Saturday 24 March 2012

Ngerinya | naik teksi siang hari pun tak selamat

me amik kat SINI
kes berlaku siang hari...so scary and sgt kesian kat mangsa tu...:(

Teksi jahanam

KUALA LUMPUR: Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh kumpulan penjenayah terbabit dalam teksi dinaikinya, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 3 petang berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, di sini, mangsa mendakwa tiga lelaki merogolnya termasuk pemandu teksi berusia 30-an.

Lebih kejam, mangsa dicampak keluar daripada teksi selepas tiga lelaki durjana itu selesai melampiaskan nafsu masing-masing.

Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa menahan teksi berkenaan di kawasan rumahnya berhampiran Sunway Piramid, Subang Jaya untuk pergi bertemu rakannya di Kepong.

“Ketika dalam perjalanan, pemandu teksi terbabit menghentikan kenderaannya lalu mengambil dua lelaki dipercayai rakan subahatnya sebelum meneruskan perjalanan ke Kepong.


“Mangsa kurang senang dengan keadaan itu, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana lelaki yang memandu teksi berkenaan memberitahu dua lagi lelaki terbabit adalah rakannya,” katanya.


Bagaimanapun, katanya, sebaik tiba di satu kawasan sunyi berhampiran sebuah pasar raya di Kepong, seorang daripada lelaki terbabit mengacukan pisau ke leher mangsa manakala rakannya memegang tangan mangsa.

“Kumpulan terbabit kemudian menanggalkan pakaian mangsa lalu merogolnya bergilir-gilir di tempat duduk belakang kenderaan itu,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila kumpulan terbabit kemudian merampas wang tunai, telefon bimbit dan dokumen penting milik mangsa sebelum mencampaknya keluar daripada kenderaan itu berhampiran kawasan berkenaan.

“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan bernasib baik apabila mendapat bantuan daripada orang awam yang kebetulan berada di kawasan berkenaan.


“Wanita terbabit kemudian dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan mengenai kejadian itu,” katanya.


Sumber itu berkata, selepas percakapan mangsa dirakamkan, wanita terbabit dirujuk ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut. Difahamkan, mangsa masih ditahan di wad kerana dilaporkan trauma akibat insiden menimpanya itu. Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.


Katanya, sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat namun usaha untuk mengesan kumpulan penjenayah terbabit masih dijalankan.



note : wal iya zubillah...moga kita semua sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala musibah dan kejadian2 yg tidak diingini

13 comments:

yatt yusof said...

kena lebih berhati2. evrytime naik cab kne berteman. scary me

Lelord said...

ngerikan..dulu ms kije mmg selalu kena balik lambat kalau 9/10 malam baru nak kuo dari opis agak2 rasa jiwa x tenteram je mmg xkan naik teksi yg jadi mangsa adalah mybos hehehe kena la anto balik umah

AzianKhalil said...

kurang ajar betul...

Chekgu Azrine said...

Scary sgt..nsb xperlu menggunakan taxi utk kemana2..huhu

Unknown said...

bahayanya skang nie..nie yg jd tkot naik tksi sorg2 nie..huhu

Guru said...

ingatkan rabu ni nak ambik teksi atas urusan kerja, alahai, takutlah pulak

sall said...

astaghfirullahalazim, tu lah dia selagi malaysia xbuat hukum hudud(bukan politik), makin meningkat lah jenayah.

mama tisya said...

mmg tk pernah naik teksi sorg2..sbb takutttttttttttt...sian kt mangsa tu...

nad said...

kengkadang tu naik lif pun takut gak kalu kite sorg jek pompuan, huhu!

transformed housewife said...

eiii jahatnye.

Unknown said...

byk betul perkara tak elok terjd skrg ni ye...risaunya...

mama_umar_maryam said...

allahuakbar ..takutnyela haii..zt kdg2 terigt klu ade bahaye blh dtg bile2 cpt bc ayat kursi..huhu..

Oyis said...

ni namanya bala ke atas negara la ni. tanda2 Allah dah murka. astaghfirullah al azimm...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails