmati makan tengahari di kafe education di dalam UIA. Alhamdulillah barangan saya walaupun ada kehilangan, dapat ditemui dan diserahkan semula kpd saya oleh bapa suspek sendiri. Peringatan buat diri sendiri dan semua rakan, sentiasa berhati2 dan berwaspada di mana saja berada. Siapa sangka di dlm uia pun boleh berlaku kejadian sebegini.

dgr ceritanya...suspek adalah anak staff ( ie cleaner kat UIA) so sbb tu dia bebas kuar masuk UIA..and suspek ada beberapa rekod jenayah dh pun (kuar masuk pusat pemulihan etc)..and suspek bawak pisau time melakukan jenayah ragut ni...  my colleague letak her handbag kat sebelah time dok mkn..so suspek dtg dari belakang terus ragut begnya...then cepat jer lari..org cuba kejar tapi dia acu pisau...tu citer yg me dgr lah..


pengajaran utk kita semua agar sentiasa berhati2 esp bila bwk handbag sbb sgt menarik perhatian peragut...


Jajan

jajan = junk food ;)

kat opis..biasanya me akan beli jajan and simpan kat opis--so boleh mengunyah time bosan or stress buat keje...kdg2 me beli mamee (yg pek kecik2 tu)...kdg2 me beli kerepek...

ari tu me beli biskut lemon...my fav ni..manis2 masam2 lemon gitu :)



uolls suka mkn jajan ker..

Mesej comel dari si dia

minggu lps sbb cuti sek and nursery ariff tutup sempena raya, gigih lah me mengangkut my boys pegi office

my boys ni category behave lah cuma lil ariff kdg2 notty gak suka menyakat abg..and kdg2 me kuar masuk bilik me sbb pegi amik surat ker, fax ker etc

then me pesan dok dlm ni jgn kuar mama nak gi fax jap...

then bila masuk balik bilik me...tak perasan ada nota comel dari zharfan...ni pun me perasan masa me kemas2 atas meja me semlm...

 ariff nak mama tu means ariff merengek2 cari mama...ariff ni sgt manja sbb anak bongsu (wpun dh 4 thn tapi perangai memang manja)...

anak2 adalah anugerah dan amanah utk setiap psgnsuami isteri..moga2 kita yg bergelar ibu dan bapadpt menjaga amanah ini sebaik mungkin..amiin

Thursday 22 August 2013

Kadang2 saya hilang sabar dan menyesal

entahlah...may be kadang2 saya jenis yg cepat jugak hilang sabar bila anak2 buat perangai..saya hanyalah manusia biasa yg penuh dgn emosi :(

cabaran bg ibu2 yg bekerjaya mcm MZ ni..sbb kdg2 dlm otak masih tersisa stress dan timbunan keje wpun seboleh mungkin tak bwk balik keje kat umah (ada jugak kdg2 bwk balik)...
sejujurnya saya selalu envy those moms yg jd surirumah tangga sepenuh masa... takdir hidup masing2...mereka bertuah kerana their spouses can afford their life...
tapi dari segi positifnya...being a working mom, saya bertuah kerana mempunyai income sendiri dan boleh spend apa jua yg saya fikirkan sesuai (tanpa membazir) tanpa perlu mengharapkan my other half

ni ternampak kat FB..rasa mcm terkena kat btg hidung sendiri...emmm sebenarnya MZ jrg pukul anak2(mcm tak pernah jer)..tp MZ selalu marah2 dgn cara membebel/tinggi suara bila diaorg buat perangai/bergaduh etc

Antara masa kerja mencari gaji dan masa demi anak2.

Kalau dulu, ayah je.. Tp skrg, ibu pun blk lewat...
Anak2 redha di tempat org... Belajar, bermain... Riang... Kongsi makan dan kongsi penyakit... xpe, KLINIK ADA!! Sepanjang di tempat kerja, anak2 di rumah pengasuh/taska rindu kat kita... Rindu ayah... Rindu mama.. Tp... Nak ckp rindu x reti... Nak tulis surat, xreti gak... Jadi, bila kita ambil anak jam 6:00 ptg, diulang, 6:00 ptg, saat anak nampak mama dan ayah dia, anak kita tekad... Dia nak mama tgk dia... Nak ayah dukung, peluk dia... Dia buat perangai... Nak makan sndri... Nak itu... Nak ini... Nak dukung... Tumpah air.. Kerana hanya bahasa PROTES dan BUAT PERANGAI shj yg anak2 tahu utk bgtau yg... "Mama saya rindu n sayang sgt kat mama..."
TAPI.....
Apa kita buat...
Bila anak2 bising... Kita marah...
Bila anak2 main... Kita herdik...
Dia nangis, kita jerit "DIAM!!!!"
Dia suruh ajar... Kita jawab "AYAH NAK TGK TV, FAHAM!!!!"
Dia tumpahkan makanan/air kita tengking seolah2 dia sudah cukup matang...
Sedih hati seorg anak yg rindu mama... Yg rindu abah... Yg rindu pelukan ibu... Rindu dukungan abi...
Apakah duit boleh ganti kasih sayang?

Apakah mainan berlambak2 boleh ganti saat bergurau senda sesama keluarga?
Apakah masing2 makan kat luar boleh ganti nilai makan bersama...
Fikir sahabat...
Fikir teman2...
Fikir ayah ibu yg mulia..
Ingatan bersama


 

Rezeki Syawal | Menang shopping spree Airwick

syukur alhamdulillah..nama my SIL sangkut as one of winners...eventnya kat Giant KJ next week


so boleh bershopping (kecuali brgan letrik) dgn jayanya tanpa guna duit :) tapi limit hanya satu troli dlm masa 8 minit shj...

ramai kwn comper yg menang secara berjamaah termasuklah my BFF ayu rafikah :)

now kena buat list brg2 apa nak dirembat :) antaranya milo, minyak msk sunflower, beras etc :)

Wednesday 21 August 2013

Kos LASIK

my colleague yg baru naik pangkat sbg professor...dia baru jer buat LASIK dgn Dr Muhaya...katanya kos sekitar RM7k...now dia dh tak pakai spec mata/glasses...


me teringin gak..tapi mcm tak berapa mampu (wpun ada skim bayar instalment)..satu lg me mcm takut2 heheheh wpun risiko sgt rendah tapi masih ada risiko failure gak kan LASIK ni..

me dh pakai contact lense since me masuk matriks..thn 1995...so dh hampir 20 tahun rupanya..kos me beli contact lense..sbb me pakai yg monthly disposable...current price...stok setahun (4 kotak) RM160 --me beli kat Milan Optical, Kota Bharu, Kelantan. Kalau kat KL lagi mahal harga contact lense yg me pakai ni..brand Bausch & Lomb...kalau RM160x20 =RM3200 dh rupanya...tu lom masuk kos contact lense solution ie cecair utk rendam dan basuh contact lense every nite...memang dh hampir cecah RM4k gaklah utk 20 thn..and rasanya me akan pakai contact lense for my whole life...

me tak suka pakai glasses sbb rasa tak sesuai dgn bentuk muka/nampak tua :p and sgt tak comfortable sbb rasa ada something kat muka :p
and bila pakai contact lense ni, power mata jadi static or even naik pun naik sikit jer...power mata me now 250...dulu2 masa mula2 pakai power 175...so tak byk sgt lah naik within almost 20 years dh kan

uolls pakai glasses (rabun jauh) /contact lense ker..

Hasil contest untuk charity | inspiring

MZ bercomping sbg side income utk menampung kehidupan..rezeki utk anak2 & family MZ esp kalau menang apa2 yg berguna mcm menang cash, voucher, gadjet2 etc (wpun lately dh lama tak menang apa2 yg besh)

tp MZ sgt kagum, impress, tabik spring dgn seorg kwn comper...he's a non-Muslim, non-Malay and a pro-comper and very active ie selalu menang hadiah yg besar2 valuenya...tapi...all the contest prizes...dia akan amik modal POP dia ajer..selebihnya dia akan dermakan untuk rumah kebajikan tertentu (ada umah anak yatim yg dia derma regularly)...siyes inspiring....cthnya kalau dia menang cash RM2k, dia akan amik modalnya, say RM100, the rest semua dia dermakan..and he has been consistently doing this for quite some time..and bila dia menang barang letrik cthnya tv, peti sejuk etc..memang semua akan diberi kepada umah anak yatim tersebut..



emm...MZ ada gak derma esp kalau menang cash, tp  a lil portion only lah...tak mampu nak derma the whole thing like him..may be sbb dia tak de komitment family kot...rasanya he's still a single man..

anyway, MZ selalu ingatkan diri MZ, apa2 rezeki yg MZ dapat, part of it memang utk org lain ie org2 yg memerlukan sumbangan kita...

I give not because I have many, but because I know how it feels when I have nothing/in dire need --from quotes..

Tuesday 20 August 2013

Once upon a time | I was so strong

terbaca plak entry thn 2010...waaaa sanggup tu me bwk Ariff dlm baby carrier and tolak Zharfan dlm stroller..mcm super mommy plak...sanggup sbb nak gi jln2 pusing city :p

scenery yg tak de kat Msia


masa ni lil Ariff umur 11 bulan...lom pandai berjln ni..tu kena dukung dlm baby carrier tu

 note : edisi ulang tayang entry dolo-dolo daaaa...

Sebelum & selepas | Bukti kami menyukainya

kami lunch kat Nandos (outlet Gombak prima) ie dekat2 jer dgn umah MZ..kebetulan time ni memang mode sgt lapar...

mr hubby tak suka fastfood kecuali Nandos..so kami kerap gaklah mkn2 kat Nandos ni...

sebelum...



selepas

 pic tak dpt nak rotate plak


dh kenyang, alhamdulillah

kad super cute

me dpt invitation card dari my colleague..utk majlis aqiqah his newborn baby merangkap majlis open house raya....



kad tu sgt cute sbb ada pic his lil baby!!!!!!!!!!!!

note : ari ni ada jamuan hari raya kat opis MZ (slps meeting)..and kebetulan MZ dh raya utk puasa enam..alhamdulillah..syukur :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails