Tuesday 16 August 2011

Hukum sebenarnya | Isu Larangan Memasang Al-Quran Menggunakan Speaker

Islam itu adalah the way of life...segalanya praktikal and mudah, tidak menyusahkan, tidak menyebabkan org rasa kurang senang or terganggu....


jom baca pendapat Ustaz Love--me sgt2 bersetuju sbb seingat me and berasaskan ilmu me yg cetek ni, nilah jugak ilmu yg me pelajari dari ustaz+ustazah selama hampir 7 tahun me belajar di sek maahad muhammadi perempuan...

ni antara apa yg ustaz Love tulis...

Jika bacaan al-Quran dalam solat pun tidak boleh ditinggikan sehingga mengganggu orang lain, maka apakah alasannya bagi mereka2 yg memasang kaset mengaji (bukan sendiri membaca al-Quran) sehingga mengganggu urusan orang lain?

Illah (sebab) larangan di sini adalah ‘gangguan’.. jika diyakini tidak mengganggu orang lain, lantak la nak baca sekuat hati sekalipun (contohnya dalam bilik kedap udara).

Maka, nasihat yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang itu sebenarnya sangat berasas.. cuma mereka2 yg bodoh sombong saja yang akan mempertahankan tindakan itu dengan anggapan ianya amalan yg mulia dan telah diwarisi sejak berpuluh tahun lalu..

Maka itu, Ustaz Love menyeru agar kita tak cepat melatah dalam isu ni.. jangan fikir semua benda nak dipolitikkan.. Memang Islam itu agama rasmi negara kita.. tapi, dalam perlembagaan juga mengiktiraf kepelbagaian agama dan kaum.. sama keadaannya kita duduk kat rumah flat contohnya.. memang la rumah tu kita punya, tapi tak bleh la sesuka hati nak karaoke dalam rumah sampai menggangu jiran dengan alasan kita menyanyi dalam rumah sendiri.. kalau bab ni kita bleh memikir, kenapa kita tak luaskan pemikiran dalam agama?

silakan membaca di blog Ustaz Love yer...


9 comments:

Hani Shaklee said...

mama, kalau azan guna speaker tak pe kan? ada satu masjid kat pandan indah tu, saya pun x berapa puas hati jugak sebab kat sana tiap2 malam ada ceramah, and dia pasang speaker luar yang orang guna untuk azan tu.. means tiap2 malam mmg boleh dengar ceramah tu dari rumah.. kadang2 saya pun tertanya2, orang bukan Islam kat area situ terganggu ke tak dengan ceramah dari masjid tu tiap2 malam coz kat area situ pun ramai cina n india..even my dad yang mualaf cina tu pun boleh cakap ..masjid tu tak boleh pakai speaker luar kalau nak bagi ceramah..ganggu orang lain..kena guna speaker dalam aje..kalau untuk azan takpe la kan..

transformed housewife said...

mmg orrg2 kita cepat melatah sblm kaji hukum sebenar.

deqlis said...

setuju2x,,,,klu sesekali ada event nak mengaji pakai speaker tu takper laa..ini dlm sebuah komuniti..mmg ada yang tak nak bising2x...

guna speaker tu utk laungan azan shj....

AyuArjuna BiGoshh said...

heheheh,,,terkejutt i...igt diharamkan ke apa...tapi macam kat mahallah i, dowang pasang bacaan quran 30 mins before azan dan dan kul 11pm sebelum tidor...tapi takdelah lama. Sebab kaw semua pelajar islam takde masalah cuma ada gak lak segelingtir pelajar2 yang jenis tak suke dengar bacaan (ni cam kiranya hati keras sikit)...selalu merungut "memekak" jer...hmmm...kekadang bila dengar alunan bacaan quran terutama dari imam masjid mekah begetar jer rasa dada...hmmm sayu...

azura samsuddin said...

setuju sgt2, kena kaji dulu sebelum ckp pe2 supaya kite xdelah terbabas dr landasan iman hehehe

Ely Hasrul said...

setuju gak. ekceli masa memula dgr berita kat tv mufti announce tu mmg tak rasa ape sbb paham sgt. motifnye 'gangguan', even kat kampung aka pekan yg ade perumahan (kg i la kan) if penduduk melayu more than 90% baru la ade dgr bacaan time subuh tp kt taman perumahan yg byk mix agama penduduknye xdek plak. so bila dgr berita cmtu rasa bese aje. alih2 esok nye kuar mcm2 kt FB, paper & berita org dok komen balah sana sini. tergamam kite yg cetek agama nih hehe

MamaYatie said...

cepat sngt melatah.mmg tak gemor betul bab2 agama nak dipolitikkan...kenapa la suka complicated kan benda yg simple

tiefazatie said...

tq 4 sharing sis..=)

Tinta Hitam said...

Sekarang masjid masjid dah jadi juara bising dengan kuliah kuliah selepas Maghrib dan Subuh. Hinggakan bunyi kuliah tu boleh kedengaran 1KM jauhnya. Bila dilarang dikatakan anti Islam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails