pagi semalam, MZ keluar dating bersama kawan2 blogger...tujuan utama nak meraikan Linda yg akan transfer kerja balik ke negeri kelahirannya ie Perak.
sesi 'meet n greet' ni berlangsung di Coffee Bean and Tea Leaf (CBTL) prima gombak...dekat jer dari rumah MZ, less than 10 min drive :)... ni gambar kami ber5...ada
Puan Hazel, ada
Linda yg diraikan, ada
Carneyz dan ada
Retna... ni uyum yg snap gmbr ni. Uyum tu anak sedare retna. MZ baru jer baca/folo blog retna. kalau blog linda, carneyz dan PH tu memang dh lama folo.
Retna join sekejap ajer sbb dia rushing nak attend funeral sedaranya yg baru meninggal dunia pagi semlm tu...ni actually kali pertama lah MZ jumpa Linda...kiranya from virtual friend to real world bila dh jumpa in person gini :) Carneyz tu MZ dh few times jumpa hehhe..Puan Hazel plak MZ pernah jumpa sekali masa beraya kat rumah Carneyz (last 2 years rasanya)
ni mknn MZ dan PH...MZ mkn spageti aglio olio, PH mkn butter kaya toast.
ni mknn Linda dan Carneyz...linda mkn butter kaya toast, carneyz mkn roti dan salad tu (tak sure nama apa menu tu)
selain sesi bersembang, ada sesi bertukar2 hadiah jugakkk wpun tak berpakat tp semua pun bwk hadiah :) paper bag brown tu hadiah dari linda, yg roll tu sejadah hadiah dari retna, yg paper bag pink tu dari Puan Hazel dan yg dlm wrapper tu hadiah dari carneyz
cute2 belaka lah hadiah dari kwn2 blogger ni. I like 'em all!! moga murah rezeki uolls!
salam hari rabu uolls
hari ni MZ kena masuk opis sbb ada byk keje urgent nak disiapkan
nanti MZ cari masa BW yer
24 comments:
Alhamdulilah tu la x plan pun nak tukar² hadiah haha tp mcm instinct plak ye memasingš¤£š¤£
Walau kejap je dpt meet n greet u'ols, harap bole kumpul lagi ramai blogger berdekatan haha pape pun tq semua.. ada rezeki i syallah gather lagiš„°š„°
Thank you MZ ajak i sekali & for the lovely gifts! š
wah best nya dpt gather2....
Alaaaa...bestnya..bila agaknya Linda official pindah erk...x sempat nk fave to face ngan Linda ni...psst Sis MZ..nanti next time ada gather2 lagi bagi tau ye..mana tau bleh join...semalam pun SA x kemana- mana..hehehe...
Waaa meriahnya.. seronok dapat jumpa geng bloggers ni kan.. ada umur ke KL bolehlah kita jumpa reramai kannnn..
Selamat berhijrah buat Linda.. moga ada lebih sinar di tempat baru nanti...
wah sronok dating tu...dpt plak mcm2 adiah
Alhamdulillah..lega MZ dapat yang warna pink sarung tangan tu.. hihi..
Terima kasih sekali lagi.. tersesat ke Perak, roger²..
Bestnya...murah rezeki semua...
Bestnya dapat jumpa ramai-ramai:)
meriah walaupun ringkas.. moga ikatan persahabatan sentiasa terjalin
comelnya semua hadiah. baru tahu prima gombak dah ada cbtl. aglio oglio dia nampak sedap
Seronok jumpa semua smlm... Nx time bole gather2 lagi In Sha Allah.
tulah, ammi dok plan ngan Linda konon nak jumpa before dia pindah tapi timing kitorang tak kena.
Aktiviti yang boleh mengeratkan lagi silaturrahim sesama blogger.
Wahhhh..Bestnya...=)
Oh dah nak pindah Linda ya.....moga baik2 ajer. Gang blogger kalau jumpa hadiah tak pernah lupa.
Seronoknya dapat berjumpa. Alang-alang semua dekat dan meraikan Linda sekali. Dapat duduk sekali makan bersama sambil menyembang. Ada sesi tukar hadiah jugak tu, macam-macam hadiah dapat.
Tumpang seronok baca gathering you all.
Ooooo... ini ke team Gombak tu?
Good food, nice company and lovely smiles and gifts! Beautiful photos, dear friend.
Meriah ek tukar2 hadiah. Seronok dapat jumpa2.
wah dating.bestnya. roti bakar tu nampak sangat sedap.
moga dipermudahkan buat linda di tempat baru
eh bestnyaaa, jap hari rabu sy dimana ya?
owh, busy all the day, aih~
Laaah saya pikir sebelum ini kak Suz dah sering baca blog kak retna. Ternyata belum?
Ini cuma kak PH dan kak Linda yg saya belum jumpa lagi š. Lainnya sudah. Harap2 ada rezeki kalau ke Malaysia lagi bisa jumpa. Tp kak Linda dah makin jauh nih š
Post a Comment