Tuesday, 1 September 2026

Movie time | Chelot

hari sabtu 30/8/26, MZ and boys gi tgk movie Chelot...MZ minat hero2 utama dia dan suka genre action movie/citer polis2 gini..

pelakon utama semuanya stronglah...shukri yahya, beto kusyairi dan shaheizy sam...MZ minat shaheizy sam dan beto...then lps tgk movie ni, MZ minat jugak shukri yahya..memang terbaek lah kualiti lakonan 3 org ni. menjiwai watak sgt!

kami tgk movie ni kat GSC KL east mall, tayangan 10.30 am ie kami ke sini lps razeen habis attend tusyen kumon. kami beli tiket kat kiosk jer..tix RM15 per pax then amik food sikit, so total RM88

wefie sebelum masuk ke dlm hall/cinema

sinopsis dari GSC:

Selepas satu operasi besar gagal dan menyebabkan korban jiwa pihak polis, Unit Operasi Khas Polis Diraja Malaysia melancarkan pemburuan terhadap rangkaian penyeludupan senjata yang semakin mengganas. Dalam masa yang sama, Inspektor Haqqim – seorang pegawai yang berdepan dengan tekanan kerjaya, kewangan, dan masalah keluarga – bertungkus lumus cuba membuktikan bahawa dirinya masih layak berada dalam unit elit tersebut. Apabila perjuangan menyatukan dia dengan Azraf – orang kanan kepada ketua sindiket, Dato’ Bakri – Haqqim mendapati dirinya terperangkap dalam pergelutan kuasa antara dunia jenayah dengan penguatkuasa undang-undang.

citer ni memang full plot serious jln citernya, tak de scene2 lucu or humor pun..
masa2 mula2 tu mcm tak clear kes nya psl apa...then bila dh tgh sikit baru faham conflictnya...psl polis nama inspector hakimi (shukri yahya) yg kena menyamar masuk dlm team org jahat..ketua org jahat ialah dato' bakri (shaheizy sam).
ada byk jugak scene ganas ie pembunuhan  dan ada satu scene tu...(MZ tak tgk screen jap sbb ngeri) masa dato bakri bunuh desmond (ie another ketua penjahat)...ada scene sedey masa anak hakimi mati dibunuh..ada jugak few plot twist dlm movie ni..
MZ suka jgk tgk teknologi senjata (dron etc) masa fighting scene kemuncak ie dato bakri beli all those weapons seludup dari Thailand..
so chelot tu apa maksudnya? mula2 tu ingat password or code..rupa2nya..haaaa kena tgk movie lah nak tahu chelot tu apa?

overall MZ bagi 4.5 dari 5 bintang. memang best lah overall scene nya dan nampak susah nak buat...kalau tgk kat socmed, fighting scene masa geng desmond dan dato bakri team tu antara yg paling susah nak buat (directornya kata gitu)

happy tuesday uolls! hari ni org2 selangor masih bercuti ie sbb selangor menang sukma so dpt cuti tambahan! dan happy 1st september jugak...dh habis bln ogos so berbaki 4 bln jer lagi utk kita menjalani hari2 di tahun 2026.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails