Sunday 31 January 2016

January comes, and then it goes away..

just for my personal record of my comping hobby..some lil winnings for January 2016..
doa dan harapan semoga bulan2 yg akan datang, MZ dan keluarga akan dimurahkan rezeki olehNya

amiin

(1) won electric oven from contest butterfly (dpt call masa 31 dec, tp lom collect lg pun ni hadiahnya..)



(2) sangkut conso prize contest Zurich Insurance..dpt mecrhandize ie dpt payung zurich--ok ler tu--tmbh koleksi payung hehehhe..after all contest ni without pop pun..just join foc (need to write short essay)



(3) ni actually 1st winning for 2016..sbb dpt sms notification psl prize delivery on 6th jan 2016...sangkut conso jer pun --dpt voucher econsave RM100 ;) dh abis pun vouchernya :p


(4) terpilih as one of 6 winners utk contest paper one@mydin...hadiahnya shopping spree..eventnya next week...dpt call/email masa 8 jan :)..rezeki my razeen ni--plan nak amik his diapers dan susu etc


(5) lil winnings from Blu Inc...dpt hada labo (2 names) and pevonia (1 name)--semua pun beauty product jer--contest tanpa pop kan :) tq Eh!, Female & Glam Online :)









(6) voucher Lunatots from Karangkraf..dh buat entry ari tu


moga2 bln Feb ni ada rezeki yg melimpah ruah juga melakar momen indah dlm bercomping insya Allah

Friday 29 January 2016

Baju kurung moden pilihan MZ




Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas…MZ suka beli dan pakai baju tradisional, yang paling MZ suka baju kurung moden! Sebab sem baru dah nak start next week, so nak kena tambah koleksi baju utk keje (juga sesuai utk pakai time kenduri dan balik kampung yayyy)

Di Malaysia kita ada banyak jenis pakaian tradisional yang melambangkan latar belakang sesuatu kaum. Antaranya ialah baju kurung, sari dan cheongsam. Baju-baju ini dipelihara dan telah diiktiraf sebagai pakaian tradisional utama di Malaysia selain daripada pakaian kaum-kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Kita harus bersyukur kerana kekayaan budaya yang ada di negara ini telah mencorakkan pergaulan komuniti masyarakat dengan warna-warna indah melalui toleransi dan persahabatan yang terjalin.


Baju kurung adalah salah satu pakaian tradisional yang sering menjadi pilihan wanita di Malaysia. Bukan sahaja dipakai sebagai baju raya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri malah digunakan untuk ke majlis-majlis seperti kenduri kahwin, majlis makan malam dan majlis formal yang lain. Sifat baju kurung yang sangat versatile membolehkan anda memakainya untuk ke pejabat juga. 


Kini ianya telah diberikan sentuhan yang lebih moden sesuai dengan arus fesyen terkini. Pilihan fesyen baju kurung 2015 terbaru yang lebih moden dan segar membolehkan fesyen pakaian Muslimah berkembang ke satu tahap yang lebih tinggi dalam pentas fesyen Malaysia. Kemunculan rekaan baru yang lebih trendy juga adalah hasil daripada sentuhan kreatif pereka-pereka fesyen tanah air. Usaha mereka berhasil apabila pasaran dress Muslimah ini mendapat permintaan yang tinggi dan antara contohnya ialah baju kurung moden, baju kurung Pahang, baju kurung cotton, baju kurung pesak dan baju kurung Kedah.



Antara trend fesyen baju kurung moden terkini yang paling popular ialah kurung peplum sejak akhir-akhir ini. Stail yang sangat sinonim dengan biduanita Saloma itu telah menjadi inspirasi untuk digabungkan dengan rekaan kurung tradisional dengan elemen unik yang lebih elegan. Dunia fesyen memperlihatkan kemunculan semula fesyen baju kurung ini dengan penerimaan yang cukup baik sekali. Baju mini kurung moden juga adalah antara pilihan baju raya 2015 yang paling popular untuk sambutan Hari Raya tahun ini.

Emmm MZ nak usha2 baju kat website zalora lah..memang sangat banyak choices dan harga pun affordable! Siyes puas ati gitu!!

..

Thursday 28 January 2016

Hadiah yg unik | saya dan si dia

1st time kot dpt hadiah potrait drawing..
me & my mom..


actually ni hadiah consolation utk contest Perl kat FB (no pop pun-just antar short story jer)..
of course dpt gak hamper Perl



drawing tu me letak kat opis :) so every day boleh tgk pic ni :) dialah di hati..selamanya...

Wednesday 27 January 2016

Friends are like flowers..

...for...they brighten up my days!

just nak tepek some recent pics with my circle of frens

ni my BFFs--ezna & ayu..pic selfie ni ezna yg snap guna her hp

lokasi dating : burger king paradigm mall :) semua bwk anak masing2 hahahah

ni plak new frens...or lebih tepat lg new comper frens..now as FB frens gak....faz & kak za..both are active comper..

pic ni time lps setel prize-giving Family Choice (me dpt samsung galaxy tab)

frens menceriakan hidup kita kan :) and lebih besh sbb berkongsi minat yg sama..so senang nak share apa2 related info/subject of interest :)

Tuesday 26 January 2016

Sedapnya nasi kerabu @House of Nasi Kerabu

ari ahad last 2 week, me tapau 2 bungkus nasi kerabu..1st time beli kat sini sbb famous gak restoran ni..

harga ok jer...sbb with lauk pauk kan..me amik lauk daging bakar dan ayam percik...

siyes sedap! kena dgn tekak me ..my hubby and kids pun suka!!! so next time boleh singgah makan2 kat situ plak!
service not bad..kategori tak lmbt sgt (time me tapau tu), staff pun frenly (err weolls sembang2 dlm dialek kelate)..and masa me pegi time (ptg ahad)..ramai jer org tgh mkn2

me snap2 pic menunya..so that next time boleh terus pikir nak mkn apa --and dh siap ada harga semua tu.. yg me tapau ari tu no 1 dan no. 2 in the list..
kalau ada bajet lebih nanti2..boleh try yg set udg galah--harga RM29.90 tu!

ada byk choice gak mknn2 ni...ada nasi dagang etc

ni resitnya..tapau/take away 2 bungkus
restoran house of nasi kerabu ni lokasinya kat prima sri gombak..happening area ni sbb byk tmpt mkn..selain ada banks, mc2 kedai ect..
opening hours 11 pagi - 11 mlm

anyway ni bkn entry advertorial pun, sajer nak share2 in case ada yg teringin nak mkn nasi kerabu yg sedap :) opss tiba2 lapar la plak

Friday 22 January 2016

Domestic flight pilihan saya

Kl-KB..tak de highway..memang penat kalau drive...tp kaalu time raya..drive gaklah sbb kalau balik dgn flight..nanti tak de keta plak time nak ronda2 jln2 kat kg..
kalau balik time weekend, MZ prefer guna flight

now dh byk choice domestic flights nya...selain AA, ada firefylz, ada malindo, ada rayyani air and of course ada MAS...ada yg naik kat subang and ada yg naik kat KLIA/KLIA2

dec 2015 dh balik kelate naik fireflyz..(time my adik bersalin)
and insya Allah mlm ni balik lg! sbb my adik buat kenduri akikah her baby plak

and naik MAS plak :) of course selesa naik MAS kot..wpun lebih kurang jer keluasan seat sbb semua pun me naik economy class
biasanya me cari the cheapest tix and sesuai dgn timing yg nak balik tu
this time..check semua pilihan..tgk2 MAS paling murah!! me balik dgn 2 kids and 1 baby..kiranya 4 of us (infant memang fixed rate)
total return tixs for 4 of us via MAS - RM433 jer (termasuk all mak nenek tax etc)..me suka naik MAS sbb ada aerobridge, then luggage boleh check in tanpa byr additional pay (AA kena byr extra utk luggage) and dpt free juice/kcg :)

mlm ni flightnya
Allahumma yassir



anyway lately selalu baca psl AA delay..so seboleh mungkin tak mau naik AA utk domestic flight...and nak try naik rayyani air..moga2 ada rezeki nanti

Beg Tangan Sembonia Terbaru!

Walaupun tak semua wanita suka beli or collect handbag, tapi rasanya most of us mesti ada paling sikit sebuah or dua buah hand bag (if not sedozen :p)…

Bagi MZ..emm sebab cepat jemu, so agak kerap lah beli beg tangan…beli yang affordable jer, so bila dah bosan, tak ralat sangat nak letak tepi and tukar pakai yang baru pulak!

Antara brand handbag yang famous kat Malaysia ni..ie local brand..tak lain tak bukan…BONIA!...seingat MZ, brand ni dh wujud masa MZ kecik2 lagi..sbb my eldest sister (yg keje doctor tu) pakai handbag brand ni!

Tak kenal maka tak cinta..meh kita berkenalan dengan BONIA…kalua dulu kenal sikit2, now boleh kenal byk2 and boleh usha2 beg baru plak kan J

Pasti ramai dikalangan anda yang menggemari jenama beg tangan Bonia yang sememangnya cukup terkenal di negara kita dengan pengeluaran koleksi beg tangan wanita yang amat berkualiti. Sejak berkurun lamanya Bonia telah membawakan aneka pilihan beg tangan kulit yang menjadi pilihan ramai wanita bekerjaya. 

Namun, tahukah anda bahawa terdapat dua jenama beg tangan popular yang turut bernaung di bawah jenama besar ini dan salah satunya adalah Sembonia. Jika rekaan beg tangan Bonia adalah lebih ‘basic’ dan mengekalkan rekaan vintage yang klasik, koleksi beg tangan Sembonia pula pastinya menarik perhatian ramai wanita muda. Ini kerana, rekaan beg tangan Sembonia terbaru adalah lebih ‘chic’ boleh ditemui dalam pilihan warna yang terang seperti berikut;...

 Simpan wang ringgit anda di dalam koleksi beg dompet Sembonia yang berkualiti dan boleh dimiliki dengan tawaran harga yang amat menakjubkan seperti berikut.

 Memahami kehendak golongan muda, Sembonia turut menawarkan koleksi sling bags yang juga boleh anda temui dalam pilihan warna yang menarik.


Sekali-sekala, tampil daring dan lebih menyerlah dengan menggayakan koleksi tote bag Sembonia yang kini boleh anda temui dalam pilihan warna merah jambu!

Bukan sahaja koleksi beg tote yang berwarna merah jambu, anda juga boleh menemui koleksi backpack yang lebih luas untuk memuatkan segala barangan peribadi anda juga dalam pilihan warna merah jambu.


Okay..MZ tgh pikir nak beli yg mana satu..dh rambang mata la plak!! Yg pasti ke-empat2 gambar kat atas semuanya cun giller!! Tak sabar nak beli  beg tangan Sembonia terbaru yayyy!! Jom jom jom!

Wednesday 20 January 2016

All the way from Tokyo

ari tu me ada citer..me let go hadiah holiday package to Tokyo tu to one comper fren..Sheeda namanya..

Sheeda ni ada buat bisnes utk candy buffet and bday part goodies..and Sheeda dh pernah pegi holiday to Istanbul (dia menang contest lucky draw Fruittree juice!) Sheeda byk gak travel abroad..semua ada citer kat her blog

besh sgt baca entries psl her Tokyo holiday..especially bab2 main ski and pegi Disneyland Tokyo!!
ni her blog LINK 

tq sheeda sbb sudi bagi souvenir..really appreciate it :) siap antar by courier tu!!


tea towel..tp me jdkan alas kerusi ...sgt cute benda ni!! :)


Tuesday 19 January 2016

Movie time | The 5th Wave

ari sabtu lps, weolls kuar ronda2 mkn2 and tgk movie..tmpt yg dekat and convenient jer ie Aeon Au2...senang nak parking..nak mkn2 (mr hubby belanja mkn2 kat Kenny Rogers--yummy!)  nak solat and ada TGV so memang tmpt port kami lepak2 gitu..

tgk movie the 5th wave...
overall ok jer..wpun rating P13 tp karekter utama kids..ie heroin hero kids/teenagers..so sesuai utk my zharfan & ariff..i pun suka jer light movie gini..ada gak scene tembak2 tp sikit jer..ada scene kissing (one scene kot) tp dh kena potong siap2 so selamat lah gitu (mcm tak notice sgt pun)..

citer ni psl alien...nak bunuh species manusia..tp alien ni masuk/menguasai manusia..so watak commander/ketua army tu pun alien sebenarnya (me dh teka dari awal lg hahaha)
mesej psl love kakak kepada adik..so very good to watch lah
ada gak selit scene cintan-cintun tapi tak obvious pun..watak cassie dgn that guy (rupa2nya that guy pun alien!)
unik gak jln citernya hehhehe



ni sinopsis dari imdb
Four waves of increasingly deadly alien attacks have left most of Earth decimated. Cassie is on the run, desperately trying to save her younger brother.

me bagi 4 dari 5 bintang!

tix...lg 2 keping mr hubby buang kat mana  ntah (total 4 tixs ie mz, hubby, zharfan & ariff)


Monday 18 January 2016

Tour guide @Cuti2 Seoul

in case ada yg google2 and nak masukkan dlm planning/wish list...
sedikit kisah psl our tour guide sepanjang weolls cuti2 Seoul tu..

sebaik sajer menang and konpem me & family akan pegi cuti2 Seoul (pakej hadiah cuma cover tix flight dan hotel for 2 adults--me convert jd tix flight for my family) so hotel byr sendiri..tix my mom pun me byr sendiri gak....
gigih me google2 utk cari tour guide..sbbnya me bwk 2 kids 1 baby and 1 senior citizen (my mom)...so tak leh nak buat ala2 backpacking redah gitu jer..memang kena amik private tour..nak ikut normal tour naik bas pun tak boleh..so memang beria2 survey2 utk cari best affordable rate..yg reliable and trustworthy gak..most company yg besar2 tak buat private tour..so kena cari individu lah/private lah..

byk gak me email2 and wasup2/sms2 mcm2 agent esp yg buat private tour..me amik contact number from forum cari.com under travel forum

last2 berkenan ie rasa percaya dan ok dgn yg ni...ie namanya Luqman..ex-student yg belajar di Seoul..dh grad 2 thn kot..now buat full time bisnes jd tour guide...

ni link FB nya... LINK


contact number semua ada kat situ (013-9522647)..me communicate via wasup jer.. and Luqman ada instagram gak

segala2nya smooth and ok..service ok :) soft-spoken orgnya..peramah and friendly
besh amik private tour ni sbb flexi gitu..boleh tukar2 itinerary gak ikut keperluan/keselesaan..
Luqman ni fasih ckp korea..memang semua benda dia yg tlg cakap lah hahaha kiranya merangkap translator, photographer, tlg tolak stroller my baby etc seronok tgk dia sembang2 dgn driver tu...tak paham langsung sbb full bahasa korea hahahhah

caj rate termasuk transport (hyundai starex with driver), meals (lunch & dinner--yummy!!) and entrance tixs kat tempat2 yg weolls pergi tu cthnya cable car, nami island etc...utk 4 days 3 nites..yg betul2 tour tu 3 days jer sbb 4th day tu is meant utk pegi airport jer...
dia requote tu sbb me tambah 1 adult (my niece)..sblm tu 3 adults jer ie me, hubby and my mom..last2 jd 4 adults ie my niece pun ikut sama..balance payment byr lps dia amik weolls kat airport..rate RM-korean won berubah2..so kalau RM jatuh..memang lagi mahal lah kosnya...



tu jer kot nak citer :)
sblm bertolak ke Seoul..ada gak me tanya2 his previous customer (me amik kat FB)..so feedback semua ok :) so lega lah sbb memang tak kenal pun until sampai kat Seoul tu :)

Luqman..mid 20s ni..muda lg :)


saper2 yg lom pernah sampai Seoul..selamat lah planning cuti2 Seoul yer!! i suka jer pegi Seoul ni...
kalau ada rezeki lagi..nak gak repeat..nak gi Jeju Island plak :) and some other places mcm Lotte theme park etc
Insya Allah ..amiin

Saturday 16 January 2016

suprise surprise

tiba2 jer ada slip pos berdaftar..nama Razeen ..ha? bila masa plak me antar contest letak nama razeen..
puas pikir contest mana

so gi amik lah kat  pos msia (kat tmn industri bolton)


tak de cover letter pun..ada voucher jer
rezeki utk razeen

rasanya ni hadiah utk pic razeen yg me antar kat majalah mingguan wanita..segmen Telatah Si Manja..tak sure lah bila tersiarnya..sbb jrg2 beli..me antar masa bln sept 2015...sbb kebetulan beli majalah tu and nampak ada plak ruangan antar pic baby :) tapi rasanya me letak nama me (selain nama razeen) kat borang contest tu hehheh

nak kena pegi lunatots plak (addressnya kat Cheras)

alhamdulillah :) boleh beli toys etc

 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails