Saturday, 14 June 2025

Lunch tepi pantai

Terengganu sinonim dengan pantai, jadi kami ambil peluang makan tengahari kat kedai/warung tepi pantai masa 1st day singgah ganu tu..
asalnya nak gi kedai viral Pok Nong celup tepung tapi rupa2nya dia bukak pukul 3 pm onwards, time kami sampai kat situ, baru 1 pm, so kami pun decide utk mkn kat kedai opposite the road dan betul2 tepi pantai..time tu memang cuaca terang panas terik lahhh


loving this view!

nama kedai ni warung adik beradik...betul2 tepi pantai laaa...

lega sbb kedai ni dibuka hehehe sbb time ni kan dh 2 hari sblm raya (khamis 5/6/25), so byk kedai yg dh tutup/tak beroperasi sbg persediaan menyambut raya.

menu wajib if dtg ganu..kat mana2 pun ada jual/serve kepok lekor ni

memang pure rasa ikan. sedappp esp dimkn panas2 right after digoreng

ni mknn yg MZ order ie nasi goreng seafood. sedap kat tekak MZ! mknn org lain MZ tak snap2 pic hahahha

wefie for memory!

happy weekend uolls!


Friday, 13 June 2025

Craving nasi dagang terengganu

masa kami overnite kat ganu tu, MZ memang dh plan siap2 nak mkn nasi dagang ganu--wpun ada jer dijual kat KL/gombak, tp tekak nak mkn yg versi ori laaaa...

MZ tak amik add on buffet breakfast kat hotel so pagi jumaat 6/6 tu, kami kuar ronda2 bandar KT, cari tempat jual nasi dagang...emmm the famous nasi dagang atas tol tu semua tutup laaa cwngnnya sbb sehari sblm raya kan..
last2 ada one seller kat stall yg mr hubby singgah, bagi lokasi gerai/kedai yg ada jual nasi dagang so kami pun masuklah cari...mcm area dlm kampung tp masih dlm bandar KT jugak...

mission accomplished!!! sedap betul nasi dagang ni...lauk ikan aya(tongkol), harga RM5 jer ni sebungkus...murahhh!! rate kampung gitu

surau ni opposite stall yg kami dtg beli nasi tu...rasa2nya nama tempat ni Kg Ladang

kedai kampung jer

tenang damai jer hahhhaah



MZ, mr hubby dan razeen makan kat sini  ie kat dlm kedai ni (tapi kami bungkus nasi dagang tu from another seller ie kat sebelah kedai ni ajer ie dia jual sambil duduk bersila kat atas wakaf kecik)

so MZ dh tak craving dah lps setel mkn2 tu hehhe alhamdulillah, mkn sementara sihat :) dan nak kena restart diet jugak ni later2 (gain weight dgn jayanya)

salam hari jumaat yg penuh barakah uolls.

Thursday, 12 June 2025

Kisah perjalanan pulang ke kampung | singgah bermalam di Kuala Terengganu

kami bertolak dari gombak pagi khamis (8.15 am) 5/6/25, then singgah breakfast kat R&R gambang, dan zharfan pulak ada online test/quiz, so lama jugak singgah di sana. dan of course sambil mengecas bateri baby T jugak... kami balik via LPT sebab nak elakkan stuck jem teruk kalau lalu route gua musang-kuala krai.

kami singgah overnite kat one hotel ni...hotel baru bukak, nama hotel tu DJ Citi Plaza betul2 dlm bandar KT. memang sengaja cari rate yg murah jer (below RM200) dan wajib lah ada dua katil double for my lil family. dan faktor utama jugak, hotel ni ada parking khas utk hotel guest (for our baby T!!), sbb byk hotel dlm city yg mana carpark nya kat tepi jln besar/public car park so tak berapa sesuai/secure lah (my thought).

ni kat dinding dlm bilik

cute jugak wall light ni...minimalis moden

zharfan candid

wefie for memory

dpt toiletries set jugak

toiletnya baru dan bersih! shower gel dlm botol siyes sgt2 wangi laaa

spacenya kecik jer tp yg penting ada 2 katil double...3 boys masih muat lagi share one double bed tu...tp in few years time bila razeen dh semakin grow up, tak muat dah dioarg nak share ber3 utk satu katil queen, if king size bed ok kott

hotel ni memang boleh nampak view the famous KT bridge tu...

MZ booking via agoda, rate bilik ni ialah RM174 (tak termasuk breakfast). kira oklah kan, just utk singgah mandi2 dan tidur (dgn selesa).

tinggi jugak hotel ni...rasa2nya ada 7 tingkat, bilik kami kat tingkat 6.

across the road ie betul2 ngadap hotel main entrance, ada cafe nama CantekSekali...berkenan betul nama cafe ni hahah cuma waktu mlm, dia tutup la..masa ptg kami check in tu, bukak jer, then nak gi lepak2 situ lps maghrib tgk2 dh tutup daaaa

setiap level hotel ni ada console table ie betul2 dpn lif (ni kat ground floor) ...MZ mcm berkenan laaaa tp tak masuk tema rumah MZ kalau design classic gini



wefie dlm lif sblm check out pagi jumaat 6/6/25

salam hari khamis uolls!

Wednesday, 11 June 2025

Souvenir from Europe

adik i and his family balik dari Europe tour sehari sebelum raya haji...so dpt lah these cute souvenirs!


ada lampu la eiffel tower ni. cute sgt as a deco on my console table

fridge magnet Paris!! MZ dh pernah pergi Paris long time ago (tahun 2011!) ie sblm MZ balik Msia for good.

ni choc, from swiss (rindunya nak repeat swiss...)

lavender ori niiii...wangiiii sgt! MZ letak dlm my baby T

salam hari rabu uolls!
ari ni MZ ada meeting la after lunch hour, pagi ni nak setelkan markah my students, study week will start next week before they sit for final exams.
MZ dh setel BW semlm :) gigihhhhh!!! anyway tq tau sbb uolls selalu sudi drop by dan drop comments kat my lil blog niiiii

Tuesday, 10 June 2025

Corat-coret eidul adha 2025


kami pergi solat raya kat masjid putih ie masjid imanul faizin yg terletak dlm 500m jer dari rumah MZ, boleh jln kaki tapi MZ naik kereta jugak (sbb tak nak  berpeluh2 di pagi hari :p), actually mendung dan hujan gerimis pada awal pagi eidul adha tu.

sempatlah OOTD dgn baju qiszar ni

wefie

usai solat raya, semua yg hadir dpt duit raya, sumbangan dari owner travel agency andalusia merangkap founder/owner masjid jugak. moga terus dimurahkan rezeki Tuan Haji Ibrahim. RM10 duit raya utk 1k jamaah yg dtg solat (rasanya tak sampai 1k yg dtg solat ie hanya dlm 850+), ada yg tak balik beraya jugak sbb eidul adha kan.




ni MZ snap gmbr dlm masjid, sblm start solat, MZ solat kat tingkat atas sbb tingkat bwh dh penuh, solat raya diadakan 8.15 am dan by 8.30 am dh setel semuanya. alhamdulillah

ni plak posing2 outdoor kat dpn rumah my mom kat kampung (rumah ni akan jd hak milik MZ dan my adik hanim, later2 ie based on pembahagian harta lps arwah ayah meninggal in 2009)


my chenta hati...she's 83 yrs old this year alhamdulillah.

MZ sorang baju kaler 'teal' tapi kira tak jauh sgt beza lah tone kaler tu cuma tak exactly dark blue...all boboi dan papa tak mau pakai samping sbb pakai bj raya jap jer time pagi raya. 


MZ tak buat korban pun tahun ni, cuma my mom, my adik nizar dan my adik Dr Awi yg buat korban ie 3 portion utk our family, join dgn our cousin's punya family so total dptlah seekor lembu (7 bahagian).
tak de gmbr juadah raya sbb my mom masak nasi lemak jer utk mkn pagi raya, then tghari tu memang fokus mkn juadah menu daging korban alhamdulillah

salam hari selasa uolls.
ari ni sek dh bukak semula, dan MZ pun plan nak masuk opis jugak hari ni.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails