Friday 29 January 2016

Baju kurung moden pilihan MZ




Tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas…MZ suka beli dan pakai baju tradisional, yang paling MZ suka baju kurung moden! Sebab sem baru dah nak start next week, so nak kena tambah koleksi baju utk keje (juga sesuai utk pakai time kenduri dan balik kampung yayyy)

Di Malaysia kita ada banyak jenis pakaian tradisional yang melambangkan latar belakang sesuatu kaum. Antaranya ialah baju kurung, sari dan cheongsam. Baju-baju ini dipelihara dan telah diiktiraf sebagai pakaian tradisional utama di Malaysia selain daripada pakaian kaum-kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak. Kita harus bersyukur kerana kekayaan budaya yang ada di negara ini telah mencorakkan pergaulan komuniti masyarakat dengan warna-warna indah melalui toleransi dan persahabatan yang terjalin.


Baju kurung adalah salah satu pakaian tradisional yang sering menjadi pilihan wanita di Malaysia. Bukan sahaja dipakai sebagai baju raya pada sambutan Hari Raya Aidilfitri malah digunakan untuk ke majlis-majlis seperti kenduri kahwin, majlis makan malam dan majlis formal yang lain. Sifat baju kurung yang sangat versatile membolehkan anda memakainya untuk ke pejabat juga. 


Kini ianya telah diberikan sentuhan yang lebih moden sesuai dengan arus fesyen terkini. Pilihan fesyen baju kurung 2015 terbaru yang lebih moden dan segar membolehkan fesyen pakaian Muslimah berkembang ke satu tahap yang lebih tinggi dalam pentas fesyen Malaysia. Kemunculan rekaan baru yang lebih trendy juga adalah hasil daripada sentuhan kreatif pereka-pereka fesyen tanah air. Usaha mereka berhasil apabila pasaran dress Muslimah ini mendapat permintaan yang tinggi dan antara contohnya ialah baju kurung moden, baju kurung Pahang, baju kurung cotton, baju kurung pesak dan baju kurung Kedah.



Antara trend fesyen baju kurung moden terkini yang paling popular ialah kurung peplum sejak akhir-akhir ini. Stail yang sangat sinonim dengan biduanita Saloma itu telah menjadi inspirasi untuk digabungkan dengan rekaan kurung tradisional dengan elemen unik yang lebih elegan. Dunia fesyen memperlihatkan kemunculan semula fesyen baju kurung ini dengan penerimaan yang cukup baik sekali. Baju mini kurung moden juga adalah antara pilihan baju raya 2015 yang paling popular untuk sambutan Hari Raya tahun ini.

Emmm MZ nak usha2 baju kat website zalora lah..memang sangat banyak choices dan harga pun affordable! Siyes puas ati gitu!!

..

1 comment:

aimi said...

Hmmm dpt idea jgk nk bershopping hehe. Xsuka p shopping tp nk beli online malas nk isi details ie bab payment. Baju berkenan. Ada yg outsource pembelian baju ni heheheeheh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails