Saturday, 13 September 2025

Hobi yang 'rare'

setiap org ada hobi masing2, dan ada jugak hobi yang rare..

contoh hobi rare -- suka basuh kereta! dan itu adalah hobi my razeen laa...
anyway, masa kecik2 dia suka bas ie suka tgk video bas etc (suka sgt lagu the wheel on the bus), toys pun dia suka train, aeroplane, kereta. 
then dh besar sikit, dia minat semua jenis kereta yg sporty etc (minat yg sama dikongsi with zharfan and ariff)...
dan lps kami memiliki baby T, razeen sgt sayangkan baby T, so dia sgt rajin basuh baby T ni...jimat ler MZ tak pyh antar gi carwash! razeen expert psl software baby T ie semua benda kat dlm control panel screen tu dia ler terer.

razeen spent duit tabung sendiri utk beli alat2 basuh keta..

rasanya semua alat2 ni dibeli di mr diy

dia memang aim dan buat list nak beli brg apa utk basuh keta tu

memang gigih sgt laa my anak bongsu ni...last week MZ ada belikan car vacuum yg kecik tu..so memang cukup lengkap lah alat2 carwash razeen, termasuk pakej vacuum keta bila dia dah siap cuci dan lap2 semua! mr hubby ada bagi upah jugak tapi bukan all the time, ikut suka hati ajer hehehhe

our honda city tu memang dh sgt lama usianya...beli tahun 2011 lagi...now dah tahun 2025 which means usia city dah 14 tahun (beli bln oct so next month memang ngam2 14 tahun)...city ni mr hubby guna utk drive gi keje.
our honda brv plak (not in pic) dibeli pada tahun 2019 ie bulan mac (until now loan belum abih bayar sbb amik instalment 9 tahun, plus MZ gi amik moratorium plakkk time pkp so tambah lagi extra setahun tempoh instalment, so now berbaki 3 tahun+ lagi utk settle byr instalment brv)

happy long weekend uolls!

Friday, 12 September 2025

Something cute

wpun MZ dh ada sgt byk recycle bag (shopping bag), tp MZ berkenan yang ni plak laaa..ni kat lotus wangsa walk...cute betul kaler+design nya...so far lom beli lagi...


ni lagi lah super duper cute...si bulus kat cafe uia...MZ singgah breakfast (mkn nasi goreng+telur mata). so beria si bulus ni tunggu nak mintak mknn..MZ tak bwk wet food sbb nanti kotor plak tempat makan ni..


geram jer tgk dia buat muka manja hahahah

have a nice day uolls!
mesti semua tgh looking fwd for extended weekend + cuti sekolah!

MZ hantar zharfan balik kampung...

...untuk temankan his nenek (masih recovering esp penglihatan mata memang sebelah jer nampak (kabur2), sebelah lagi tak nampak/masih belum pulih)...
actually me and my siblings take turn balik kampung ikut jadual saper2 yg boleh match...so now my turn....MZ dh balik kg 2 kali sejak my mom not well ni, so this time MZ antar zharfan plak on my behalf, sbb MZ mcm byk meetings lah minggu ni (sblm release jawatan HOD ni end of this month)..

zharfan balik kg naik airasia hari isnin 8 sept, insya Allah plannya he will be in kampung until sabtu 13 sept (flight mlm), then my adik (hanim) plak yg akan balik utk temankan my mom.

setiap hari MZ wasup zharfan tanya apa aktiviti dia kat kampung...biasanya pagi2 dia jalan kaki gi beli breakfast kat kedai2 berdekatan...

ni part of his 'report' aktiviti hari selasa 9 sept..katanya dia tolong nenek cuci atap rumah...then lps tu..
nampak his caption tu kat this pic...katanya dia tolong bakar daun pokok pisang yg dh kering tu...ni tepi rumah my mom kat kampung (bahagian belakang rumah)

salam hari jumaat al mubarak

Thursday, 11 September 2025

Random post | rumah comel di tepi jalan

hari tu masa OTW balik dari sekinchan lps setel bday dinner tu...MZ ada ternampak rumah ni...zharfan yg drive, MZ co-pilot ajerrr dan kebetulan time ni jem sikit so MZ bosan la bila jem, memerhatikan kat tepi2 jln sambil click2 kalau rasa menarik...

MZ rasa comel la rumah ni...kombinasi kaler tu...dan design pun cute jer!
cute kan rumah tuuuu! my boys kata, waahhh nampak mcm ala2 komik la gmbr ni!


anyway, MZ nak  share this random quote jugakkkk

have a nice day uolls!

Setahun sudah berlalu | finally the photobook is done!

MZ suka buat photobook...koleksi photobook MZ bermula masa dpt 1st baby ie 1st photobook ialah gmbr2 zharfan laaaa...anak sulung kan...

then ada sgt byk photobook utk gmbr2 masa kami stay kot notts..
photobooks yg lain2 ialah gmbr2 setiap kali pergi holiday abroad, ada jugak photobook cuti2 msia tp time rajin/tgk mood lah nak buat tu.

latest photobook...cuti2 UK yg mana kami travel last year september ie dh hampir setahun lah kami pergi cuti2 UK tuuu (kami ke sana masa cuti sek bln 9 thn lps, and next week ialah cuti sek bln 9 tahun ni!)

gigih MZ mengira, total so far ada dlm 28 buah photobooks mcm2 saiz, tp my fav is saiz 8x11 ie paling besar (dan paling byk yg ada) sbb boleh letak byk2 gmbr2 dan gmbr pun besar2

simpan dlm almari kat ruang tamu...ada album2 gmbr yg biasa tu jugak...kehidupan zmn muda...remaja, dan gmbr kawin, gmbr2 my boys etc (dh jadik yellowish lah album2 ni)

ni short video...

photobook cuti2 UK ni MZ buat 80 pages, rege RM118 (termasuk postage). MZ beli voucher pixajoy tu kat shopee, then redeem lah voucher tu kat website pixajoy then upload lah gmbr2 yg kita nak jdkan photobook tu, then kena tmbh delivery cost jd total MZ spent RM118 lah for this very thick photobook. MZ asyik tangguh2 lmbt buat sbb tak de masa+stress kena pilih gmbr2 dari ribuan gambar yg ada...
ni stress nak pilih gmbr cuti2 swiss plak (plan nak buat photobook secepat mungkin jugak laaa)

uolls suka buat photobook tak?


Wednesday, 10 September 2025

Latest book that I read

zmn remaja (generasi dulu2), rasanya most of gegirls (termasuk MZ) suka baca novel2 cinta/fantasi...dan ada yg maintain this hobby tak kisahlah usia berapa pun (30s, or 40s)..

sejak usia 40s dan now late 40s, MZ suka pulak  baca novel genre mistik (6th sense)..so MZ ada follow one novelist ni... nama Pak Engku (PE)..so far dh dia terbitkan dlm 5 -6 novel kot, the best part, semuanya based on life dia zmn sekolah, remaja dan uni...PE now dh umur mid 50s..

ni antara his latest novel...tajuk pun misteri sgt ie kehidupan dia bersama his moyang (masa dia sek rendah)..tebal novel ni (rasanya 500 pages) MZ dh khatam baca pun ni...



gaya bahasa PE ni, dia guna byk kosa kata klasik, so memang ada glossari...

dan PE byk jugak selit peribahasa yg rarely heard/used...

uolls masih mengekalkan hobby baca novel ker...
MZ ada jugak baca novel genre self-help/motivasi, selain genre mistik..

have a nice day everyone!

Kami main pickle ball | and we love it!

ari sabtu 6/9 kami 1st time try gi main pickle ball...kami main kat SLK sports centre, sewa court ialah RM30 for one hour (ni rate utk waktu pagi).

tempat ni tak jauh mana from our home, dlm 15 min drive jer...location wise, dekat2 area tmpt keje mr hubby (tmn batu muda)

luas dan selesa...ni court no. 4...meriah jer org main pickle ball kat sini

MZ order paddle ni kat shopee...beli sepsg ajer, rupa2nya kena beli 2 psg sbb pickle ball ni dimain ber4...harga set paddle dan ball ni RM48+

my zharfan (baju merah) dan ariff

selfie lps dh hampir siap main..muka berpeluh teruk ni

mr hubby yg rakam ni...
actually zmn2 bujang, MZ suka main squash. so pickle ball ni tak delah sama mcm squash tp seronok laaa!

book dan byr online ajer..

kami sewa paddle sbb tak cukup paddle, RM5 for each paddle (for one hour)

wefie! kami ber5 semua suka la main pickle ball ni

MZ and hubby...ni dh siap main so Zharfan tlg snap pic kami posing2...mr hubby berpeluh abih basah baju :p

why pickle ball? skrg tgh trending kan...selain artis2, my nephew, nieces dan PA semua beria main pickle ball jugak!! so kami pun try dan ternyata, besh sgt main benda ni!

kami repeat main hari ahad 7/9 sbb MZ dh beli paddle baru so cukup dh ada 2 pairs paddle! tapi kami try gi main waktu tghari plak ie lps amik razeen from tuisyen. rate sewa court RM40 per hour, mahal RM10 berbanding waktu pagi.


tu paddle yg baru dibeli..yg ni harga RM58 for one pair (termasuk 4 balls dan bag)

mr hubby dan ariff

my 3 boys!! in our family, zharfan paling terer main--zharfan memang aktif bersukan, every week dia main badminton dan selalu pergi hiking dgn kwn2, dan selalu jugak pergi swimming (dlm uia)

since kami semua suka main pickle ball ni, so insya Allah, kami akan main every week la...kira healthy activity (utk keluarkan peluh)!

salam hari rabu uolls!
ada yg suka main pickleball jugak kerr?


Tuesday, 9 September 2025

Random post | Ternampak jambatan yang agak 'rare'

dah lama gambar ni dlm folder lappy MZ ni...MZ memang akan/selalu ternampak jambatan ni kalau OTW nak pergi Port Dickson (PD)..beria lah snap pic :p

memang MZ tahu/pernah dgr that jambatan ni untuk haiwan2 melintas dari hutan sebelah sana ke hutan sebelah sini.. err tapi kan...I'm curious....haiwan2 tahu ker jambatan ni utk diaorg heheheh

ni hasil MZ tanya chatGPT ie MZ tanya kat mana gambar ni dirakam

"eco-viaduct" atau jambatan lintasan hidupan liar, yang direka khas untuk membolehkan haiwan liar menyeberang lebuh raya dengan selamat.

Tanda-tanda yang menyokong: Struktur konkrit tanpa jalan berturap di atasnya – Ini menunjukkan ia bukan laluan biasa untuk kenderaan.

Simbol haiwan liar di tengah jambatan – Simbol itu adalah petunjuk jelas bahawa ini laluan untuk hidupan liar.

Lokasi – Di Malaysia, terutamanya sepanjang Lebuhraya PLUS, LEKAS dan sekitar kawasan hutan berhampiran Port Dickson, memang terdapat beberapa jambatan lintasan hidupan liar yang dibina untuk mengurangkan risiko perlanggaran haiwan dan menghubungkan habitat yang terpisah akibat pembangunan lebuh raya.

Tujuan Jambatan Lintasan Hidupan Liar Mengurangkan perlanggaran antara kenderaan dan haiwan seperti tapir, harimau akar, babi hutan, dan lain-lain, Menyambung semula laluan ekologi (wildlife corridor),Melindungi spesies yang terancam.

Jadi ya, gambar ini kemungkinan besar dirakam di salah satu jambatan lintasan hidupan liar di Malaysia, mungkin di kawasan Lebuhraya Seremban–Port Dickson (SPDH) atau berhampiran LEKAS/PLUS.

have a nice day uolls!

Attend 2 weddings in a day

hari jumaat lepas 5 sept merangkap cuti maulidurrasul, MZ and family attend 2 weddings, ie anak2 my colleagues kawin la.

1st wedding 2.30-8.30 pm, 2nd wedding 6.15 pm-10.15 pm...so kami attend 1st wedding tu 2.30 ie for lunch (lps solat jumaat), then 2nd wedding tu kami attend just before maghrib (for dinner).

1st wedding ialah daughter of Dr Khairil...wedding nya diadakan di dewan komuniti AU2 ie sebelah AEON AU2. cantik betul hiasan bunga2 kat dewan ni

sempat posing2 sbb kami ter sampai sedikit awal (tuan rumah belum ready)..MZ pakai baju batik ajerrr


goodies..cute jer pouch bag warna warni ni..ada keropok ikan dlm beg ni...

wedding kedua ialah daughter of Dr Roslina, wedding berlangsung di Dewan D Orchid kat area gombak setia...ada photobooth so kami wajiblah amik gmbr kat photobooth ni hhehhe...goodies dpt cookies.

this coming weekend, ada lagi 2 weddings ie one on friday and another one on sunday.

salam hari selasa uolls!


Monday, 8 September 2025

Birthday dinner @Restoran Seafood D'Bendang Sekinchan

Makan2 sempena bday mr hubby berlangsung di Restoran Seafood D'Bendang, kat Sekinchan...jauh jugak dari gombak..dlm sejam driving...MZ google2 random jer, dan memang kami nak ronda2 jugak so sengaja lah drive to Sekinchan tu..

gambar random jer ni tak ikut susunan...ni gambar kat depan restoran..ada terpampang logo hala jakim tu..masa kami sampai ni around pukul 5 pm +

antara yg paling sedap ialah sotong salted egg ni...siyes sedap sgt!

ni suasana kat luar restoran

restoran ni actually attached/under Villa Chee (homestay/hotel)..hotel ni rating 5 star jugak if search kat google..dan rate utk family room pun above RM500+ laaa

ni kami ronda2 lps siap mkn..ada surau jugak so kami solat asar kat surau kat Villa Chee ni


more picss...sekitar Villa Chee ni memang port utk posing2..dan memang crowded jugak sbb ada psgn pengantin tgh photoshoot (dgn segerombolan bridesmaid)


cantik suasana dlm restoran ni

ni posing2 area Villa Chee jugak (belakang) ie memang tempat khas utk photoshoot/posing2 view sawah padi




boleh sewa drone jugak...memang sgt ramai manusia tgh posing2 (termasuklah kami)


buaian ni ala2 bali lah kan...

ni swimming pool kat Villa Chee





bday boy (boylah sgt hahhah)


kami tak order ikan pun...so order sotong, udg, telur, tomyam dan sayur, dan jus2 dan air kelapa dan 1 dessert, total bills RM180 (kira ok laaa), masakan pun semua sedap2 ni

salam hari isnin uolls!
tq sbb selalu sudi singgah2 kat blog kecik ni

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails