Tuesday, 21 July 2026

Buat apa @Mimpi Hutan

Mimpi Hutan tu apaaaa? haa seriously, MZ pun mcm tak pernah dgr nama tu, yg MZ tahu, ada brand nama Mimpi Kita ...ni Mimpi Hutan la plak...kreatif dan unik sungguh nama ni...

well...Mimpi Hutan ni nama utk cafe lah sebenarnya...lokasinya kat Taman Botani Kepong...location-wise, somewhere near FRIM, tp bkn dlm FRIM...area dekat2 tu jugak..tp kena drive masuk melalui jln taman perumahan...

Alkisahnya my boss jenis suka nature dan outdoor activities..dia memang maintain briskwalk setiap hari, selain aerobic every week dan selalu jugak pergi hiking/naik gunung..she will be 60 y.o. this coming Oct tp sgtlah fit dan active. so boss nak buat meeting outdoor laaa..ie kat Mimpi Hutan Cafe ni..so pagi semlm, MZ ke sana lah..my 1st time here...ni snap pic lps siap parking kereta (kat entrance taman ni)..caj RM5 utk parking.

ramai jer org tgh jogging/briskwalk...90% chinese senior citizens.. MZ tak capturelah gmbr org2..so utk sampai ke cafe tu...kena menapak dlm 800m...berpeluh jugaklah MZ berjalan (sbb bwk laptop jugak dlm backpack)..memang exco members semuanya kena pakai sports attire utk meeting outdoor ni..tracknya clear dan bersih..ada ramai maintenance staff jugak kat taman ni (cleaners etc)


finally...dh sampai kat tempat masuk cafe tu...MZ menapak dlm 15 - 20 min jugaklah sbb jln pace biasa jer..kalau jogging or briskwalk, memang cepat jer sbb 800 m jer pun hahahah MZ mana lah biasa brisk walk :p tp tempat ni nice sgt utk aktiviti sihat

mendaki sikit utk ke cafe

cute sgt jambatan kayu kecik ni..ala2 deko/landscape tp memang boleh lalu atas ni


yayyy dh sampai!


selfie jap sementara tunggu boss dan other exco members..diaorg dtg berconvoi dari AIKOL, MZ plak bertolak direct dari rumah..tmpt ni tak jauh mana pun dari rumah MZ, dlm 15 km gitu distancenya

standard menu jer utk drinks (coffee etc) and snacking (kek pastry fries etc)...nice sgt if nak lepak santai bertemankan nature

meeting kami kat atas bukit tuuuu..still under this cafe area/management

memang dh booking siap2 all these khemah...amik pakej breakfast dan lunch jugak


ni deko2 dpn cafe..cute sgt!


most pokok kat taman botani ni ada signage nama...unik kan nama pokok/buah ni miracle fruit

dlm taman ni ada tasik jugak..dan ada few pondok/gazebo utk picnic/lepak santai...mcm nak kena dtg lagi la later2 bwk my boys..nice sgt tmpt ni

lupa la nama apa yer pokok ni..

pokok hutan ni nama dia tecoma..mcm familiar kan nama tecoma...besar sgt batang pokok ni

ada taman buluh...ada jugak 'skywalk' dlm taman ni..ala2 jambatan gantung dari puncak pokok..mcm nak try yg tu kalau repeat dtg sini

tak taulah bunga apa ni

antara yg attend meeting semlm..ni masa sesi bg token of appreciation utk our invited speaker (staff UIA jugak tp faculty lain)...

ada sesi kami bersenam jugak selain sesi meeting dan makan2...

ni gmbr random masa sesi bersenam..eh ni sesi baca doa sblm dan slps bersenam

ni masa meeting/discussion..yg pkai topi tu HOD islamic law dept, dia org palestine..nampak tak mana MZ (pakai tudung pink tu)..yg baju merah tu deputy dean student affairs, yg baju hijau tu HOD legal practice dept, sebelah bj hijau tu deputy dean academic affairs ie org kanan boss...yg baju ada bunga sekuntum kat lengan tu lah our boss

ni video pendek..ada MZ kat last sekali scene hahahh semua having fun sbb bersenam tu mcm main2 jer hahahah

salam hari selasa uolls! hari ni MZ ada meeting pukul 10.30 am, so nak kena masuk opis jugaklah.
have a nice day!

1 comment:

Rodiah Amir said...

seronok sekali sekala tukar angin meeting pandang pokok menghijau

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails